Minyak kopi dijadikan sebagai aroma terapi kerana baunya yang harum. Apabila menjadikan serbuk kopi sebagai skrab, ia membantu dalam menangani stress atau anti depresi.
2) Antioksida
Bahan kimia utama di dalam kopi ialah antioksida. Antioksida mampu mengurangkan kesan keradangan akibat radikal bebas, yang merosakkan lapisan dalam kulit. Kerosakan ini sering digambarkan pada tompok hitam dan kedutan kulit. Skrub muka dengan kopi mampu menyerap antioksida dan bertindak mencegah penuaan pra-matang.
3) Pengelupasan
Serbuk kopi dicampur dengan minyak zaitun dan madu mempunyai tekstur kasar membantu pengelupasan sel kulit mati dan kotoran. Kulit menjadi lebih segar dan tampak lebih muda. Selain itu, kulit lebih mudah menyerap lembapan.
4) Aliran darah
Sesetengah orang menggunakan kopi sebagai skrab badan untuk memerangi berlakunya vena varikos. Kafein yang terdapat dalam scrub kopi biasanya meningkatkan aliran darah dan boleh mengurangkan selulit. Urutan dengan skrab kopi mampu membuang toksin badan dan memecahkan lemak.
5) Tekstur kulit
Skrab kopi menjadikan tekstur kulit lebih tegang dan cantik.