Monday, July 31, 2017

8 Sebab untuk Mempercayai Kualiti dan Keselamatan Produk Shaklee

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan. 

Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat. Apabila anda fikirkan "Shaklee", fikirkan "Tulen". 


1) Kami menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga, dan bendasing untuk setiap bahan botani baru.
Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.


2) Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP)


3) Kami melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun. 
Untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

4) Tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan.


5) Bebas Gluten
Berita baik untuk mereka yang mengalami alahan dan sensitif - Gluten. Produk kami bebas Gluten. Kami mahu anda memiliki usus dan penghadaman yang lebih sihat. 

6) Bukan GMO
Produk Shaklee bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan. 


7) Terbiodegradasi
Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mrmpunyai fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa. 

8) Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. 

Thursday, July 27, 2017

Saranan Shaklee

Kami berpendapat kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Tanpanya, semua perkara lain menjadi tidak bermakna. Kerana itulah setiap bahan yang dimasukkan ke dalam botol Shaklee telah dicipta untuk menjadikan anda lebih sihat. Dan kerana ia terbukti, anda pasti tidak sabar untuk bercerita kepada keluarga dan rakan mengenainya.

Di Shaklee, kami adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak, dan senaman yang kerap - selama lebih 100 tahun!

Dan kami sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study], satu kajian unggul pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di kalangan populasi pengguna unik.

Saranan Shaklee


Shaklee amat menekankan kesihatan. Antara saranan Shaklee ialah makan secara sihat, bersenam dan capai berat yang sihat, suplemen secara bijak. 


Makan secara sihat. 

Pelan pemakanan sihat termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu.


Bersenam dan capai berat yang sihat. 

Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan untuk menggalakkan kesihatan dan kekesejahteraan menyeluruh dan megurangkan risiko penyakit kronik.


Suplemen secara bijak

1) Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang sekurang-kurangnya 450mg Kalsium dan Vitamin D adalah memadai dan munasabah

2) pastikan mengambil Protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina paling asas untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat. 

3) Tingkatkan pengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaik tindak balas metabolik dan keradangan. 

4) Nutrien antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mengambil antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta Karotena.

5) Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B-6 dan B-12 untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan sihat. 

6) Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.

Thursday, July 20, 2017

Cara Tingkatkan Skil Rumahtangga

Pernah dengar tak petua orang dulu-dulu saat pilih menantu perempuan, lihat dan rasai jari jemari bakal menantu? Jika tiada kesan kunyit atau jari-jemari halus sahaja, itu bermakna bakal menantu tadi tak pandai masak. 

Adakah ia tepat? 

Sebenarnya saya serba serbi tak pandai waktu mula-mula kahwin dulu. Memasak, apatah lagi mengemas. Dalam masa sama saya tekad mahu jadi pandai, tetapi tidak mahu menjadi 'hodoh'. Erti kata lain, pandai serba serbi, penampilan tetap jaga. Pandai memasak tanpa 'mengotor' dan 'merosakkan' jari-jemari. 

Lama saya 'tercari-cari', akhirnya dapat jawapan. Pertama, jaga dalaman. Saya jumpa SHAKLEE. Saya amat yakin dengan pengamalan suplemen, penuaan dapat dilambatkan dan kita akan sentiasa cantik. Suplemen yang saya amalkan ialah SET ASAS KESIHATAN dan beberapa suplemen tambahan seperti Alfalfa, Lecithin, Carotomax dan lain-lain. Berikut ialah set kesihatan asas Shaklee iaitu ESP, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C dan Omega Guard. 


Menurut Landmark Study yang dijalankan ke atas pengguna Shaklee, pengambilan multiple suplemen dalam hangka masa panjang iaitu lebih 20 tahun mempunyai risiko kesihatan yang rendah. 


Risiko kesihatan yang lebih rendah bermakna penuaan kita dapat dilambatkan. Awet muda. 

Multiple suplemen yang mempengaruhi taraf kesihatan ialah seperti berikut. 


Bagaimana tingkatkan skil memasak? Mula-mula anda perlu senaraikan masakan dalam kategori mudah tapi sedap untuk anda. Ok, saya senaraikan masakan mudah bagi saya untuk sediakannya. 

• masak lemak cili api
• ikan singgang
• pulut
• nasi lemak
• asam pedas 
• kerutuk daging
• sup 

Kategori mudah ini khas untuk disimpan dalam minda, apabila kesuntukan masa, kita boleh sediakan untuk seisi keluarga.
Jadi, tak adalah kes ibu-ibu yang hanya sediakan ayam goreng, ikan goreng dan telur goreng sahaja. 

Kemudian, kategorikan makanan yang sederhana sukar. Makanan ni perlukan banyak bahan, proses berperingkat. Contoh;

• nasi ayam
• soto 
• nasi minyak 

Akhir sekali, kategorikan kepada makanan yang susah pula. Maksudnya, dalam kepala anda, kalau dapat buat makanan ni, memang champion lah. Sebab, makanan ni penentu kepada segala masakan. Maksudnya dah taraf Master Chef. Kitalah yang kena nilai diri sendiri. Apabila dapat capai target makanan susah ni, bermaksud kita dah dapat skil masakan dalam rumahtangga. Tiada lagi memasak berjam-jam. Sehingga perlukan masa yang panjang.

Kalau anda ibu yang bekerja dari rumah, rugi masa dengan aktiviti memasak ni. Comot sana sini dan nanti bau bawang pulakan. 

Kemudian, skil mengemas rumah. Tidak perlulah mengemas dari A-Z setiap hari. Ia satu lagi kerja yang membuang masa. Mungkin anda kata tak ada istilah membuang masa dalam buat kerja tumahtangga. Banyak pahala. Ya betul, jangan kerana mahu banyak pahala, kita layan diri sendiri seperti hamba. 

Menurut pemerhatian saya dan bacaan-bacaan, kebanyakan isteri yang dikhianati ialah isteri yang anak ramai, buat semua kerja rumah dari A-Z setiap hari. Tiada penambahan dalam diri. Dalam erti kata lain, tiada skil dalam rumahtangga dan kehidupan. 

Jika anda surirumah, selain daripada lakukan kerja-kerja rumah, boleh bisnes online. Saya memilih Shaklee sebagai bisnes. Hanya perlu fokus dari rumah sahaja. 

Andai kata saya menghabiskan masa dengan kerja rumahtangga semata-mata, bilakah waktu untuk saya bisnes, membaca buku, menambah nilai
 diri? Baru sahaja dengar audio puan Diyana Tahir. Insan yang bersyukur ialah individu yang akan berusaha 10 kali ganda. Bersyukur apa adanya adalah individu yang malas. 

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Shaklee, boleh hubungi saya terus Tuan Nurul Ain : 013 357 0906