Sunday, December 29, 2013

Omega Guard, Purity You Can Trust






Kenapa kena bertukar kepada minyak Ikan Shaklee?

Kerana ia tulen, bebas logam berat, bebas Plumbum, bebas Merkuri, bebas PCBs dan macam-macam lagi.

Ibu mengandungpun tak perlu risau untuk ambilnya, ia selamat dan tanpa meninggalkan kesan toksik kepada janin.

------
Ain- )133570906
SID 867161

Saturday, December 14, 2013

Kelebihan Shaklee Omega Guard

Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Shaklee Omega Guard diekstrak daripada ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. ia bukan daripada minyak hati ikan. Omega Guard ialah lebih tumpat daripada
ketumpatan minyak hati ikan.

Ketulenan Omega Guard terjamin

Apa yang membezakan omega di pasaran dengan Omega Guard?

  • Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.


Kenapa Memilih Shaklee Omega Guard?

Bagaimana Shaklee memastikan ketulenan minyak ikannya?

  • Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 
  • Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. 
  • ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl- bahan kimia industri yang sangat toksik)

Wednesday, October 23, 2013

Dream

Tema Shaklee tahun ni Go For It..

Go untuk apa ni??? Dream..... 
Awal-awal pembabitan dengan Shaklee saya ikut je apa yan mak nenek Shaklee saya ajar.. Buatlah Vision Board.. Semua yang saya tampal tu sangat tidak logik... 

Bayangkan income pertama saya dengan Shaklee RM28.50.. Impian kereta mewah?? Impian income puluh-puluh K sebulan??? Nak capai 4 angkapun rasa macam susah.. Ada lagi satu impian saya macam kelakar sikit.. Ada gambar spa.. kononnya nak memanjakan diri di spa bila dah berduit.. Tapi rasanya nak batalkan niat tu.. hehe.. Saya dibesarkan dengan berjimat-cermat.. Jangan buang duit ke arah yang tak perlu.. Itu yang ayah selalu tanam.. Katanya jimat ketika tiada, sakit.. Sebab apa? sebab masa kita tiada tulah keinginan macam-macam dan bila tak dapat rasa sedih je.. Kalaulah aku ada ni.. aku nak ni.. Sedangkan kalau kita berjimat dari awal bila dah berada keinginan tu sepintas lalu je.. Sebab kalau nakpun bila-bila masa boleh dapat.. Bak kata Prof Muhaya, dunia ni sebelum kita dapat, nampak sangat besar... Tapi bila dah dapat, ia sangat kecil.. Itu yang saya tanam, saya nak dapat dunia untuk bekalan ke akhirat.. 

Walau apapun yang kita buat, mesti ada impian..Kalau tak, jadilah macam robot.. Keluar kerja pagi, balik lewat petang dan hanya ikut sistem dan seolah-olah hidup kuta diatur sistem sampai kita tak boleh memikirkan urusan ukhrawi.. 

Seperti kata Ustaz Azhar, mu cari duit tu pendapatan mu juta-juta sebulan?? Sampai sibuk tak boleh dengar ngajar.. 


Berbalik kepada vision board, bukan semata-mata DUNIA yang dikejar..  Tapi biarlah akhirat lebih utama... 

'kenapa nak kaya sangat? kenapa tamak sangat?'

• 'sebab tak nak kaya sorang-sorang.. Biarlah kaya yang boleh bangunkan Islam dan perjuangan Islam'

Bila duniawi dan ukhrawi bergabung, barulah dream tu super duper power... 

*Anda ada impian??? Just go for it...

Abaikan kata-kata orang sekeliling.. (sebelum capai apa yang dicapai sekarang memang kena gelakpun..sebab nampak tak logik).. Bukan mereka yang bagi kita rezeki.. Tapi mohonlah kepada Allah... Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Tak rugipunkan... 

Setiap daripada kita berhak mempunyai impian masing-masing.. 


----
Master 
Ummu Ainan
*When dream comes true

Tuesday, October 22, 2013

Rezeki

Daripada yang sikit akan menjadi besar. Yang penting, syukur. Ok, tadi dapat cek Shaklee RM236, sangat suka. Ayah ada kat rumah nipun teruja bila bagitahu ada cek sampai. Ayah minta tengok katanya silap tengok kot entah-entah RM2000.. Hehe yang tu RM2700 bulan depan dapat.

Pendapatan pertama saya dengan Shaklee RM28.50. Waktu tu biar orang cakap apapun 'ada aku kisah?? 28 ringgitpun duit'.. Lepas tu dapatlah RM200++ hehehe semua tak hairan dengan pendapatan banyak tu tapi saya hairan sebab saya nampak liku-liku yang akan saya lalui dengan Shaklee. Saya yakin saya boleh dapat lebih banyak sehinggalah sekarang dah 5 angka yang stabil alhamdulillah.. Kalau dulu semua tak kisah, sekarang semuaaaaa kisah. Hujung bulan suatu penentuan berapa income saya pada bulan seterusnya hehehehe..

Tulah, jangan TAMAK.. Sikit-sikit lama-lama jadi BUKIT..

Oklah nak solat Asar dulu. Ayah minta belanja pisang goreng. Saya pula nak beli Pavlova satu slice.. Mahal tau Pavlova tu RM15.70 dekat Serai Empire.. Hehehe. Ayah selalu pesan berjimat ketika berada senang daripada berjimat ketika tiada. Seksa.. minta dijauhkan daripada meminta-minta.




Sunday, October 20, 2013

Hikmah

Nak cerita pasal hikmah dalam
setiap ujian... Hmmmm pernah dengar sedeqah mampu elakkan kita daripada bencana?? 

Contoh paling mudah, katakan kita pergi kedai terlanggarlah sesuatu.. Tapi yang rosak kereta sahaja.. Tiada apa-apa kecederaan.. Tu maksudnya Allah pelihara kita.. Boleh jadi berkat sedeqah kita tu kita terselamat daripada bahaya.. 

Nak dijadikan cerita, tengah hari Jumaat lepas baby Nisa' tidur dalam bilik.. Umi kat dapur, makan.. Dalam masa sama Ainan makan roti jala ajak adik dan sepupu masuk bilik.. Umi dah jerit keluar, jangan kacau baby tidur.. 

Tak lama lepas tu dengar baby Nisa' menangis. Umi cepat-cepat pergi ke bilik.. Bila pusing tombol
pintu...'aikkkl kunci'... Haaaaa sudah... Baby dengan siapa ni kat dalam.. 

Ainan dan sepupu dia semua kat luar, yang ada Widad je kat dalam.. Umi cari kunci pintu buka satu-satu kunci tu semua tak dapat.. (tombol rosak, Widad tak dapat buka dari dalam).. 

Ketuk-ketuk pintu tak ada respon.. Adik umi pergi mengintai kat tingkap (kebetulan tingkap tutup, umilah minta abah tutupkan sebab jam 12 tu bau asap orang bakar tayar..) Dahlah rumah tokki dan nenek tinggi.. Nak jenguk kena panjat kerusi.. Tengah-tengah panjat tu Mak Su tengok Widad (2 tahun ++) angkat adik dia... Menjeritlah kawan tu.. 'Widaaaaaadddddd'.. Sorang lagi kakak umi cepat2 cari suami dia kat Masjid (orang nak sembahyang Jumaat).. 

Umi pergi mengintai sama dekat tingkap... minta Widad bukakan tingkap tapi tak berjaya.. Baby makin kuat menangis umi nampak dengan mata kepala sendiri Widad cuba angkat baby.. 'Widaaaaaaaddddddd letak baby....' 
Ya Allah... Tak dapat nak gambarkan perasaan waktu tu.. Umi turun kerusi capai je penyapu nak pecahkan tingkap.. Tapi melantun balik penyapu tu.. Umi dah berlari masuk dapur nak ambil lesung batu nak pecahkan tingkap tu.. 

Melangkah je dalam rumah, dengar dah suara mak cik dan pak cik diorang dah balik dari masjid.. Berlakulah adegan pecahkan tombol dan tendang pintu.. Fuuuhhhh masa pintu ditolak tu Widad berdiri belakang pintu.. Melayang juga budak tu.. Nasib baik kena dagu je.. 

Detik-detik cemas berlaku... Dalam hati umi rela hilang harta benda daripada anak-anak umi.. Syukur Ya Allah... 

Lepas je kejadian ni bertalu-talu otang datang rumah sebab ingat ada kecemasan sebab pakcik diorang ni tak
sempatpun solat Jumaat.. Memang darurat... Kakak doktor, katanya baby bahaya kalau menangis tanpa henti.. Sebab takut tak cukup oksigen berhenti je boleh bawa maut.. Tak dapat nak bayangkan... 

Ok, hikmah di sebalik kejadian.. untuk umi sendiri.. Insaf.. Sangat insaf.. Kadang-kadang kita berkira untuk memberi tapi padahal pemberian tulah yang boleh menjadi penghalang daripada bencana yang tak mampu kita tanggung.. 

Hikmah kedua, mengeratkan silaturrahim.. Sebab sanak saudara datang untuk ziarah..entah apalah yang terjadi sampaikan terpaksa panggil orang nak solat Jumaat.. 

Hikmah ketiga, erti hidup dalam memberi.. Jana income untuk
bantu ekonomi Islam.. Bukan untuk
bermegah-megah.. 

p/s: nampak tak kesinambungan cerita ni?? Asal-asalnya tingkap bilik dibuka
sebab masih siang.. Tetapi
disebabkan jiran bakar sampah
(bakar tayar), tingkap terpaksa ditutup.. Maka berlakulah adegan2 cemas.. Kalau diikutkan akal logik nak salahkan siapa?? Mestilah pemulanya, si
pembakar sampah.. Tetapi dengan Hikmah, berlakulah sesuatu seperti
dirancang Allah sangat cantik.. Alhamdulillah

*lihat sesuatu daripada kaca mata yang berbeza mampu
mengubah dunia

Sunday, October 13, 2013

PERBEZAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Apa yang membezakan kolagen Shaklee berbanding kolagen lain?

Haaaa sangat berbeza. Shaklee tidak menambah apa-apa perasa ke atas kolagennya untuk menjadi lebih sedap tetapi Shaklee menggabungkan ramuannya supaya menjadi lebih berkesan.

Anda sanggup bayar produk harga beratus yang memang tujuannya untuk cantik tapi dibayar untuk rasa? Kalau nak rasa sedap, baik jangan beli kolagen.. Baik beli minuman lain, hargapun murah.

Ok.. Kenapa Shaklee berbeza? Lihat sahaja pada ramuannya;

Bukan sekadar kolagen

1) kolagen daripada sisik ikan merah
  • Sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan
2) Ekstrak biji Camellia Japonica
  • Terdiri daripada asid oleik, atu omelien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon; antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas. 
3) Ekstrak Pfaffia
  • Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

4) Elastin daripada kolagen ikan
  • Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
5) Vitamin C dan vitamin B
  • Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
  • Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
6) Ekstrak kekerang
  • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

7) Lactobacillus Acidophillus
  • Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen

Haaaa nampakkan?? Shaklee menggabungkan 7 ramuan yang membuatkan mereka saling bersinergi..

Jadi, kenapa nak tunggu lagi?? Nak biarkan terus kulit makin mengendur??

Beli sekarang sempena Promo Oktober 2013 ni..

------------
Hubungi Puan Ain - 0133570906
Shaklee ID 867161

Tuesday, October 8, 2013

Shaklee Collagen Powder Terbukti Berkesan

Promo kolagen datang lagi. Tak tahu nak cakap apa sebab sangat suka. Setakat hari ini dah telan 3 sachet SCP. Lepas bersalin memang perlukan kolagen sebab banyak tona kulit tidak sekata lebih-lebih lagi bahagian abdomen.. 

Beli 6 SCP sekarang tahan sehingga 5 bulan.. Kajian menunjukkan penggunaan selama 8 minggu berturut-turut memberi hasil luar biasa. Berikut keberkesanannya:-



Shaklee Collagen Powder Terbukti Berkesan:
• Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
• Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
• Meningkat dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
• Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
• Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
• Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
• Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
• Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50% 
• Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan sehingga 18%

Kenapa tunggu lagi????? 
Ramai rakyat Malaysia rebut peluan mencantik dan memanja diri.. Kenapa kita tidak???? Saya dah.. Anda bila lagi??? 

Buy 6 Free 1 sekarang.....

-----
Hubungi Puan Ain- 0133570906
Pengedar sah Shaklee anda
867161

Monday, October 7, 2013

Promo Oktober 2013 - Shaklee Collagen Powder

 

Nak cantik? Nak jelita? Nak muda? Inilah masanya dengan Shaklee Collagen Powder.. Dengan pembelian satu set promo bulan ini anda akan dapat:
  • Percuma 1 kotak Shaklee Collagen Powder bernilai RM298
  • Percuma 1 botol CoQHealth Plus bernilai RM100++
  • Percuma keahlian seumur hidup bernilai RM75
  • Percuma penghantaran RM10
  • Pulangan TUNAI bernilai RM100++ 
  •  
PENJIMATAN SEHINGGA RM600


HARGA MERUNTUN JIWA.. REBUT SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK!!!!!!

---------------
Ain- 0133570906
SID-867161

Tuesday, September 3, 2013

Promo September 2013


Ramai tertunggu-tunggu promo seterusnyakan.. CoQHealth Plus.. 

Kalau sebut pasal CoQ10 mesti dikaitkan dengan jantung.. Tapi tak ramai yang tahu CoQ10 ni banyak fungsinya.. Ia bersifat antioksidan yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit, penuaan pramatang, sakit jantung, darah tinggi, dan pelbagai lagi.. 

Nantikan kelebihan-kelebihan CoQ10 untuk entri-entri akan datang ye.. 

Pembelian harga jimat;
BUY 6 FREE 1 

atau hubungi saya Ain - 0133570906

Tuesday, August 20, 2013

Kenapa Jerawat keluar bertalu-talu selepas ambil GLA Complex?

[Jerawat oooo Jerawat]


Kenapa selepas ambil GLA Complex muka keluar jerawat bertalu2? 



Jerawat, Hormon dan kalenjar sebum sangat berkait rapat.. 


Kalenjar sebum yang mengawal minyak pada lapisan kulit.. Bila ambil GLA, hormon kita sedang dibetulkan dan mengaktifkan semula kalenjar sebum.. 

Mana2 yang tersumbat akan diaktifkan semula dan minyakpun membuak2lah keluar maka jerawatpun macam cendawan tumbuh jugalah...

Tapi tapi tapi.. Ia hanya sementara sebelum anda mendapatkan wajah yang halus bebas jerawat.. Kalenjar sebum akan kembali normal dan membuatkan kulit lebih lembut sebab kalenjar ni buat kulit kita lembap kekal terhidrat.. 

Teruskan pengambilan GLA Complex untuk hasil luar biasa..


---
Order GLA Complex anda sekarang 
Ummu Ainan
Shaklee ID867161

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya

        Salam 'Idul Fitri kami ucapkan...

Berpantang hari kesepuluh.. Badan sangat segar berpantang dengan suplemen Shaklee.. Jauh beza dengan anak2 sebelum ni.. 

P/S: ingat pantang, ingat Shaklee.. Hehe Shaklee bukanlah ubat atau jamu tapi suplemen di mana makanan pelengkap khas untuk sesiapa sahaja malah sangat baik untuk ibu2 yang baru melahirkan sebab badan banyak hilang nutrisi dalam badan.. Pengambilan makanan pelengkap membantu penyembuhan luka dan dalaman lebih baik.. Susu ibupun banyak melimpah ruah... 


----
Sebarang pertanyaan dan tempahan, 

Ummu Ainan
Shaklee ID867161


Sunday, August 4, 2013

Lahirnya Khairunnisa' binti Hishamuddin (belum official) 30 Julai 2013

4.2Kg lahir 5.07pm 30 Julai 2013, normal, tanpa jahitan, umi mengandung tanpa GDM dan masalah2 lain. 

Alkisahnya begini... 29 Julai 2013 tarikh checkup/ follow up di PPUM.. Appointment jam 8.30pagi tapi entah kenapa hari tu lambat sangat kena panggil.. Last2 jam 10 pagi lebih nama naik minta ke ceramah penyusuan.. 

Kami anak beranakpun pergilah... Umi, abah, Ainan, Widad.. 
Ceramah tu sangat BEST memang banyak ilmu baru.. From A-Z.. 
Saat kelahiran bayi sehinggalah penyusuan 2 tahun.. 


Setiap ibu dan ayah yang masuk ceramah kena pegang 'baby' dan 'breast 1 sorang.. 

Tengah-tengah dengar ceramah tu perut umi rasa sakit-sakit(dah selalu sangat Braxton Hicks) tapi lepas berbuka hilang.. Tak hairan langsunglah.. 

Habis je dengar ceramah ni tunggulah pula turn check up dengan Doktor.. Tunggu punya tunggu kenalah panggil. 

Doktor cek-cek tanya ada sakit-sakitke.. Umi jawablah ada sikit-sikit tapi lepas berbuka biasa hilang.. Tup..tup doktor nak buat VE... Adoooiiii kan dah kena.. 

Cek VE dah 2cm.. Hohoho terus admit.. 
Dalam wad umi terus puasa sampailah minum petang sampai.. Hehehe lepas tu berbukalah sebab kang bersalin tak ada tenaga pula.. 

Lepas je berbuka huaaaaaaa hilang terus sakit perut.. Kan betul braxton Hicks.. 
Umi tawaflah dalam wad tu nak bagi rasa semula sakit.. Tapi makin banyak jalan makin hilang sakit.. Huaaaaa lagi... Bilalah nak bersalin ni.. Dahlah 2 kakak
baby tak pernah kena tinggal.. Umi risau 2 beradik tu... Risau warded sebab tak tahu bila nak bersalin.. Kalau ada tanda sakit lagi suka.. 

Ok bila dah solat Isyak nurse yang tengok umi mundar mandir suruh rehat je.. Katanya kalau baby tu nak keluar, dia keluarlah tu.. Tak payahlah risau.. 

Tidurlah awal.. Tengah-tengah tidur sakit rusuk, contraction datang balik tapi boleh tahan (tu maksudnya tak real lagilah).. Dalam hati ni happylahkan.. Dan start keluar mucus darah(memang hepi sebab dah ada tanda bersalin)... Jam 5 pagi HO(agaknyalah yang oncall malam tu)
buat VE lagi sekali..tapi dia konfius
nak letak berapa CM.. Huaaaaa nurse cakap 'tak terbuka lagilah tu doktor, letak sama jelah 2cm'... 

Tapiiiiiiii lepas breakfast pagi tu nasi goreng kampung.. Sakit hilang lagi.. 
Sedihnya.. Masa MO dan Specialist round ward umi siap minta discharge lagi... Tapi tak boleh dah sebab contraction dah ada cuma ada, hilang, ada hilang.. Frust lagi.. Kalau tak bersalin hari sama, esoknya doktor nak pecahkan ketuban dan masukkan oxytocin bagi contraction(tapi kena tunggu esokkkkkkkkk)

Tengah hari tu abah datang lambat sebab nak bawa kakak-kakak kena tunggu waktu melawat.. Tak pasal-pasal sentimental.. Menangis sorang-sorang dalam wad.. Hahaha rindu kat anak-anak.. Pastu dalam hati kena bersalin hari tu juga sebab boleh keluar esoknya.. 

Pagi tu jam 10 lebih masuk group
gentle Birthing tanya pendapat nak elakkan induce.. Ada lah seorang tu bagi petua nak suruh contraction kuat.. Hehehe lepas ikut je terus rasa semacam je contraction.. 

Abah bawa kakak2 keluar wad jam 2 lebih (umi tekad ni nak bersalin hari sama)... 
Jam 2.30 siap2 nak solat Zohor lepas tu tunggu doktor round jap.. Doktor kata ada sakit? Kalau tak tahan bagitahu sya buat VE lagi.. 
Ok je time tu sebab memang boleh tahan sangat-sangat.. Kepala nak chooowwww pergi solat.. Haha buat VE kang lambat pulak solat.. Doktor pergi katil sebelah je terus hilangkan diri.. Solat Zohor dulu.. 

Lepas solat macan sempat je round sekali dua wad.. Lepas tu start dah rasa sakit makin kuat.. Baring atas katil bila sakit dah rasa macam sedikit menggigil.. Hahaha suka sungguh... Lepas tu pergi cari nurse nak bagitahu tak tahan dah.. 

Doktor tak habis lagi round wad.. Kena datang buat VE.. Masa tu 3pm++..

Waaaaaahhhhhh 5cm hoooreeeyyyy.. Ready untuk ke labor room.. Tengah2 menggigil tu sempatlah kemas semua barang masuk beg.. Hp xboleh bawa, kena tinggal dalam beg.. Call abah tak dapat (baru otw balik tak sampai lagi agaknya dan abahpun tak bajet tiba2 je nak bersalin ngeh ngeh ngeh).. 

Semua tinggal, masuk LR bawa diri je.. 
Baring sekejap VE 6cm.. Tunggu punya tunggu (dah pecahkan ketuban tapi pelik kenapa macam xkeluarpun ketubannya).. 
Lepas tu umi buat ala-2 exercise kegel teran sambil tarik nafas.. Waaaahhh ketuban makin keluar dan baru start rasa macam nak meneran.. Tapi baru 8cm.. Tak boleh teran lagi..

Ok buat lagi macam tadi.. Teran tarik slow-slow.. Main2 dengan otot pelvik.. Bila dah betul-betul rasa baby
nak keluar baru push bagi kepala keluar dulu.. Bila kepala dah nampak semua datang kerumun... 

Nurse, doktor suruh pegang besi katil.. 'Tak nak, saya nak pegang kaki'.. 

'Ok kakipun takpe'-dengar diorang cakap.. 

Umi start fokus kedudukan, kepala angkat kena dada, gigi kacip tanpa keluarkan suara, punggung stay atas tilam tak boleh angkat langsung reaaaadyyyyy pussssshhhhhh.. 
2-3kali macam tulah push terus keluar adik baby... Alhamdulillah... Senang sangat.. Baby 4.2kg..

Hasrat tak nak induce, dan tak nak jahit BERJAYA.. Syukur sungguh.. Miracle of Ramadhan.. 

Haaaaa dalam tengah-tengah sakit tu doktor offer epidural.. Nak buat apa... Lagipun umi dah masuk labor room memang sekejap je progress.. Tak nak tanggung risiko kemudian hari..hehehe.. 

Orang tanya apa tips baby besar tapi tak jahit.. Tu jelah.. Posisi meneran kena betul.. Sepanjang preggy kena rajin exercise kegel nak bagi otot stretchable dan amalkan Protein Shaklee.. Memang otot, kulit semua elastik.. 

Gambar sebelum bersalin masa ceramah.. Berat 63.5Kg gemukkkkss hehe... Selepas bersalin 54kg.. Kena turun 6kg untuk berat asal..
Berpantang dengan Shaklee, semuanya boleh... 😁


Kali ni berpantang sendiri je.. Shaklee je yang membantu.. Kerja rumah memang kena buat.. Angkat beratpun terpaksa.. Satu je... Rajin-rajinlah makan suplemen bagi badan cepat recover dan exercise kegel supaya rahim cepat naik dan masuk kembali ke tempat asal.. 

-NO JAMU
- NO HALIA
- NO KUNYIT
- NO LADA HITAM

dan apa-apa seangkatan sebab nak elakkan baby jaundice.. 

Sekarang umi telan 
1) ESP
2) Meal Shakes
3) Vita-Lea 
4) Zinc
5) B-Complex
6) Ostematrix
7) GLA-complex.. 


Bila semua dah clear baby dah matang nak on VIVIX... Hehehee 

-----
Nak tanya petua bersalin dan menyusu
Pm @ WA je ye.. Nak dapatkan set hamil, pantang dan menyusu dengan Shakleepun boleh.. 


Ummu Ainan
Shaklee ID 867161


Sunday, July 28, 2013

Bumper Kecil dengan GLA Complex

Bestkan tajuk... Hehehe
Pernah tengok tak orang kurus atas tapi part bumper besaaaaarrrr semacam.. 

Haaaaa nak tahu puncanya??? 
Ia ada kaitan dengan ketidakseimbangan hormon.. Sebab tulah bumper besarrr punya.. 

Dan tadi ada customer bagitahu memang terbukti sebabnya girdle sebelum ni saiz XL sekarang girdle M pun dah muat... Kalau tak sangkut kat pinggul.. 

Woowwww


Jom tengok kelebihan GLA Complex ni.. 



Klik di sini untuk order terus daripada Shaklee atau order dengan;

----
Ummu Ainan
Shaklee ID 867161

P/S: order laju2 nanti gigit jariiiii... Huhuhu

Wednesday, July 24, 2013

Allah Maha Mendengar

Pada saat umi risau tak ada orang boleh tolong kemas rumah bila kelahiran si baby, cari-cari pembantu rumah sementara tidak ketemu...anak-anak umi menunjukkan sifat tanggungjawab dan prihatin.. 

Ainan, 5 tahun bersama-sama Widad 2 tahun 1/2 hujung bulan ni menggembleng tenaga kemas rumah.. 
Woooowwww clean & Clear... 
Kalah umi kemas 😝

Pada saat umi tak berapa rajin nak jemur baju...bila posmen datang hantar bonus extra (yang ni rajin pulak hahaha duit punya fasal)... Tiba-tiba sebakul kain yang belum berjemur tu Ainan tarik ke pintu dan Widad tumpang sekaki.. Jemur baju diorang.. (ya Allah, syukur rasa hati ni).. Umi tinggal jemur baju besar-besar je.. 

Proses menjemur jadi sangat mudah.. Kalau tak, umi kena terbongkok-bongkok ambil baju-baju diorang jemur satu-satu.. 

Pada saat melipat kain yang bertimbun.. Ainan dah simpan siap-siap baju dia dan Widad masuk beg.. Bila diorang nak pakai, cari sendiri.. Takdelah umi penat naik turun tangga cari baju lagi.. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Memahami hambaNya.. 

Allah tak bagi apa yang kita nak.. 
Tapi Allah bagi apa yang kita perlu.. 

P/S: suami saya selalu pesan, jangan jauh sangat fikir benda yang belum terjadi.. Bersedia mental fizikal memadai.. 

Alhamdulillah syukur dengan limpahan kurniaNya.. 

Thursday, July 18, 2013

GOUT

Semalam rancangan Menu Kalimah ada selitkan pasal GOUT. 

Jalur hitam di belakang udang hendaklah dibuang sebab pengambilan udang yang banyak beserta jalur hitam tu meningkatkan risiko GOUT.. Hoho takut pula dengar..

Sekarang ramai sangat customer tanya suplemen untuk GOUT.. Rata-rata bila dah berusia tak lari daripada masalah kolesterol dan GOUT ni.. 

Ok, suplemen yang dicadangkan untuk masalah GOUT ialah:-

1) Vivix 

• mengimpak 4 mekanisma anti penuaan. 
(Melindungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel) 

2) omega Guard  

• DHA dan EPA merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Omega 3 dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit. 

3) alfalfa 

• diperlukan untuk meneutralkan asid di dalam badan kerana ia bersifat alkali. Juga membantu menyingkirkan toksik secara lembut daripada badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang banyak. 

4) Performance Drink- 

•memastikan tubuh pesakit mengandungi elektrolit yang seimbang agar badan pesakit kekal terhidrat. 

4 suplemen ni basic untuk pesakit GOUT. Kalau ada sesiapa di kalangan keluarga anda menghidapinya bolehlah cuba set ni. I.Allah ia bakal menceriakan semula hidup pesakit.. 

---
Untuk tempahan, hubungi saya Puan Ain, 
Shaklee ID 867161

Sunday, July 7, 2013

Mitos

Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu
Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda
dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi.

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan
Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.
“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!” Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”
Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam. 

Sumber

Friday, July 5, 2013

Doa Banyakkan Susu Ibu


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itudua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik!
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:




Bagaimana Otak Berfungsi



  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.

Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan
    Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:

    Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak




Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya.

Sumber