Wednesday, January 25, 2017
JADUAL KEMAS RUMAH
Wednesday, January 18, 2017
CARILAH HATI
Thursday, January 12, 2017
MANFAAT BERJALAN KAKI AYAM
Tuesday, January 10, 2017
MANFAAT KOLAGEN
Monday, January 9, 2017
BIOTIN MEMBANTU PERTUMBUHAN RAMBUT
Saturday, January 7, 2017
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN SHAH ALAM PPAS
Ruang menunggu khas untuk tayangan 3D dan 6D.
Gambar ehsan google. Tadi tak dibenarkan ambil gambar.
Friday, January 6, 2017
SALAH CETAK UBAT. PANGGILAN BALIK PRODUK TERNOLOL 50 FILM-COATED TABLET
Kenyataan Akhbar KPK 5 Januari 2017 – Panggil Balik Produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet (MAL19940057AZ) di Malaysia
Kenyataan ini dikeluarkan untuk menasihati pesakit-pesakit hipertensi yang menerima produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad untuk menyemak samada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan mereka. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggilbalik kelompok berkenaan berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan Ternolol 50 manakala label pada blister telah dicetak dengan Ternolol Tab 100mg.
Produk ini telah didaftarkan oleh Pihak Bekuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ. Ternolol 50 Film-Coated Tablet mengandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi.
Sekiranya kelompok tersebut ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipohon agar tidak mengambil ubat tersebut dan memulangkannya dengan kadar segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan di mana ianya dibekalkan. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan sekiranya perlu.
NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah ianya berlaku. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
5 Januari 2017