Pages

Wednesday, December 31, 2014

Asam Pedas Melaka

          

Anda suka makan? UA ni memang sangat suka makan. Kalau jalan-jalan hanya untuk cari makanan yang sedap sahaja. 


Muar, Johor dan Melaka terkenal dengan asam pedasnya. Oleh sebab saya suka asam pedas, saya tanya resepi kawan asal Melaka sendiri dan sudah tentulah resepi ni daripada ibunya sendiri. Pergghh memang sedap. Tapi nampak macam banyak minyakkan? Hehe. Semasa senduk dalam mangkuk janganlah disenduk minyaknya sekali ye. 

Bahan-bahannya ialah: 

1) 3 keping ikan tenggiri 

2) seulas bawang besar merah 

3) 2 ulas bawang putih 

4) 2 - 3 sudu besar cili kisar 

5) seketul belacan (ikut tahap kegemaran belacan masing-masing) 

6) kunyit 1 inci

7) lengkuas 1 cm

8) daun kesum 

9) air

10) garam secukup rasa

11) asam keping (UA letak 3 keping) 

Cara-cara membuatnya ialah:

1) kisar bahan 2) 3) 6) dan 7) bersama sedikit air.

2) kemudian tumis dengan minyak (ikut andalah suka banyak mana) bahan kisar bersama cili kisar dan belacan. 

3) tambah air, masukkan daun kesum, masuklan asam keping, masukkan garam dan akhir sekali masukkan ikan. 

4) apabila daun kesum dan ikan sudah masak, hidangkan dengan nasi panas.

Sebenarnya resepi hari ini saya tertinggal tomato sebab lupa nak beli. Tapi jadi sedap juga. Siap hirup lagi memang sedaplah. 

Celur bendi 2 minit di dalam air mendidih dan makan bersama-sama asam pedas. Memang lazat. 


Selamat mencuba. 


-Tuan Nurul Ain- 

Friday, December 19, 2014

KELEBIHAN BERSENAM SEBELUM SARAPAN

Tips hari ini ialah cara menurunkan berat badan secara alamiah atau semulajadi dan anda hanya perlu konsisten setiap hari.


Kelebihan Senaman pagi hari sebelum sarapan. 

Kajian yang dilakukan di Universiti Northumria menemukan mereka yang bersenam sebelum sarapan membakar lemak 20 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang mengambik sarapan terlebih dahulu. Cukup dengan hanya mengambil alas perut seperti minum susu rendah lemak dan bijirin ringan serta menangguhkan sarapan berat selepas bersenam nanti. Selain itu, senaman pada pagi hari tidak menambah selera makan anda pada tengah hari jadi jangan khuatir jika anda sedang mengamalkan diet.


Ucapkan selamat tinggal pada makanan bergoreng dan berlemak

Semakin banyak lemak yang diambil semakin banyak pula yang disimpan di perut. Jadi elakkan menyimpan lebih banyak lemak dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan bergoreng. Selain itu elakkan juga mengambil terlalu banyak karbohidrat kerana karbohidrat berlebihan akan ditukar kepada lemak

Jangan lupa kualiti tidur anda

Banyak kajian yang mengaitkan antara kurang tidur dengan kegemukan. Kurang tidur dapat mengganggu isyarat lapar-kenyang sehingga anda akan makan tanpa disedari dan makan lebih banyak.

HASIL TANAMAN DI KEBUN SEKANGKANG KERA


Pagi ini hati saya berbunga girang apabila tengok cili memerah semakin banyak, sebenarnya anak-anak yang terlebih excited nak petik cili. Alang-alang cili dipetik sayapun petik sekali kangkung. Bukan itu sahaja, daun sup sekali. Walaupun kangkungya kurus tetapi sudah boleh dituai. Saya ambil sikit sahaja sebab kononnya nak letak dalam mee goreng. Sekali cari punya cari, mee tidak ada, bihun apatah lagi ohooohoi.

Tepungpun ada sedikit, tengok-tengok cukuplah untuk buat jemput-jemput bilis tu. Maka terjadilah transformasi 


 Tepung, kangkung dan daun sup dihiris, ikan bilis dan garam secukup rasa




 Tuang air panas mendidih ke dalam adunan, kacau rata. 


Inilah hasilnya. Sedap dimakan dengan pencicah yang Siam tu.
Cili yang banyak tadi buat jeruk cili. Cuka, garam dan gula. Siap.

Nampak tak? Hanya tindakan kecil akan memberi hasil luar biasa. Sebenarnya sudah lama saya mahu berbudi kepada tanah tetapi disebabkan minda sendiri yang menghalang, maka hasrat hanya tinggal angan-angan. Suatu hari saya selalu tengok post 'anak' Shaklee pasal tanaman. Teringinnya. Saya minta dia share pasal cara menanam, aihh menunggu punya menunggu tak share juga. Disebabkan keinginan membuak-buak ada 'anak' lain share post pasal tanaman juga. Bermula dari situlah saya tekad mencuba nasib dengan menanam kangkung dan daun sup nilah. Itupun lebihan daripada masakan. Hanya sedikit tindakan sahaja. Proses menanampun tidak sampai 10 minit. Korek korek korek cucuk cucuk, hari-hari siram (tidak sampai 5 minit). Tetapi hasilnya cukup manis. 

Begitu juga dengan kehidupan kita ni, setakat impian, hasrat tidak akan ke mana, apabila kita bertindak 50% hasil sudah pasti. Kalau tiada usaha 100% pasti tiada hasil. Dengan hanya perubahan yang sedikit, konsisten setiap hari pasti akan ada perubahan besar dalam kehidupan kita. 

PERCAYALAH......



-Tuan Nurul Ain-

Thursday, December 18, 2014

9 SEBAB ORANG SUKA BERBUAL-BUAL DAN MAHU BERKAWAN DENGAN KITA.



Pernahkah anda terfikir, kenapa ye setiap kali selepas jumpa orang, sepertinya orang-orang itu sudah tidak mahu berkawan-kawan dan berbual lanjut dengan kita? Rupa-rupanya hanya orang yang tahu seni berbual-bual dan bercakap-cakap mampu menarik lebih ramai orang sukakannya.

Berikut ialah 9 sebab orang suka berbual-bual dengan kita dan mahu berkenalan dan berkawan lebih jauh dengan kita. Seni ini bagus dipraktik jika kita mahu menjalankan bisnes. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat orang suka kepada kita terlebih dahulu.


SEBAB 1

Kita mesti suka menolong orang lain. Ini sangat penting. Manusia suka kepada orang yang suka menolong orang lain. Orang-orang yang menerima pertolongan akan suka kepada kita. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati orang-orang yang pernah menerima bantuan mudah terpengaruh dengan kata-kata, nasihat dan pandangan orang yang pernah menolong mereka. Suatu perkara yang menarik ialah kita cenderung untuk menyukai orang yang pernah kita tolong.

SEBAB 2

Jadilah orang jujur, ikhlas dan berhati baik. Gambarkan sifat-sifat mulia itu dalam percakapan kita. Manusia memang suka kepada orang yang memiliki sifat-sifat ini. Bagi menggambarkan kita seorang yang baik, elakkan bercakap perkara negatif. Apabila bercakap, bercakaplah perkara baik-baik sahaja. Ingat, jangan bersandiwara, manusia tahu kita hanya berpura-pura dan sampai mati orang akan benci kepada kita. Kita tidak mungkin membuat orang yang curiga dan sangsi kepada kita untuk suka kepada kita.

SEBAB 3

Jadilah pendengar yang baik. Sangat ramai orang yang suka dan petah bercakap akhirnya melakukan kesilapan 'banyak cakap'. Sifat ini membuatkan orang-orang yang mendengar tidak suka perangai ini. Belajar banyakkan bercakap supaya hati orang yang hendak kita pikat itu mendapat banyak peluang bercakap. Biar dia puas bercakap. Sifat manusia suka mendengar suara mereka sendiri, oleh itu manusia akan suka kepada orang yang membenarkan mereka mendengar suara mereka sendiri. Apabila dia sudah suka kepada kita barulah dia suka dan mahu mendengar perbualan dan pendapat kita.

SEBAB 4

Jadikan diri kita orang yang pandai menarik minat orang itu apabila kita bercakap dengannya. Manusia menghargai kata-kata pujian. Belajarlah teknik yang betul memberi pujian. Selalulah ucapkan kata-kata penghargaan. Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang pandai memberi pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada kita akan bersikap lebih terbuka kepada pendapat kita. Manusia tidak suka kepada orang yang suka mengkritik dan menegur mereka walaupun niat kita baik.

SEBAB 5

Apabila bercakap dan berbual-bual gunakan gaya positif dan koperatif. Gaya positif tidak menggunakan perkataan negatif. Gaya koperatif bermakna kita tidak menunjukkan kita seorang yang pandai dengan membuktikan orang lain bodoh, salah atau tidak betul. Orang-orang yang bodoh menggunakan cara ini untuk membuktikan mereka pandai. Tidak ada orang yang suka membuktikan dirinya salah. Orang-orang yang kita pernah buktikan salah, bodoh dan silap tidak akan menyukai kita. Orang-orang yang bijaksana menggunakan cara lain yang lebih sopan dan lembut untuk membuktikan mereka betul.

SEBAB 6

Apabila berbual-bual jangan tunjukkan kita berminat pada diri sendiri. Ramai orang suka bercakap 'saya..saya..saya' dari mula sehingga habis. Ia amat membosankan orang yang mendengar. Jadi cuba berjimat cermat menggunakan perkataan 'saya'. Manusia memang minat kepada diri mereka sendiri. Mereka menyangka cerita mereka paling menarik untuk diperdengar kepada orang lain. Ingat!!! Hanya kita yang yakin cerita kita adalah cerita yang paling seronok. Demi menjadi orang yang disukai, kurangkan bercerita tentang diri kita tetapi galakkan orang lain bercerita tentang diri mereka. Orang-orang yang banyak berpeluang bercerita tentang diri mereka akan suka kepada kita walaupun tidak semestinya kita akan suka kepada mereka.

SEBAB 7

Apabila bercakap dan berbual-bual, gambarkan kita banyak bersetuju dengan sikap orang itu. Tunjukkan kita setuju dengan sudut pandangannya. Manusia mudah suka kepada insan lain yang bersetuju dengan mereka. Tunjukkan kita juga menghargai idea mereka. Dengan cara itu, estimnya akan naik dan manusia akan suka kepada orang yang meningkatkan estimnya. Katakan juga kita berpegang kepada nilai yang sama dengan mereka. Teknik ini dinamakan teknik bercermin atau dalam bahasa Inggeris teknik mirroring. Teknik ini berdasarkan teori homofili. Tekniik ini mengatakan manusia suka kepada wajahnya sendiri.

Menurut teori ini manusia suka kepada orang yang mempunyai nilai, sikap dan perangai yang sama dengan mereka. Ini kerana orang yang mempunyai nilai dan perangai yang sama akan suka dan membenci perangai yang sama dengan mereka. Sebab itulah kaki umpat suka berbual-bual bersama kaki umpat. Kaki bola suka bergaul dengan kaki bola. Orang bisnes suka bergaul dengan orang bisnes. Sebenarnya orang-orang yang kita suka ialah orang yang serupa dengan wajah kita sendiri.

SEBAB 8

Tunjukkan kita seorang yang positif. Elakkan suka merungut-rungut. Jangan bercakap perkara yang kita tidak suka. Jangan sesekali mengata orang,jangan mencari salah orang. Jangan suka mengkritik orang. Itu semua adalah bukti otak kita dipenuhi perkara negatif. Jangan buat semua itu di depan orang yang hatinya kita sedang pikat. Kajian membuktikan manusia tertarik kepada orang-orang yang positif. Apabila menunjukkan nilai-nilai positif, orang yang berpegang kepada nilai positif akan tertarik kepada kita dan orang itu suka untuk berbual-bual dengan kita.

SEBAB 9

Apabila bercakap dan berbual-bual, ucapkan kata-kata yang membuatkan orang itu seronok. Jangan asyik hendak menyeronokkan diri sendiri. Tunjukkan kita seronok mendengar perbualan mereka.  Caranya ialah dengan teku mendengar apa yang dia cakap. Apabila dia membuat lawak, sambut dengan gelak dan ketawa. Jangan menyampuk dan jangan mencelah perbualannya dan jangan sesekali menyambung ayat-ayatnya. Jangan memandang ke tempat lain. Dengan begitu keperluan jiwanya terisi. Manusia suka kepada orang yang mengisi keperluan jiwanya.


Menurut kajian, manusia yang mempunyai kemahiran berkomunikasi kelihatan lebih menarik, jelita, tampan dan lebih cantik daripada diri mereka yang sebenarnya.


-Info ini dipetik daripada buku Seni Berbual-bual dan Bercakap-cakap-


-TUAN NURUL AIN-`














Wednesday, December 17, 2014

BENARKAH DAGING YANG KITA MAKAN PENYEBAB KANSER? KITA SUDAH TIDAK ADA PILIHAN.

Gambar hiasan
 Apa yang anda nampak pada burger double Cheese ini? Hari ini saya tidak mahu bercerita tentang banyaknya kolesterol di dalam burger di atas atau apa sahaja fast food yang anda dan saya makan tetapi apa yang ditambah didalam daging terproses itu? Pernahkah anda terfikir apa bahan yang dimasukkan supaya daging terproses ini tahan lama?

Nitrit dan Nitrat ditambah ke dalam daging terproses mahupun daging import sebagai bahan pengawet. Adakah ia berbahaya ataupun biasa-biasa sahaja, dan apa fungsi pengawet ini?



Gambar hiasan.


Lihat sahaja rupa daging kambing import ini, adakah ia bebas daripada pengawet Nitrit dan Nitrat?
Penggunaan Nitrit dan Nitrat diperlukan untuk daging, kerana penambahannya dapat mengelakkan pembiakan mikroorganisma yang berbahaya seperti Salmonella atau jenis-jenis lain yang mengakibatkan mati mengejut atau sudden death akibat keracunan makanan.


Jangan ambil mudah terhadap daging yang sudah berbau mahupun sudah kelihatan warna kehijauan pada luar daging, ini petanda mikroorganisma telah membiak pada daging tersebut. Masihkah anda ingat kes ini?


SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Seorang lagi mangsa keracunan makanan
kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata Wan Razali
Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.
Katanya mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam
keadaan kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.
Kematian terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat
keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.
Semalam tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan
selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini
Sabtu lepas.
-- BERNAMA

Kematian besar-besaran selepas memakan lauk kenduri di Kedah pada tahun lepas. Ia bukan salah sesiapa tetapi perkara sebegini tidak dapat dielakkan, mikroorganisme berbahaya ini sangat cepat dan pantas membiak, risikonya seperti di atas.


Bagaimana mahu mengatasi masalah ini? Daging-dagimg terproses dan daging import lebih selamat penggunaannya tetapi untuk kesan jangka masa panjang, Nitrit dan Nitrat ini menyumbang kepada penyakit kanser atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit barah.


Nitrat  + Amine -----------> Nitrosamine (Agen penyebab barah)


Nitrat ialah pengawet daripada sumber daging yang kita makan, manakala Amine terdapat di dalam badan. Apabila Amine bertindak balas dengan Nitrat atau Nitrit akan menghasilkan Nitrosamine agen penyebab barah..


KITA SUDAH TIDAK ADA PILIHAN. PI MAI PI MAI TANG TU SEMUA BAHAYA, SEMUA ADA RISIKO TERSENDIRI.

Mahukah anda tahu bagaimana mengelakkan Nitrat atau Nitrit bertindak balas dengan Amine di dalam badan? Kita mampu mengubahnya. Jumlah vitamin C yang mencukupi di dalam badan mampu menghalang pembentukan Nitrosamine. Nitrit atau Nitrat akan bergabung dengan Vitamin C dan disingkirkan daripada badan. Kita tidak ada pilihan untuk kekal sihat, cukupkah pengambilan vitamin C setiap hari kita? Vitamin C ialah vitamin yang larut air bila-bila masa sahaja akan disingkirkan daripada badan. Sanggupkah anda memakan oren 1.5 biji setiap jam untuk mendapatkan jumlah Vitamin C 100mg?


Shaklee telah merumuskan satu produk Vitamin C dengan teknologi Sustained Release iaitu teknologi pelepasan berperingkat, melepaskan Vitamin C di dalam badan setiap 1 jam selama 5 jam di dalam badan.

Anda hanya perlu makan 1 biji tetapi hasilnya sehingga 5 jam. Makanlah 3-4 biji setiap hari untuk mendapatkan khasiat vitamin C sepanjang 24jam iaitu dengan mengambil 1 biji setiap 5 jam.


Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee
Jika anda ingin bertanya lanjut tentang Vitamin C Shaklee dan apa-apa produk berkaitan, hubungi saya,

Tuan Nurul Ain
0133570906
Shaklee USJ dan Batu Tiga

10 TIPS KURUSKAN BADAN TANPA DIET.




SAYA SUKA MAKAN!!!!!


Adakah benar kita boleh kurus tanpa diet? 10 tips kurus ini saya kongsikan khas untuk anda yang suka makan macam saya. 


TIPS 1  

Minum air mineral. Pastikan setiap hari kita minum air yang cukup. Air mestilah air mineral kerana air ini tidak mempunyai kalori dan tidak menambahkan berat untuk jangka waktu yang panjang. Kadar sukatan air mengikut berat badan ialah setiap 25KG berat badan bersamaan 1L air. Keperluan air bergantung kepada badan masing-masing, jika kita aktif, ibu menyusu air yang diperlukan lebih tinggi daripada orang normal

TIPS 2

 Makan 5-6 hidangan sehari berbanding makan 3 hidangan sahaja. Semakin kerap anda makan dalam kuantiti yang sedikit, semakin meningkat metabolisme dan semakin mudah pembakaran lemak yang berlebihan. 

TIPS 3

 Makan 1 genggam karbohidrat sehari. Sepanjang proses menguruskan badan, anda tidak perlu menahan lapar sehingga tidak boleh makan nasi tetapi ambillah hanya 1 genggam ia sudah pasti cukup untuk anda. 

TIPS 4

 Elakkan kalori daripada minuman iaitu elakkan mengambil air manis kerana air manis menambah kalori jika diambil setiap hari pertambahan kalori hanya akan menambahkan berat badan.

TIPS 5

Senaman ringkas setiap hari bermula dari saat kita bangun tidur sehinggalah hendak tidur semula. 

TIPS 6 

Jangan skip waktu makan. Skip waktu makan hanya akan menurunkan metabolisme. 


TIPS 7 

Ambil suplemen untuk meningkatkan pembakaran kalori dan meningkatkan penambahan otot seperti suplemen Protein yang kaya dengan Leucine. 

TIPS 8

Ambil multivitamin supaya anda kekal cergas dan bertenaga. 

TIPS 9

Ambil sumber detoks semulajadi supaya penurunan berat lebih lancar. Kandungan toksin yang banyak di dalam badan hanya akan meningkatkan selera dan menyukarkan pembuangan lemak dan berat badan. 

TIPS 10

Lakukan senaman kardiovaskular iaitu senaman berat 2-3 kali seminggu supaya dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori lebih pantas. 
Petua!!! Sebaiknya sebelum memulakan senaman, ambil Lecithin dan Omega terlebih dahulu supaya anda berpeluh lebih banyak dan pembakaran kalori lebih tinggi. 


Berikut ialah set diet lengkap dibawakan oleh Shaklee. Jika anda benar-benar ingin menurunkan berat badan, amalkan kesemua set di atas. Cinch Shake Protein yang lengkap dengan Multivitamin dan Multimineral khas untuk tenaga segera kaya dengan Leucine iaitu protein yang membantu badan membina otot dan membuang lemak. 

Herblax dan alfalfa ialah agen detoks semulajadi khas untuk membuang toksin yang telah lama berkumpul di dalam badan. 

Omega dan Lecithin untuk membakar dan memecah lemak. 

Set gabungan lengkap ini sangat membantu mempercepat penurunan berat badan anda tanpa berlapar. 


Jika anda inginkan jadual makan harian, hubungi saya untuk penurunan berat yang maksimum. 


Tuan Nurul Ain
Shaklee USJ dan Batu Tiga 




Tuesday, December 16, 2014

BAHAYAKAH BABY CARRIER UNTUK ANAK ANDA? 2 TIPS UNTUK SI PENGGEMAR BABY CARRIER



Bahayakah baby carrier yang kita pakai hari ini? Jangan dilihat pada harga, tetapi lihatlah pada kualiti dan keselamatan anak kita.

Gambar di atas, menunjukkan posisi kaki anak pada dua baby carrier yang berbeza. Sebelah kiri tidak digalakkan, posisi kaki dengan bentuk M lebih baik untuk si kecil anda. Jika tidak mampu untuk membeli baby carrier yang bagus, lebih baik anda dukung secara normal tanpa memakai apa-apa carrier. Malah pemakaian baby carrier yang tidak betul mengundang bahaya kepada bayi anda.

Pemakaian baby carrier sebelah kiri tidak menyokong tulang pinggul si kecil anda. Kangkangan berbentuk M lebih menyokong tulang si kecil.



Tips pemilihan Baby Carrier

1) Pilihlah yang selamat, membentuk posisi M terhadap tulang pinggul dan menyokong tulang paha.

2) Pilihlah Baby Carrier daripada fabrik yang sesuai seperti cotton.

Saya bawakan kepada anda Baby Carrier yang saya sendiri guna untuk si kecil saya jenama Boba.


Boba ni belum bayar lagi baru sahaja cuba, tapi tak buka dah terus bayar dan pakai, sangat-sangat selesa. Nampak si kecil dalam tu? tengok bentuk kaki dan pinggulnya? Berbentuk M kan? inilah yang dikatakan selamat dan selesa untuk si kecil. Kalau tidak silap saya beli ni beli bulan Februari 2014, masa tu si kecil 7 bulan, dalam Boba ada satu bantal kecil untuk support baby supaya tidak terlalu tenggelam.



Ini pula gambar semasa bercuti di Morib, Golden Palm Resort ke apa namanya tu tak ingat dahlah, pun senang mahu angkut ke hulu hilir.



Ini pula gambar semasa Master Celebration Shaklee, nampak si kecil tu? Tengah tidur, ada topi atau hook untuk sokong kepala dan leher.



Ini pula gambar semasa saya menunaikan umrah pada bulan 3 tempoh hari.Gambar diambil selepas Subuh di Masjid Nabawi si kecil tidur sahaja.


 Ini malam terkahir di Makkah, si kecil sedang mendongak kepada uminya. Tidak tidur.

 Gambar di dalam masjid di Singapura, si kecil diam-diam di dalam kantung kangaroo.





Masjid Sultan di Singapura. Nampak? Mudahkan bersiar-siar membawa si kecil. Lagi 2 tangan boleh pegang kakak-kakak yang lagi 2 orang.

Jika anda masih berkira-kira untuk membeli baby carrier belilah yang elok terus, boleh pakai lama. Menabung setiap bulan dari sekarang. Kalau beli guna duit gedebuk memanglah terasa mahal RM400++. Simpan dari awal anda mengandung sehinggalah bersalin bolehlah dapat beli Baby Carrier.

Jika anda berminat menjana pendapatan sampingan hubungi saya Ain-  013-3570906. 

-Tuan Nurul Ain-

NAK BELI RUMAH? ADAKAH ANDA LAYAK MEMBUAT PINJAMAN? CARA KIRA DSR.


Gambar hiasan

Nak beli rumah, nak ada rumah sendiri, nak duduk rumah atas tanah, nak anak-anak kenal alam.


Tapi?? Layakkah kita membuat pinjaman?

Lihat DSR dahulu. Apa itu DSR? DSR ialah Debt Service Ratio. Lagi rendah DSR kita lagi senang bank mahu bagi pinjam hutang beli rumah. Kebanyakan bank DSR dalam 75%, 65%. Maksudnya semakin rendah DSR nya semakin susahlah nak dapat loan. 

Sekarang tengok cara kira DSR dipetik daripada blog abangensem

DSR = Jumlah semua instalment hutang-hutang korang / Jumlah income korang X 100%

Contoh : Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM400) + Hutang kad kredit (RM50) + Hutang ASB Loan (RM50) / Gaji Tetap + Part-time (RM5K) X 100% = 20% (masih di bawah DSR 65%)


TAPI KALAU

Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM1K) + Hutang kad kredit (RM1.5K) + Hutang personal loan (RM1K) / Income (RM5K) x 100% = 80% (> DSR 65%), elok korang lupakan je la hasrat korang nak tambah loan lagi melainkan :
  1. Tambahkan income kalian
  2. Kurangkan jumlah hutang kalian

-Tuan Nurul Ain-

Sunday, December 14, 2014

ANDA INGINKAN FINANCIAL FREEDOM? IKUT INI.



Apa yang anda buat terhadap pendapatan anda? Baru-baru ini kami kumpulan Shaklee berbincang-bincang tentang financial freedom ni. 'Mak' Shaklee saya sebut pasal 6 tabung ni. Untuk capai kebebasan kewangan kita perlukan 6 tabung ni. 

Selama ni saya ikut suka hati menabung. Ala-ala 'ada aku kisah?' Hehe. Yang penting target simpanan tercapai. 

Apa yang saya belajar sebelum ini ialah, kalau ada buat apa-apa komitmen pastikan kita ada sekurang-kurangnya 6 bulan ke 1 tahun bajet untuk bayar. 

Contoh, beli kereta yang instalment RM2000 sebulan, kita perlu simpan sekurang-kurangnya 1 tahun bayaran kereta tu jadi RM24,000. 

Sama juga jika hendak memulakan perniagaan, sebelum terlibat menyewa premis pastikan sudah ada sekurang-kurangnya 1 tahun bajet sewa. Kerana apa? Jika kita menyewa premis dengan membuat loan, kita sudah mempertaruh wang yang belum ada untuk sewa premis, bahaya ia sangat bahaya. 90% bisnes akan gagal untuk kali pertama dalam tempoh 3 tahun. Kebanyakannya tutup kerana sudah tidak mampu membayar sewa premis, hutang pula semakin bertambah. 

Saya bisnes dari rumah, jana pendapatan dari rumah 'tiada premis', adakah saya tidak perlu sediakan persiapan 1 tahun sewa premis? Untuk peniaga online dan bisnes dari rumah, rumah adalah premis perniagaan kita dan kita harus bertanggungjawab terhadap sewa rumah atau bayaran rumah setiap bulan. 

Saya sendiri belum beli rumah sebabnya terlalu banyak kisah-kisah tragis skim cepat kaya dan tidak kurang juga pengamal MLM yang pada awalnya masyuk dan bermewah-mewah akhirnya diisytiharkan muflis hanya kerana hutang keliling pinggang. Ini tidak dapat saya bayangkan, minta dijauhkan dan saya tidak berani untuk membuat komitmen membeli rumah buat masa ini. Biarlah orang kata 'daripada bayar sewa baiklah beli, kesudahannya jadi rumah sendiri'. Kalau dulu kata-kata itu mungkin ada benarnya tapi sekarang harga rumah alaaahai, macam tidak logik untuk dimiliki. Sebab inilah saya belum bersedia untuk membeli rumah. Ada juga orang tanya, 'nak beli cashke?'.. Tidak juga. Daripada bayar cash baik guna duit untuk pusing-pusing. Memang rumah yang dibayar cash secara automatik menjadi aset tetapi tanpa lebihan di tangan, adakah berbaloi untuk membuat sebegitu. 

Katakan anda beli rumah RM1juta secara cash, duit di tangan cukup-cukup sahaja adakah anda seorang jutawan? 

Jutawan bukanlah bermakna anda memiliki harta sebanyak 1Juta, tetapi keupayaan anda untuk memilih gaya hidup yang anda mahu samada untuk bermewah-mewah mahupun hidup biasa bermotor kapcai, itulah jutawan. 

Tetapi jika anda ada aset rumah bernilai 1 juta tetapi anda tidak mampu memilih gaya hidup yang anda mahu, anda bukan jutawan. 

Sebagai contoh, saya ada kenalan dirinya tiada hutang, hutang rumah tidak ada tetapi wang RM20,000 pun tidak ada. Sampailah beliau tidak mampu untuk membayar deposit bisnes. (Beliau ambil barang orang untuk dijual). Nampak tak? Walaupun ada aset sebuah rumah tetapi tidak mampu membuat sesuatu ia bukan jutawan. 

Cash yang banyak sangat perlu, saya ada target sekian-sekian simpanan (bukan simpan saja-saja tetapi ada target tersendiri) sehinggalah sampai ke jumlah target barulah saya mahu ikut 6 tabung di atas. 

Ingat!!!! 

3 tahun pertama ialah tempoh survive sesebuah perniagaan, jadi dalam tempoh ini ikat perut, ikat perut, ikat perut. Tangguh segala kemahuan. Simpan cash sebanyak-banyaknya supaya kita dapat survive. Tempoh ini juga kurang rewardnya dan kena bagitahu keluarga bisnes dalam ambang survival belum boleh meraikan kejayaan atau apa sahaja. 



Apabila target sudah capai, bolehlah kita mulakan dengan 6 tabung di atas. 

Daripada 100% sumber pendapatan 55% untuk keperluan. Bayar premis, sewa, kereta, bil dan segala ansuran yang ada tidak boleh lebih 55% daripada jumlah pendapatan. 

Kemudian 10% untuk akaun Financial Freedom. Tabung ini ialah tabung untuk kita lupakan sama sekali. Katakan setiap bulan ada simpan RM800 setahun sudah RM9600, jadi lupakan jumlah ini masukkan ke saluran yang kita boleh lupa contohnya pelaburan saham, UA sudah ada Unit Trust memang lupakan jumlah itu. Jadi lepas ni kena konsisten mungkin boleh simpan FFA untuk beli aset properties. 

INGAT!!!

Rumah yang kita beli untuk kita tinggal BUKAN ASET, tetapi liabiliti iaitu rumah bank di mana kita yang kena keluarkan duit sendiri untuk membayarnya. 
Rumah aset apabila bukan kita yang membayar rumah itu. Jika rumah itu disewakan kemudian ada lebihan daripada sewa ia dinamakan pasif income. 

Kalau nak beli rumah, kena cek sewa bulanan, adakah berbaloi rumah itu dibeli. Katakan rumah teres RM400,000, nilai sewaan rumah di kawasan itu hanya RM1000. Jangan beli rumah tersebut kerana ia masih liabiliti. Tidak berbaloi dibeli. 

Aset kebiasaannya rumah tinggi bukan rumah atas tanah. Rumah tinggi harga belian lebih murah berbanding sewa bulanan. Rumah flat RM80,000 instalmen lebih kurang RM400, sewa RM800, ya di sinilah namanya ASET terbentuk malah mendapat pasif income daripada rumah itu. Nampak dah??? 

Kemudian Play 10%, yang ini bajet untuk kita dan anak-anak keluar berjalanke peruntukan untuk family (ingat, belanja ini harus dipotong selagi mana dalam proses survival, jika tidak, tak sempat nak play anda kiok dulu). 

Education 10%, menurut mak Shaklee UA ni education ni bukan untuk anak-anak tapi diri sendiri, berapa peruntukan kita untuk penambahan nilai diri? Menambah nilai dalam hidup sangat penting. Kalau surirumah, adakah kita mahu jadi surirumah selamanya? Ooohhh tidak, UA surirumah tetapi UA tidak sanggup diam-diam sahaja melalui jam-jam dan hari yang sama tanpa menambah nilai dalam diri. Setiap hari mesti ada perubahan yang dilakukan. 
Setiap hari mesti menambah ilmu. Dalam Shaklee UA senang, banyak training yang Shaklee buat, UA pergi sahaja. 

Long Term Saving For Spending 10%, yang ini simpanan untuk tabungan biasa. Biasanya boleh simpan dalam Tabung Haji, ASB atau mana-mana akaun yang kita suka. UA pilih Tabung Haji kerana setiap tahun akan ada dividen yang agak tinggi dan zakat telah dikeluarkan pihak Tabung Haji siap-siap jadi duit kita bersih di situ. Tinggal kutip dividen sahajalah. ASB juga tinggi dividen, yang ini anda boleh pilih samada untuk membuat simpanan atau tidak, majlis fatwa kata harus, tetapi menurut Dr Zaharuddin, portion ke badan tidak halal agak tinggi atau dengan kata lain Tidak Patuh Syariah. Wallahu'alam. Yang ini ikut ijtihad masing-masinglah ye. Terpulang kepada anda. 

Kemudian Give 5%, give ni termasuklah zakat dan sedekah. Biasanya zakat 2.5%, untuk melindungi harta daripada bencana atau kerugian, sedekah untuk menyuburkan harta. 

Kalau harta kita seperti ada sahaja yang tidak cukup, dan ada sahaja bencana melibatkan kewangan dan kerugian benda paling utama yang kena cek yang inilah. Duit kita yang telah di keluarkan untuk zakat dan sedekah tidak pernah habis, duit inilah yang subur berkembang menjadi hak kita mutlak terutama pada saat kita sudah tiada. Yang kita simoan belum tentu lagi milik kita. 

Haaa kang lepas ni semua sedekah duit tiap-tiap bulan hehe janganlah begitu sekali, adalah bahagian-bahagiannya. Kalau mahu tambah % sedekah lebih bagus, kurangkan bahagian-bahagian lain seperti Play dan education. 

Itu sahajalah tips pengurusan kewangan setakat ini ye. Saya akan update daru semasa ke semasa untuk anda jadikan panduan. 

BAHANA SELUAR KETAT UNTUK WANITA





Obses untuk menampilkan imej langsing dan berkaki panjang, ramai wanita yang selesa memilih seluar yang melekap di bahagian tubuh ini. Tanya pada diri anda adakah berbaloi untuk kelihtan

bergaya dan trendy sekiranya faktor keselesaan diketepikan dan lebih teruk lagi sehingga ia memicu kepada pelbagai masalah kesihatan dan mengundang masalah terhadap organ intim kewanitaan?


Undang YIS & Bakteria
Buat para wanita yang mempunyai kegemaran berseluar ketat, tidak kira jean mahupun legging, ketahuilah bahawa keadaan ini mampu mengurangkan pengaliran udara ke kawasan organ genital anda. 

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan meningkatkan tahap kelembapan di sekitar daerah tersebut seterusnya menjadi kawasan 'perumahan' yang paling meriah untuk pelbagai yis, bakteria, virus dan parasit untuk membiak.

Friday, December 12, 2014

New Distributor Training


Pada 7 Disember lepas saya join New Distributor Training anjuran Shaklee ini. Pertama kali dan boleh dikatakan kali pertama di dalam sejarahlah saya join training macam ni hehe sebelum ni kelas nutrisi tu selalu, tapi bagaimana mengembangkan bisnes Shaklee belum lagi. Untung distributor hari ini, semuanya Shaklee sudah sediakan. Zaman saya join dulu semuanya anjuran mak, mak tok Shaklee. Atas inisiatif sendiri semuanya. Hadir kelaspun atas inisiatif sendiri. Siapa nak, pergi. Tak nah diam-diam di rumah.

Training kali ini saya bawa semua anak kerana bapanya ke Penang ada kerja. Saya dapat jemputan nipun awal pagi itu juga, minta izin suami, terus bersiap pergi. Haaa tengoklah gambar, ada game Shaklee anjurkan tengoklah siapa yang lebih bersungguh. 


Umi bagi assistant sahaja susun blok kayu tu. Tolak hanya 1 blok, tetapi bagaimana cara untuk runtuhkan semua blok.

  
 
Nampak tak tangan kecil 2 beradik tu?
 


 Ini pula game Yes-No. Siapa dapat duit banyak dia berjaya sharing. Kita hanya perlu share, orang mahu atau tidak lain cerita terus bertanya orang lain.


 Bergambar bersama anak cucu Shaklee saya, dari Permata Jutawan


Bergambar dengan kesemua peserta

Training ini hanya perlu bayar RM40 untuk sepanjang hari siap dapat makan tengah hari. Program Shaklee bebas membawa anak sendiri. Macam biasalah ibu dan anak mana mungkin dapat dipisahkan.

Tuesday, December 9, 2014

LAKSAM TERENGGANU MADE IN USJ

Laksam yang UA baru selesai buat dan makan bermangkuk-mangkuk. Anak-anakpun makan bermangkuk-mangkuk hasilnya semua tidur petang kekenyangan.



Ini pula laksam yang UA buat sendiri. Ini proses menggulung. 

Nak tahu resepi buat laksam ni? Ok UA share sini nanti UA nak refer smula senang. 

Bahan-bahannya ialah:

1) 3 cawan tepung beras
2) 1/2 cawan tepung gandum 
3) 4 cawan air

Cara-caranya: 

1) Campur semua bahan sampai larut
2) sapu loyang dengan minyak
3) kukus sampai laksam menggelembung
4) Angkat, biar seminit baru gulung




Ini pula kuah laksam. Senang sangat membuatnya. 


Mula-mula rebus ikan kembung (atau apa-apa ikan yang anda mahu). UA buat 12 ekor ikan dalam 600gram agaknya saiz ikan besar sikit daripada kecil tu hehe. UA rebus ikan ni letak asam keping dalam 2-3 keping letak 1 sudu garam. Kemudian apabila ikan masak, air rebusan tadi jangan buang, ambil untuk masak kuah (Garam jangan banyak untuk rebusan, takut masin kuah).

Bahan-bahan kuah:
1) Ikan rebus 600 gram
2) Bawang merah besar 2 biji (bawang ni yang sederhana besar)
3) Bawang putih 1 ulas
4) halia sebesar ibu jari
5) Seasoning (gula garam secukup rasa) 
6) Santan (UA letak satu kotak santan Kara
7) tambahan asam keping 1-2 keping

Cara memasak

1) Campur semua bahan dan kacau sentiasa kuah sehingga nampak sedikit mendidih, tutup api. Itu sahaja, jangan mendidih banyak sangat nanti pecah minyak pula santan tu jadi tidak sedap. 



Ini pula bahan-bahan sayur. Apa ye namanya, haaa ulam. UA letak daun kesum, bunga kantan, kacang panjang. Tauge dan timun letak juga ye. Di dalam gambar UA belum masukkan sebab tak tahan nak makan. Terus ngap beberapa mangkuk hehehehe.

Lupa pula, laksam boleh dimakan bersama-sama belacan dan lada kisar.



Peringatan!!!!

Kalau anda berbadan besar perlu berwaspada makan laksam ni kerana tinggi kalori. Kalau badan cun-cun slim macam UA bolehlah kita maintain makan Lecithin 6 biji dan Phytocol 2 biji untuk memecah lemak dan blok kolesterol. Jangan lupa bersenam untuk kekal langsing dan fit. 




Selepas makan laksam ni kot-kot menyesal makan banyak, boleh hubungi UA di 0133570906 - Ain 
untuk tempahan produk Shaklee anda. 


Thursday, December 4, 2014

DAGING SALAI MASAK KICAP MEMBUKA SELERA



 Hari ini UA masak daging salai masak kicap. 3 beradik makan sampai 4 pinggan. Bagaimana mahu salai daging tu ye? Beli daging yang siap disalai atau salai sendiri?

Untuk pengetahuan anda, harga daging yang siap disalai 2 kali ganda daripada daging biasa. Kalau daging RM20/kg, daging salai RM40. Banyaknya beza. Apa kata kita cuba salai sendiri? Lebih sedap dan lebih lazat.


Gambar ini UA telah potong siap daging, panaskan pemanggang, hamparkan aluminium foil (pemanggang UA guna ni yang biasa, murah sahaja, jadi ada karat-karat sikit. Aluminium foil sebagai lapik)





Kemudian balut keseluruhan daging dengan aluminium foil tadi.


Apabila sudah masak, beginilah rupanya. Daging itu UA hiris nipis lagi sebelum dimasak. Semalam UA buat daging salai masak lomak cili api rebung. Caranya juga seperti ini menyalainya, kemudian masak lemak cili api seperti biasa. Gambarnya UA tidak ambil pula, licin lauknya.

Untuk daging salai masak kicap UA ambil gambarnya.

Cara membuat daging masak kicap, bahan-bahannya ialah:

1) Daging salai

2) bawang merah besar 1 1/2 biji

3) Bawang putih 2 ulas

4) Sedikit lada hitam

5) Kicap manis

6) 1 sudu cili kisar

7) Sos cili

8) Sedikit cuka

9) Seasoning (gula dan garam secukup rasa)

10) 1 biji tomato

Cara-cara memasaknya ialah:

Tumbuk 2,3,4 dan tumis bersama-sama cili kisar, kemudian masukkaan kicap, sos cili. Masukkan bawang hirisan dan akhir sekali masukkan cuka dan tambah seasoning. Siap untuk dihidang. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas.


Selamat mencuba

Wednesday, December 3, 2014

Kalau Aku Kayaaaaaa.. Hari-hari Hari Raya.


            

Kalau aku kaya? Ia diibaratkan bunga-bunga yang cantik kembang mekar. Hari-hari hari raya. 


Apa perasaan anda apabila anda dapat lakukan aktiviti yang anda suka tanpa perlu memikirkan soal kerja yang bertimbun di pejabat. Hari-hari hari raya,

Pagi-pagi UA bersantai-santai keluar rumah naik basikal (sebelum anak-anak bangun). Ya Allah, memang terasa seperti hari raya. Indahnya alam ciptaan Tuhan untuk dinikmati. Suasana sekeliling yang nyaman dipenuhi rumput menghijau. 

            

Kemudian ada masa menguruskan tanaman. Pokok Rose ini baru dibeli di Nursery berhampiran rumah kami di USJ ni. 

           

Ini pula Japanese Rose waktu pagi kembang mekar. Kalau aku kaya? Hari-hari hari raya. Apabila UA memanfaatkan masa dengan menambah nilai ke dalam diri dengan berbakti kepada tanah, berusaha menjadi pencinta alam. Indahnya terasa bahagia. Lupakan sebentar gajet lupakan kerja. 

Itulah bisnes, bisnes bukan kerana mengejar duit tetapi bisnes mencari diri yang hilang, mencari kebebasan kerana manusia perlu bebas tidak perlu terikat dengan sesiapa yang mengongkong diri. 

          

Waktu petang pula UA pergi ke Shaklee mendengar ceramah tentang GST yang bakal berkuat kuasa pada April 2015. 


Kalau aku kayaaaaaa???? Hari-hari hari raya. Buat kerja ikut aku suka. Kerana aku ingin bahagia.. 





Double Promotion Double JIMAT. Pengedar diperlukan.

     


Pertama kali dalam sejarah Shaklee buat double PROMOTION ni.

✔️ Beli 6 dapat FREE 1 botol untuk setiap jenis yang anda beli

✔️ Free KEAHLIAN (T&C)

✔️ Layak mendapat BONUS 

✔️ Konsultasi PERCUMA

PENGEDAR SHAKLEE seluruh Malaysia diperlukan di bawah bimbingan saya, Master Tuan Nurul Ain. 

Kepakaran saya dalam ilmu nutrisi dan ilmu tentang suplemen Shaklee di dalam genggaman. 



Beli dan daftar keahlian anda SEKARANG!!! 

Hubungi saya, 
Master Tuan Nurul Ain 
ID 867161

Tuesday, December 2, 2014

Berpagi-pagian Membuka Pintu Rezeki.

Aktiviti UA awal pagi ini. Agak-agak apa projek UA kali ini? Hehehe. Semalam 'geram' bukan main UA beli kelengkapan bercucuk tanam, cangkul dan anak benih kangkung dan bendi. Kangkung perlukan air yang cukup dan banyak untuk kekal subur, bendi pula? Entahlah, UA beli sebab kata orang bendi sangat senang tumbuh. Oh ye?? 

       
Selepas beberapa minit ini hasilnya. Alhamdulillah terasa seperti bermimpi. Rajinnya UA buat semua ini? Suatu ketika dahulu UA pernah JIJIK melakukan semua ini. Ohhh kejamnya aku pada dunia. Selepas menyaksikan video dajal bakal muncul, dan ustaz dalam ceramah tu bagitahu saat itu dunia seperti padang jarak padang terkukur, manusia hanya akan bercucuk tanam untuk hidup. UA terfikir, 'apa tidakan aku?? Adakah aku terus-terusan mengejar dunia tanpa berbakti kepada tanah?' Hmmmmm... 

Pernah tak kalian juga terfikir-fikir benda sama? Dan kemudian apa yang difikirkan itu bermain-main di fikiran akhirnya minda mengarahkan badan supaya ada usaha dan daya ke arah itu. Cerita UA, suatu hari UA beli kangkung kemudian daun-daunnya UA masak buat cucur, yang batang dan akar UA rendam. Masukkan Vita-Lea 1 biji, eh eh keluar pula tunasnya. Oh ye sebelum tu UA rendam daun sup, memang survive lama dalam air. 


Anak sulung UA dapat tahu dia ambil daun sup yang UA rendam di dapur bawa keluar rumah. Suatu hari UA korek-koreklah tanah, tanam semua pokok yang UA rendam tu, dan tiba-tiba ada kawan share pasal group Kebun Bandar di FB dan dalam tu banyaknya perkongsian ilmu tanaman. 

Terasa seperti jalan kian terbuka luas untuk menambah satu lagi komitmen iaitu berbakti kepada tanah. Sebelum ini UA tahu kekuatan UA ialah mencari dan membiak wang. Macam biasa jauh di sudut hati ada sesuatu yang UA tertanya-tanya 'apa yang kau cari?' 

Ok selepas mencangkul rumput-rumput di belakang rumah, UA baru perasan ada paip air hujan dekat rumah UA sewa ni. 
Kangkung perlukan air yang banyak untuk hidup, tetapi di manakah tempat yang sesuai di rumah UA? Lagi sekali UA rasakan ajaibnya kuasa Tuhan. Kita merancang tetapi yang mengatur perjalanan hanya Tuhan yang berhak. 


UA buka paip air hujan tu, dan tabur benih kangkung di kawasan itu. 



Nampak tak? Tanah dah berair dan becak. Allah.. Memang terasa seperti menarik alam ke dalam hidup dengan izin Tuhan. Mudah-mudahan misi berbakti kepada tanah berhasil, boleh makan kangkung, bendi, cili, limau purut di rumah sahaja tanpa perlu lagi membeli.

Puas tak apabila kita dapat buat apa yang kita cari?

Dalam bisnes juga begitu, hari ini kita tebas rumput, kemudian tanam, baja, siram hari-hari barulah ada hasil. Tidak ada rezeki dan bisnes yang datang bergolek tanpa usaha. 


Projek hari ini, nak cari pokok serai, pandan, dan baja tahi ayam. 

 Berjumpa lagi!!!