Pages

Thursday, December 29, 2016

CARA BUAT SLIME

Yang 

Orang lain buat, kita pun nak buat juga. Cubaan kali ketiga sebelum betul-betul menjadi.  

Cubaan pertama, masak kanji lepas tu berketul-ketul. Cubaan kedua pagi tadi. Subuh-subuh tu turun dapur bancuh. Waktu tu belum ada cukup bahan lagi. Buang. Nasib baik kanji tu memang dah expired. 

Rasa tak puas hati lagi selagi tak jadi selagi tu nak cuba juga. Sanggup pergi Mydin cari bahan. 

Tak pernah pernah lagi cuci pinggan di rumah sendiri pakai sabun Joy ni. Sanggup beli tau. Glue tu pula cari yang clear glue. Botol kecil 250ml dah RM3.90. Beli botol besar 1Liter baru RM7.90. Baik beli yang besar. 

Eye Glo tu pula bukan untuk dititis dalam mata tapi khas untuk titis dalam adunan slime kita. Bahan untuk kentalkan slime ni borax. Dalam eye glo ada borax beberapa %. Kira jadilah. 

Ok, cukup 3 bahan atas tu ya. 


• Tuang gam ke dalam bekas. Tak perlu banyak-banyak, 50ml-100ml pun cukup. 
• Kemudian masukkan 2-3 sudu sabun Joy. Kacau sikit. 
• Titiskan eye glo ke dalam adunan. Kacau adunan sampai kental. Kalau belum kental tu tandanya eye glo tak cukup. Titis lagi sikit-sikit sampai betul-betul kental. 
• uli adunan slime ala-ala uli doh. Lama-lama dia tak melekat dah.

Kacau kacau dan kacau lagi. 


Slime dah jadi. Cuma masih melekat sikit. Uli je sampai hilang lekat dia tu. Kalau melekat lagi, titis lagi eye glo ya. 


Best pula buat lubang-lubang pada permukaan slime. 


Yang ni dah berkilat. Tak melekat dah. Rada dia sejuk sahaja. Lembut. Bagus untuk release stress katanya. 


Yang ni pula boleh guna straw Vitagen tu ambil sikit slime, gentel gentel dan tiup. Seronoknya. Terasa hepi riang gembira haha. Kalah anak ni. Mak budak lebih beriya mainnya. 

Kalau nak buat kaler lain pun boleh ya. Letaklah pewarna apa pun. Letak waktu letak gam dan Joy tu. Bukan lepas kental. Nanti tak jadi. 

Selamat mencuba!! 



3 comments: