Pages

Sunday, April 28, 2013

Suratan, Kebetulan atau Kecuaian

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.. Ya, setiap orang tidak menafikan.

Tapi bagaimana kita bersedia ke arah itu?
Mahu mati dalam keadaan yang macam mana?

Kita tidak boleh tentukan bagaimana pengakhiran kita tetapi kita boleh berusaha supaya menuju ke hari tua dengan hidup yang sihat sebelum ajal menjemput.

Ok saya nak share tentang 'Cucu' Shaklee saya sendiri. Sharingnya di blog sungguh menyentuh hati sanubari. Ada orang kata, alaa makan suplemenpun mati juga, sakit juga..

Kita berusaha supaya dapat mengawal kesakitan itu, kalau tak sakit jadi Raja Namrudlah.. Tapi dimatikan hanya kerana seekor nyamuk yang kecil.

Kalau seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat, senaman, makan makanan seimbang tiba-tiba jatuh sakit. Adakah ia suratan takdir?? Ya, boleh jadi kerana beliau telah berusaha sedaya upaya.

Kalau kita tidak menjaga kesihatan, makan ikut sedap mulut tiba-tiba sakit.. Adakah ia suratan, kebetulan??
Tidak.. Ia kerana kecuaian kita sendiri..

Dan ada orang pertikaikan 'kenapa makan Shaklee sakit lagi??'

Makan Shaklee bukan menghalang kita terus-terusan menjadi kebal tanpa penyakit. Sesekali Allah jentik juga dengan penyakit tetapi sekurang-kurangnya kekerapan sakit itu tidak berulang seperti sebelum mengamalkan suplemen.

----
Mencegah lebih baik daripada merawat

No comments:

Post a Comment