Monday, October 30, 2017

Kenapa kita perlu mengambil suplemen?



Berikut ialah penjelasan ringkas sebab dan faktor penting yang menyebabkan makanan yang kita makan akan kehilangan zat-zat penting.

Ini menyebabkan makanan yang kita makan tidak mempunyai zat-zat mikro (micronutrient) yang amat penting untuk mencegah penyakit dan juga mencegah kegemukan.

A.     Masalah perompak makanan

1.     Makanan segera yang mengandungi kandungan nutrien yang amat rendah tetapi kaya dengan kalori dan lemak berlebihan.  Mikro nutrien hampir tiada di dalam makanan seharian kita.


2.     Makanan kita ‘dirompak’ khasiat dan zat yang penting termasuklah zat-zat antioksidan. Makanan hilang segala zat penting seperti vitamin, mineral semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan semasa memasak.


3.     Tanah pertanian komersial yang digunakan secara berterusan akan menyebabkan tanah itu menjadi gersang nutrien. Pembajaan hanya akan menambahkan faktor N (Nitrogen) dan K (Kalium) sahaja kepada tanah untuk pertumbuhan sayuran ini sebagai sumber zat mineral. Makanan seperti sayuran, buah-buahan, bjirin dan sebagainya mempunyai kandungan mineral yang kurang kerana penggunaan tanah secara komersial menyebabkan tanah gersang mineral.

4.     Tekanan komersial untuk penghasilan makanan besar-besaran dengan kuantiti yang sangat banyak menyebabkan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga yang tidak terkawal.


5.     Pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut sayuran dan buah-buahan dari ladang ke pasar-pasar sebelum sampai ke pengguna juga akan menyebabkan nilai zat mikronutriennya hilang. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang diangkut pada jarak jauh dari ladang ke pasaraya turut menyebabkan kehilangan lebih banyak zat penting seperti vitamin C.

6.     Kandungan vitamin C dalam makanan seperti ini hampir tiada semasa dihidangkan di rumah kerana proses memasak itu sendiri. Oleh sebab itu, pentingnya masalah kekurangan zat makanan ini kita gantikan dengan pengambilan pil suplemen seperti multivitamin, multimineral dan antioksidan

7.     Proses penjualan yang mendedahkan sayuran dan buah-buahan kepada udara dan matahari dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kehilangan zat mikronutrien juga.

8.     Sayuran yang dimasak sehingga lecur akan menyebabkan kehilangan lebih banyak nutrien penting daripada makanan tersebut.


9.     Kaedah bioteknologi yang menghasilkan baka-baka baru klon dan teknologi genetik yang amat canggih menghasilkan bahan-bahan baru yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain yang masih belum diketahui.

B.     Pencemaran Air, Udara dan Makanan

Masalah pencemaran yang berlaku dalam dunia moden sekarang adalah antara punca utama menyebabkan kita memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk mencegah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan strok.

Pencemaran menyebabkan sel-sel kita diserang dengan pelbagai agen pencemar yang merosakkan sel dalam tubuh manusia jika terdedah untuk tempoh yang panjang. Zat-zat nutrien ini penting sebagai pelindung yang melindungi sel-sel tubuh manusia daripada kesan pencemaran ini.

Manusia hari ini terlalu bergantung kepada petroleum untuk hidup. Buktinya jika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol, segala barangan juga turut naik. Pembakaran bahan petroleum yang terlalu banyak turut menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara di dunia.

Setiap pagi kita bergelumang dengan pelbagai bahan kimia dari saat menggosok gigi, bersabun, bersyampu semasa mandi, menggunakan deodoran, bercukur, bermekap, menaiki kenderaan dan menghirup udara pendingin hawa.

Kemajuan ekonomi juga menyebabkan bertambahnya kilang-kilang industri yang mengeluarkan pelbagai jenis pencemaran udara dan sumber air.

C.     Makanan Proses

Makanan yang diproses hampir kehilangan semua zat surihnya. Oleh itu, jika kita makan terlalu banyak makanan proses seperti biskut, roti, mee segera dan sebagainya maka penting untuk mengambil suplemen kerana kita tidak menyedari kekurangannya.

Seterusnya kita makan makanan yang diproses, makanan segera, makanan dalam tin dan kita minum minuman dalam tin, bergas, minum air masak daripada paip di rumah yang hampir semuanya tercemar atau sengaja dicemari dengan pelbagai bahan kimia samada sedikit atau banyak.

Kita juga secara langsung ‘meracuni’ badan kita dengan tidak bersenam, makan terlalu banyak, merokok dan stress yang keterlaluan setiap hari.

D.    Ubat-ubatan

Terdapat sesetengah ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor boleh mengganggu zat-zat mikro dalam tubuh manusia. Sebagai contoh, pengambilan ubat anti kolesterol jenis ‘statin’ boleh menghalang bahan yang dinamakan Co Enzim Q10 yang amat penting untuk fungsi otot dan jantung. Oleh itu jika seseorang mengambil ubat ini, maka amat penting mengambil Co Q10 untuk mengelakkan masalah sakit otot (Myalgia) dan jantung kembang (cardiomyopathy)


E.     Masalah Radikal Bebas

Radikal bebas yang terbebas kesan daripada pendedahan kepada pencemaran, cahaya matahari, dan sebagainya boleh membuatkan badan kita memerlukan antioksidan untuk menentang kesan buruk radikal bebas ini.

F.     Kekurangan sub klinikal


Kekurangan sub klinikal bermaksud tubuh kita kekurangan zat mikro seperti vitamin, mineral, antioksidan dan sebagainya tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal kerana tidak mencapai tahap terlalu rendah. Tetapi tubuh kita tidak dapat berfungsi secara optimum dan kita mudah menjadi gemuk dan mendapat penyakit. Oleh itu amat perlu mengambil suplemen untuk mengatasi masalah ini.


Sumber
Buku 8 rahsia menguruskan badan tanpa berdiet.
Dr. Norman Norawi
(MBBS, MScAARMMA, FAGE)

No comments:

Post a Comment