Pages

Tuesday, March 27, 2018

12 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MULA MAKAN NANAS

 
Nanas

Dapatkan raja buah berduri ini apabila anda terasa kurang sihat dijangkiti selesema. Usah salah faham, 'raja buah' yang dimaksudkan ini ialah buah nanas, bukan buah durian. Gelaran raja buah yang diberikan kepada buah nanas oleh masyarakat Eropah yang menggemari rasanya yang masam masam manis. Apatah lagi ia sukar didapati di benua itu.  

Bromelain ialah sejenis enzim proteolysis yang menguraikan protein. Enzim ini juga mempunyai ciri-ciri anti radang, anti penggumpalan dan anti kanser. Menurut kajian saintis di Australia, bromelain daripada tangkai nanas boleh mencegah kanser tertentu seperti kanser payudara, paru-paru, kolon, ovari dan kulit. 


Bagaimanapun, bukan kerana bromelain sahaja buah nanas kini menjadi pilihan ramai. Buah berduri ini juga kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral termasuk kalium, kuprum, mangan, kalsium, vitamin C, beta karotena, tiamina, B6 dan asid folik serta serat.

Manfaat untuk kesihatan.

Nanas mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan diri kerana sumber vitamin dan mineral yang banyak terkandung di dalamnya. Antaranya masalah kesihatan yang boleh memanfaatkan nanas ialah:

1. Artritis

Ciri anti radang yang ada pada Bromelain membantu memberi kelegaan kepada pesakit yang mempunyai masalah radang pada sendi dan otot. 

2. Meningkatkan imuniti 

Kandungan vitamin C yang tinggi memberi fungsi antioksidan kepada nanas. Vitamin C diperlukan untuk proses sintesis kolagen, iaitu asas protein yang penting menguatkan dinding salur darah, kulit, organ dan tulang. Ia menghindarkan penyakit dan menguatkan sistem imun dengan menggalakkan aktiviti sel darah putih. Vitamin C turut membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas diserang penyakit atau selepas pembedahan. 

3. Tulang yang sihat 

Nanas mempunyai 75 peratus keperluan harian mangan yang disarankan. Mineral ini penting untuk pertumbuhan tulang dan otot yang kuat. Malah satu kajian pada 1994 mendakwa mangan dan mineral surih lain boleh membantu mencegah Osteoporosis di kalangan wanita menopaus. 

4. Mencegah kanser

Nanas mempunyai kaitan langsung dengan mencegah kanser mulut, tekak dan payudara. Selain fungsi antioksidan vitamin C, nanas juga mempunyai vitamin A, beta karotena, bromelain, kompaun flavanoid dan mangan yang tingggi. 

5. Kesihatan mata

Kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi di dalam nanas boleh membantu mengurangkan risiko kemerosotan makular, yang menjejaskan penglihatan seseorang apabila umurnya semakin meningkat. 

6. Membantu penghadaman

Nanas mempunyai serat larut dan tidak larut. Pengambilan nanas dalam kuantiti yang mencukupi boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Cirit-birit, sindrom iritasi usus, arteriosklerosis (dinding arteri yang mengeras, tebal dan hilang kekenyalan), penggumpalan darah, serta darah tinggi. 

Serat serta bromelain dalam nanas menguraikan protein bagi melancarkan proses usus serta menyingkirkan salur darah daripada kolesterol berlebihan untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular. 

7. Batuk dan selesema

Jika selama ini kita yakin dengan keberkesanan jus oren untuk mencegah selesema kerana kaya dengan vitamin C, nanas juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk melakukan tugas yang sama. Namun kelebihan nanas ialah turut mengandungi bromelain yang mengurangkan pembentukan kahak dan lendir dalam salur pernafasan dan rongga sinus. 

8. Kesihatan mulut

Ciri astringen dalam nanas membantu menguatkan tisu dan tulang dalam badan bagi mengelakkan kehilangan gigi atau rambut, otot menjadi lemah atau menggeleber. Nanas sering disarankan sebagai ubat untuk mengatasi masalah gigi bergoyang atau gusi yang menyusut. 

9. Mengawal tekanan darah

Kalium berfungsi sebagai vasolidator, iaitu mengembangkan dan mengendurkan saluran darah serta meningkatkan peredaran darah ke serata bahagian dalam badan. Apabila salur darah mengendur, tekanan darah menurun dan aliran darah kurang tersekat. Bromelain pula membantu mengelakkan penggumpalan darah supaya aliran darah lebih lancar dan mengurangkan pengumpulan plak dalam arteri dan salur darah. Fungsi ini dapat mengelakkan berlaku arteriosklerosis, serangan jantung dan strok. 

10. Lancarkan aliran darah

Fungsi Kalium dibantu oleh kuprum, bahan penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat. Lebih tinggi jumlah sel darah merah, lebih banyaj oksigen disalurkan kepada sistem organ dan membantu organ berfungsi pada tahap optimum. Ia juga membantu keupayaan kognitif dan mengekalkan saluran saraf bagi mengelakkan gangguan saraf seperti dementia dan penyakit Alzheimer. 

11. Mengawal emosi jiwa

Nanas mengandungi banyak vitamin B6, yang dikenali sebagai piridoksina. Vitamin ini membantu mengawal hormon dalam badan dan menstabilkan mood. Justeru itu, pengambilan nanas boleh membantu mereka yang mempunyai masalah resah, mudah mengalami kemurungan dan hormon tidak menentu. 

12. Meningkatkan kesuburan

Kalium, vitamin C dan kumpulan vitamin B dalam nanas boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, serta meningkatkan hormon reproduktif.


No comments:

Post a Comment