Pages

Friday, October 3, 2014

Rahim Jatuh (Prolaps Rahim)

Sering kita dengar orang bergurau, ‘perempuan tak elok mengangkat barang berat, nanti jatuh peranakan’. Tanpa mengetahui lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘peranakan jatuh’, ayat berkenaan sering berlegar dalam kalangan masyarakat kita.
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot, jaringan dan ligamen.

Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua apabila pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan.

 Obesiti antara Punca Rahim Jatuh



Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Rozihan Ismail berkata, ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim akan menghadapi masalah urinari seperti kerap kencing dan sukar hendak mula kencing.

Lebih menyulitkan, masalah kekenduran organ reproduksi ini akan menyebabkan wanita terbabit sukar mengawal kencing, terutama apabila batuk, bersin atau sebarang perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa atau ketika hendak berdiri selepas sujud sewaktu solat.

“Air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Keadaan ini mengganggu tugas harian dan kehidupan wanita terbabit.

“Dalam kes prolaps rahim yang teruk atau peringkat ketiga (keseluruhan rahim terkeluar), sering kali pintu rahim bergesel pada seluar dalam menyebabkan luka. Luka ini boleh dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

“Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan akan berlaku akibat pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko menghidap kanser serviks (barah pangkal rahim),” katanya pada Seminar Kesihatan Wanita anjuran QRS Asia Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan HTAA, baru-baru ini.


PENCEGAHAN:

1. Kawal berat badan

2. Mengamalkan senaman menguatkan otot lantai pelvik (senaman Kegel)

3. Ada juga alat bantuan (Vaginal Cone) yang dapat membantu dalam mendapatkan proses senaman berkesan.

4. Teknologi moden memperkenalkan mesin yang sangat berkesan membantu menguatkan otot lantai pelvik dan memulihkan kedudukan organ peranakan wanita seperti alat stimulasi magnetik.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan UIAM, Prof Madya Dr Zalina Nusee berkata, inkontinen urin ialah kebocoran air kencing di luar kawalan atau masalah lemah kawalan pundi kencing yang boleh berlaku pada wanita semua peringkat umur.

Mungkin dianggap perkara biasa yang tidak membahayakan kesihatan, tidak ramai wanita tampil mendapatkan rawatan. Hanya 30 peratus wanita yang mengalami masalah ini datang ke klinik.

Jenis kebocoran kencing:

1. Kebocoran kencing tekanan
2. Kebocoran kencing gesa
3. Kebocoran campuran
4. Kebocoran limpahan
5. Kebocoran kencing upaya

Faktor risiko:

1. Proses kehamilan
2. Kelahiran biasa, terutama penggunaan alat bantuan seperti forsep atau vacum
3. Kongenital/baka
4. Obesiti
5. Merokok
5. Pembedahan histerektomi (buang rahim)
6. Menopaus
7. Lanjut usia


Menurutnya, kebocoran kencing berpunca daripada lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing) ketika batuk, bersin atau aktiviti lain yang mengakibatkan peningkatan tekanan di rongga pelvik. Kebocoran kencing juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Rawatan konservatif berkesan untuk kes yang ringan dengan senaman lantai pelvik. Bagi kes serius, rawatan pembedahan diperlukan. Tiada ubatan berkesan untuk rawatan kebocoran ini.

“Pundi kencing terlebih aktif ialah masalah penyimpanan air kencing dengan gejala utama iaitu desakan ingin membuang air kecil secara tiba-tiba ketika individu itu belum betul-betul bersedia.

“Gejala lain termasuk kerap buang air kecil, biasanya lebih lebih lapan kali sehari dalam masa 24 jam dan bangun malam untuk buang air kecil.

“Ia juga mungkin menyebabkan kebocoran kencing gesa iaitu pesakit tidak sempat sampai ke tandas yang berpunca daripada otot detrusor pundi kencing terlebih aktif,” katanya.

Masalah ini dirawat dengan pengambilan ubatan, mengubah suai cara hidup dan fisioterapi. Jarang sekali pembedahan diperlukan dalam kes ini.

Ada juga wanita yang mengalami kedua-dua masalah (kebocoran kencing tekanan dan gesa) dan biasanya kes ini akan dirawat menggunakan ubatan dan fisioterapi. Pembedahan akan dijalankan jika rawatan ubatan dan fisioterapi gagal.

Pengarah Operasi QRS Cellvital Kuantan, Shahrill Sabarudin berkata, satu kaedah baru untuk memperbaiki dan menguatkan fungsi serta koordinasi lantai pelvik ialah menggunakan teknologi Trans Pelvic Magnetic Stimulation (TPMS). Kaedah itu tidak menggunakan ubat, pembedahan dan tiada kesan sampingan.

Sumber: Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/26
-------
Sebagai pencegahan, Shaklee menawarkan dua produk khas buat wanita iaitu Alfalfa Complex dan ESP (Soy Isolate Protein.

Kelebihan Alfalfa;


Alfalfa digunakan secara turun -temurun sangat baik untuk wanita malah bertindak seperti mengamalkan jamu iaitu merapat dan mengetat rahim.. Selain itu, terdapat khasiat lain alfalfa iaitu;

18 KHASIAT ALFALFA

1. Mencuci hati, darah dan usus.
2. Mengelakkan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi kelegaan semasa haid untuk wanita.
5. Merawat arthitis.
6. Bagus untuk elergi dan ekzema.
7. Merawat athma.
8. Bertindak seperti kacip fatimah kepada isteri.
9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.
10. Melawan tumor: alkalikan badan dengan itu membaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
11. Merawat masalah keputihan pada wanita.
12. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.
13. Memulihkan urat selepas bersalin.
14. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
15. Meningkatkan stamina seorang suami.
16. Melegakan sembelit.
17. Membuang angin dalam badan.
 18. MAMA Milk booster



 




Kelebihan ESP
• kaya dengan sumber protein penting sangat membantu menguatkan otot-otot pelvik..


-CEGAH SEBELUM TERLAMBAT-

'Jika kita rasa mencari kesihatan itu mahal, cuba sakit'

-----
Ummu Ainan
Shaklee ID 867161
0133570906

1 comment:

  1. Info yang bermanfaat. Teruskan memberi sebagai panduan. :)

    ReplyDelete