Sunday, July 28, 2013

Bumper Kecil dengan GLA Complex

Bestkan tajuk... Hehehe
Pernah tengok tak orang kurus atas tapi part bumper besaaaaarrrr semacam.. 

Haaaaa nak tahu puncanya??? 
Ia ada kaitan dengan ketidakseimbangan hormon.. Sebab tulah bumper besarrr punya.. 

Dan tadi ada customer bagitahu memang terbukti sebabnya girdle sebelum ni saiz XL sekarang girdle M pun dah muat... Kalau tak sangkut kat pinggul.. 

Woowwww


Jom tengok kelebihan GLA Complex ni.. 



Klik di sini untuk order terus daripada Shaklee atau order dengan;

----
Ummu Ainan
Shaklee ID 867161

P/S: order laju2 nanti gigit jariiiii... Huhuhu

Wednesday, July 24, 2013

Allah Maha Mendengar

Pada saat umi risau tak ada orang boleh tolong kemas rumah bila kelahiran si baby, cari-cari pembantu rumah sementara tidak ketemu...anak-anak umi menunjukkan sifat tanggungjawab dan prihatin.. 

Ainan, 5 tahun bersama-sama Widad 2 tahun 1/2 hujung bulan ni menggembleng tenaga kemas rumah.. 
Woooowwww clean & Clear... 
Kalah umi kemas 😝

Pada saat umi tak berapa rajin nak jemur baju...bila posmen datang hantar bonus extra (yang ni rajin pulak hahaha duit punya fasal)... Tiba-tiba sebakul kain yang belum berjemur tu Ainan tarik ke pintu dan Widad tumpang sekaki.. Jemur baju diorang.. (ya Allah, syukur rasa hati ni).. Umi tinggal jemur baju besar-besar je.. 

Proses menjemur jadi sangat mudah.. Kalau tak, umi kena terbongkok-bongkok ambil baju-baju diorang jemur satu-satu.. 

Pada saat melipat kain yang bertimbun.. Ainan dah simpan siap-siap baju dia dan Widad masuk beg.. Bila diorang nak pakai, cari sendiri.. Takdelah umi penat naik turun tangga cari baju lagi.. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Memahami hambaNya.. 

Allah tak bagi apa yang kita nak.. 
Tapi Allah bagi apa yang kita perlu.. 

P/S: suami saya selalu pesan, jangan jauh sangat fikir benda yang belum terjadi.. Bersedia mental fizikal memadai.. 

Alhamdulillah syukur dengan limpahan kurniaNya.. 

Thursday, July 18, 2013

GOUT

Semalam rancangan Menu Kalimah ada selitkan pasal GOUT. 

Jalur hitam di belakang udang hendaklah dibuang sebab pengambilan udang yang banyak beserta jalur hitam tu meningkatkan risiko GOUT.. Hoho takut pula dengar..

Sekarang ramai sangat customer tanya suplemen untuk GOUT.. Rata-rata bila dah berusia tak lari daripada masalah kolesterol dan GOUT ni.. 

Ok, suplemen yang dicadangkan untuk masalah GOUT ialah:-

1) Vivix 

• mengimpak 4 mekanisma anti penuaan. 
(Melindungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel) 

2) omega Guard  

• DHA dan EPA merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Omega 3 dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit. 

3) alfalfa 

• diperlukan untuk meneutralkan asid di dalam badan kerana ia bersifat alkali. Juga membantu menyingkirkan toksik secara lembut daripada badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang banyak. 

4) Performance Drink- 

•memastikan tubuh pesakit mengandungi elektrolit yang seimbang agar badan pesakit kekal terhidrat. 

4 suplemen ni basic untuk pesakit GOUT. Kalau ada sesiapa di kalangan keluarga anda menghidapinya bolehlah cuba set ni. I.Allah ia bakal menceriakan semula hidup pesakit.. 

---
Untuk tempahan, hubungi saya Puan Ain, 
Shaklee ID 867161

Sunday, July 7, 2013

Mitos

Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu
Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda
dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi.

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan
Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.
“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!” Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”
Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam. 

Sumber

Friday, July 5, 2013

Doa Banyakkan Susu Ibu


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itudua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik!
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:




Bagaimana Otak Berfungsi



  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.

Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan
    Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:

    Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak




Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya.

Sumber

Langkah-langkah Penyusuan Susu Ibu

Langkah-langkah Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan susu ibu adalah berkenaan pemakanan permulaan
terbaik dan menjalin hubungan dengan bayi yang paling baik.
Panduan bergambar yang dimuatkan dapat membantu anda memulakannya. Terdapat
juga tip tentang cara untuk mengeratkan perhubungan dengan bayi.


1. Posisi penyusuan yang baik
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut adalah cara yang betul:
  • Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Bayi akan berhenti menyusu bila kenyang. Jika bayi masih menyusu walaupun susu sudah berhenti mengalir, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

 2. Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.



 3. Pilih posisi yang selesa
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke tubuh anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.


Posisi dakapan
Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu.
  • Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda.
  • Sokong belakang badan dan punggung bayi.
  • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

Posisi ‘football hold’
Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak.
  • Sokong kepala bayi dengan tangan.
  • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan bayi.


Posisi berbaring
Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama.
  • Sokong kepala anda dengan lengan.
  • Sokong bayi anda dengan lengan atas

4. Beralih payudara
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.






Sendawakan bayi
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
  • Letakkan bayi di bahu anda.
  • Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.




Jalinan Hubungan Dengan Bayi
Anda boleh menjadikan setiap sesi penyusuan sebagai suatu pengalaman bermakna melalui suasana yang betul dan penuh perasaan bersama-sama dengan si manja. Lebih penting lagi adalah interaksi dengan si manja yang berkualiti semasa menyusukannya. Berikan sentuhan kasih sayang kepadanya agar si manja rasa dihargai dan selamat, lalu meningkatkan harga diri dan keyakinannya.

Sumber


Thursday, July 4, 2013

Myths of Breast Feeding

One of the problems you will have to cope with when you are breast feeding, or planning to, is that many people will give you different, sometimes conflicting advice and information about breast feeding. As a result, most women may have queries about breast feeding. The commonly asked questions are: 


Q : Is it true that if my breasts do not enlarge during pregnancy, or if I have small breasts, I will not be able to breast feedA : Not true. Many women will not notice any change in their breasts but will breast feed successfully. Breast size has nothing to do with success in breast feeding.

Q : Is it true that if l do not produce colostrum during pregnancy, I will be unable to produce milk?A : Not true. Many women produce colostrum only after birth, and will feed perfectly well.

Q :
 Will the milk ducts become blocked if I do not express colostrum during pregnancy?A : No. The milk will usually flow even if colostrum has not been expressed. But it may be necessary to express breast milk for storage after birth, so it is useful to learn how it is done.

Q : If my baby has to go to the Special Care Baby Unit, can / breast feed him?A : Yes, definitely. A baby in �Special Care� needs breast milk more than ever. Tell the Special Care staff that you wish to breast feed. If baby cannot suckle, they will show you how to express milk so that it can be given to him.

Q : Are there any foods that I should avoid?A : It is usually safe to eat your normal foods.

Q : Could my milk be too weak for my baby?A : No. Once the milk has �come in�, it may sometimes change in appearance, varying from creamy to watery. This is perfectly normal.

Q : Is it possible that my milk could dry up?A : This can happen, but is less likely if you allow the baby to suckle when he wants to, if you can remain calm and relaxed, eat a well-balanced diet and get plenty of rest.

Q :
 Should I involve my husband in caring for the baby?A : Yes, right from the start. Discuss together how you will feed the baby.

Q : Will breast feeding spoil my breasts?A :No. When women lose their bustline after childbirth, it is nearly always because they have let their muscles supporting their breasts become over-stretched. If you want to keep your figure, wear a good supporting bra and do some exercises to strengthen the chest muscles.

Q : Can I breast feed after a caesarian section?A : You can still cuddle and feed your baby soon after delivery, though you will need help. You will have to lie in bed for the first few hours, but will be encouraged to get up and move around soon after, to promote healing.

Q : Should I feed my baby at night? A : It is better to let the baby feed at night as long as he wants to. The easiest way is to let the baby sleep with you so that he can breast feed without disturbing you. Breast feeding at night gives your baby extra time for sucking. This helps to keep up the milk supply and if you are away for part of the day, your baby can get much of the milk he needs at night.

Q : Should I give my baby water or glucose water or fruit juices?A : For the first 4 - 6 months, your baby does not need any other feed or fluid except breast milk. Even after delivery, before your milk comes in�, your baby does not need extra water as a normal baby is born with a store of water which keeps him hydrated until the milk comes in.

Q : Can I still breast feed with an inverted nipple?A : Yes. Remember that babies do not nipple feed; they breast feed! So right from the very first feed, encourage your baby to take a large mouthful of breast. As your baby feeds, he will draw the nipple out by his sucking action.

If you have any doubts about breast feeding, do not hesitate to seek advice from your doctor or nurse at the nearest health facility.
Credit: http://www.nutriweb.org.my/article.php?sid=45


Wednesday, July 3, 2013

Pentingnya Asid Folik Semasa Hamil

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. 

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu 

pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 


Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1033084/mengapa-asid-folik-diperlukan


Shaklee juga menawarkan asid folik lengkap dengan vitamin B lain yang menjadikan ia sangat mudah diserap. Kandungan asid folik di dalam B-Complex 200mcg. 




Anda boleh mengambilnya daripada Vita-Lea untuk melengkapkan jumlahnya menjadi 400mcg. 



Kini, dengan hanya mengamalkan supelemen Shaklee, anda telah dapat kesemua nutrien yang diperlukan bakal ibu mengandung, ibu mengandung sehinggalah menyusu.. 

----
Dapatkan set hamil anda sekarang. 
Hubungi Ain 
ID 867161