Ini yang UA lakukan. Makan beramai-ramai dalam talam. UA masak lauk ringkas sahaja, bayam masak lemak dan ikan goreng. Kanak-kanak memang suka.
UA pun tumpang makan sekali bersama mereka. Makan berjemaahlah katakan.
Cara memasak sayur lemak bayam. Bahan-bahannya;
1) sayur bayam pink dan hijau
2) bawang merah
3) ikan rebus (ambil isinya)
4) santan
5) garam secukup rasa
Tumbuk bahan 2 dan 3 masukkan air dan santan, kacau sentiasa semasa memasak supaya tidak pecah santan. Apabila sudah mendidih dan sayur sudah masak, bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas
No comments:
Post a Comment