Friday, November 30, 2012

Zinc adalah suatu khazanah lelaki



Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan, pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua

-----------------------
Zinc Shaklee
Dirumus daripada zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.
Zinc sesuai diambil jangka panjang. Ia berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

----------------
Hubungi Ummu Ainan
Shaklee ID867161
0133570906

Tuesday, November 27, 2012

Adakah kita Perlukan Suplemen?



Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap. Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral. Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Peminum alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 

Sumber: PaMa

---------------------------
Tahukah anda Vita-Lea iron Formula Shaklee mempunyai gabungan semua multivitamin dan multimineral yang diperlukan tubuh kita seharian?

kenapa pilih yang lain? Bertukarlah kepada Shaklee.

-----------------------
Hubungi Ummu Ainan
Shaklee ID867161
0133570906

Monday, November 26, 2012

Homosistein Vs Jantung

[Homosistein suatu faktor Penyakit Jantung]

Ramai antara kita yang mengetahui bahawa kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, merokok, kegemukan dan kurang bersenam adalah faktor yang dikaitkan dengan bertambahnya risiko penyakit jantung koronori. Sekarang, kajian klinikal telah mengenal pasti HOMOSISTEIN sebagai suatu faktor risiko yang penting.

Apakah itu HOMOSISTEIN ?


Homosistein adalah hasil metabolisma asid amino metionina. Metionina terdapat di dalam kesemua protin dan diketahui sebagai asid amino perlu., kerana ia perlu dibekalkan melalui protin diet harian. Metionina diperlukan oleh badan kita untuk pertumbuhan dan penyaraan sel-sel. Protin-protin daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan susu kaya dengan metionina. Protin-protin daripada sumber tumbuhan seperti bijirin (beras), sayur-sayuran dan buah-buahan kurang mengandungi metionina.

Bagaimana badan menyelenggarakan Homisistin pada paras yang selamat ?

Semasa metabolisma berlaku dalam badan, metionina yang berlebihan dipecahkan kepada Homosistin . Homosistin boleh dalihkan semula untuk menjadi metionina dengan adanya vitamin B12 dan asid folik. Homosistin juga boleh diubahkan menjadi sistin dan sebatian lain yang boleh dikeluarkan daripada badan melalui pembuangan air kencing. Proses kedua ini berlaku dengan adanya vitamin B6. Oleh yang demikian, asid folik dan vitamin B12 melindungi saluran darah daripada dimusnahkan oleh homosistin dengan mengubahkan homosistin ke sistin dan sebatian lain yang dikeluarkan melalui pembuangan air kencing.

Adakah paras Homosistin yang tinggi suatu masalah kesihatan ?
Apabila paras homosistin meningkat, ia boleh menjadi homosistein yang reaktif. Pembentukan homosistin yang reaktif ini boleh mencederakan sel-sel dinding saluran darah. Apabila sel-sel saluran darah tercedera, ia akan menarik LDL Kolestrol ke bahagian yang tercedera untuk bertindak sebagai pembebat membalut bahagian tercedera untuk membaiki (atau menyembuhkan) lapisan sel. Proses penyembuhan ini menyebabkan terbentuknya "plak" pada dinding saluran darah koronori. Plak akan bertambah besar dan lama-kelamaan saluran darah koronori mungkin tersumbat. Ini akhirnya akan menyebabkan sakit jantung.

Apakah paras Homosistin yang normal ?

Paras Homosistin yang kurang daripada 15┬Ámol/L adalah dianggap sebagai normal. Paras 15┬Ámol/L dan ke atas adalah berkaitan dengan bertambahnya risiko penyakit jantung. Risikonya meningkat mengikut paras homosistin. Melalui ujian darah, kita boleh mengetahui kandungan homosistin. Sila berbincang dengan doktor anda samada anda perlu menjalani pemeriksaan darah.

Siapakah yang mungkin mempunyai paras Homosisrin yang tinggi ?

Ada orang yang dilahirkan dengan paras homosistin yang tinggi disebabkan oleh kecacatan genetik. Ini jarang berlaku dan biasanya adalah disebabkan oelh kekurangan enzim Methlylene-tetrahychrofolate Reductase (MTHFR).

Bagi mereka yang sering makan daging dan makanan daripada tenusu yang mengandungi metionina yang tinggi, maka keperluan vitamin B6,B12 dan asid folik pun perlu ditambah untuk mengawal paras homosistin dalam darah pada tahap yang selamat. Tetapi, vitamin B6,B12 dan asid folik adalah sensitif dan senang dirosakkan apabila melalui rawatan kimia dalam pemprosesan, pengilangan dan pengawetan makanan. Bagi mereka yang banyak memakan makanan yang diproses atau dikilangkan, kemungkinan besar mereka akan kekurangan vitamin B6,B12 dan asid folik. Vitamin B12 hanya boleh didapati daripada makanan berasaskan haiwan. Oleh itu untuk mereka yang hanya makan sayur-sayuran sahaja, kemungkinan besar mereka akan kekurangan Vitamin B12. Kekurangan vitamin B6,B12 dan asid folik boleh menyebabkan meningkatnya paras homosistin dalam darah.

Sumber makanan yang mengandungi B6,B12 dan Asid Folik.
Tumbuhan segar yang mengandungi Vitamin B6 termasuklah bijirin, pisang, kekacang, dan sayur-sayuran seperti bayam, "brussel sprout", dan bunga kobis.
Sayuran berdaun hijau mengandungi asid folik yang tinggi.

Vitamin B12 hanya terdapat pada makanan seperti daging, ikan dan telur.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menurunkan paras Homosistin?

Mengamalkan diet yang seimbang yang banyak mengandungi sayur-sayuran serta buah-buahan. Banyakkan memakan makanan segar dan kurangkan makanan yang diproses.

Mengambil vitamin yang membekalkan vitamin B6,B12 dan asid folik dengan secukupnya.

--------
Dapatkan
1) Vita-Lea with iron
2) B-Complex
Hari ini sebelum terlambat.

P/S: patutlah ada orang kuruspun kena sakit jantung.

-----
Ummu Ainan
Shaklee ID867161
0133570906

Monday, November 12, 2012

Faedah Protein Untuk Tubuh Badan Kita

Tahukah anda bahawa protein merupakan elemen sangat penting kerana ia dapat mengekalkan kecerdasan dan kecergasan tubuh badan, bagi melakukan aktiviti harian. Ini kerana, protein  
merupakan makronutrien asas




Pengambilan protein merupakan satu kemestian, supaya mengekalkan kecerdasan dan kecergasan tubuh badan, bagi melakukan aktiviti harian. Ini kerana, protein merupakan makronutrien asas.

Faedah Pengambilan Protein

Tahukah kita, bahawa pengambilan protein dapat memberikan banyak manfaat seperti:
Keseimbangan tubuh badan.
Menyihatkan kulit dan rambut.
Meningkatkan tenaga bagi menjalani kehidupan harian.
Faedah #1 – Keseimbangan Tubuh Badan
Menurut majalah Amagram, protein dapat membantu mengawal atur tahap bahan tertentu seperti air. Dalam masa yang sama, proten juga membantu membawa masuk, dan membawa keluar bahan-bahan seperti:

Kalium.
Elektrolit.

Faedah #2 – Menyihatkan Kulit dan Rambut
Apabila tubuh badan kita kurang pengambilan protein, maka ia akan menimbulkan kesan pada kulit dan rambut. Seperti kulit berkedut, dan rambut rosak, atau setiap helaian rambut kelihatan lemah.
Mengikut kajian, 90% daripada tisu rambut dan kulit kita adalah protein. Jadi, ini menjelaskan betapa pentingnya pengambilan protein, bagi menyihatkan kulit dan rambut kita.

Faedah #3 – Meningkatkan Tenaga Bagi Menjalani Kehidupan Harian
Protein merupakan enzim yang bertanggungjawab, bagi menukarkan makanan menjadi tenaga. Oleh itu, jumlah tenaga kita boleh dikatakan bergantung pada pengambilan protein yang diambil dalam kehidupan seharian.

Melayukini.net - Kita perlu mendapatkan bahan makanan berasaskan protein secara secukupnya bagi meningkat tenaga di dalam badan. Ia sangat penting untuk memudahkan kita menjalani kehidupan seperti biasa.

Kelebihan Alfalfa

[Kelebihan Alfalfa]

>> Mencuci hati, darah dan usus - alfalfa ialah makanan sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit da

n otot.

>> Melawan alahan- memperbaik keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

>> Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaik masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.

>> Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada lafalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa megandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol

>> Melawan tumor- mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel2 kanser dan membuang tumor

>> Melegakan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

>> Mencegah / Merawat artritis- melegakan sakit artritis dan kesakitan

P/S: untuk wanita, baik untuk dalaman terutama keintiman..
------
Hubungi Ummu Ainan
Shaklee ID867161
0133570906