Sunday, December 31, 2017

ESP - Soy Protein Isolate Powder


Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan



Kod Produk:&bsp;11003 (850 g)

ESP - Soy Protein Isolate Powder

 


Vita-Lea ® Iron Formula


Nutrien Penting untuk Kesihatan Optimum

Vita-Lea ® Iron Formula


Kod Produk: 10131 (120 tablet)

Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum.

PENJAGAAN RUMAH

Get Clean


PEMAKANAN SIHAT

Keperluan Harian

Vita-Lea ® Iron Formula

Shaklee Berkesan


Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee

Satu Kajian Penanda Aras

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.

Saturday, December 30, 2017

Shaklee Landmark Study

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: kajian keratan rentas

Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes.
Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30
Diterbitkan pada 24 Oktober 2007

ABSTRAK

LATAR BELAKANG
Penggunaan makanan tambahan di Amerika Syarikat adalah amat tinggi dan ia mewakili sumber pemakanan yang sangat penting. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai individu-individu yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan secara tetap. Kajian ini menyelidik corak penggunaan makanan tambahan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna makanan tambahan multivitamin/mineral tunggal.

4 Sebab Shaklee Terbukti


Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

1. LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KERTAS SAINTIFIK DITERBITKAN

Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.

Sustained Release Vitamin C


Kod Produk: 10104 (180 tablet)

Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Set Keperluan Harian


Nutrisi penting Shaklee melengkapi keperluan nutrisi asas anda dengan gabungan Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder, Vita-Lea®, OmegaGuard™ dan Sustained Release Vita-C PlusTM. Dengan 28 vitamin dan mineral penting, asid lemak omega-3, 14g protein setiap hidangan, dan 500mg Vitamin C semula jadi setiap hidangan, pek nutrisi penting ini membantu tubuh anda mendapat nutrisi asas berkhasiat yang  diperlukan untuk menyokong kesihatan yang optimum.

Friday, December 29, 2017

Saiz Perut Bayi

Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir adalah sangat sedikit. Ini bersesuaian dengan saiz perutnya pada waktu itu. Kajian menunjukkan berikut:

Saiz perut bayi




Monday, October 30, 2017

Kenapa kita perlu mengambil suplemen?



Berikut ialah penjelasan ringkas sebab dan faktor penting yang menyebabkan makanan yang kita makan akan kehilangan zat-zat penting.

Ini menyebabkan makanan yang kita makan tidak mempunyai zat-zat mikro (micronutrient) yang amat penting untuk mencegah penyakit dan juga mencegah kegemukan.

A.     Masalah perompak makanan

1.     Makanan segera yang mengandungi kandungan nutrien yang amat rendah tetapi kaya dengan kalori dan lemak berlebihan.  Mikro nutrien hampir tiada di dalam makanan seharian kita.

Sunday, October 29, 2017

Protein soya pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk





Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri sendiri dan sebaliknya fokus kepada orang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan ibu tenaga untuk menjalani rutin harian. Ketahui bagaimana Protein soya dapat membantu golongan ibu.

Friday, October 27, 2017

Badan Anda Perlukan Protein



1. Pertumbuhan dan pembesaran 
Image result for adolescent

Nutrisi penting untuk tumbesaran kanak-kanak, remaja dan ibu hamil ialah Protein. Protein membantu membina sel, menyokong sistem imun dan memainkan peranan penting termasuk dalam memeberikan kilauan rambut, kulit lembut dan kuku yang kuat. Protein dan komponen asid amino berfungsi sebagai hormon, enzim dan pengangkutan nutrisi. 

Thursday, October 26, 2017

Membesar dengan Sihat dengan Protein Soya ESP

Semasa fasa remaja, remaja menjalani perkembangan fizikal, emosi, sosial dan fisiologi yang pesat. Apabila mereka mencapai akil baligh, badan mereka berubah. Ini juga fasa di mana, mereka sangat bertenaga dan aktif.

Image result for kids


Protein soya adalah nutrien penting untuk memastikan remaja sentiasa bertenaga dan aktif. Pada masa yang sama dapat menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Merangsang Tumbesaran dan Perkembangan Otot

Kadar metabolisme kanak-kanak meningkat apabila mencapai fasa remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu perkembangan dan mengekalkan jisim otot. Bersama-sama gaya hidup aktif dan pengambilan protein soya yang mencukupi, ia dapat membantu menguatkan otot dan menyokong pembaikan serta pemulihan otot. Pada masa sama, mengekalkan kenyang dan memberikan tenaga lebih lama.

Menyokong Pertumbuhan Tulang yang Lebih Kuat dan Sihat

Isoflavon soya yang terdapat dalam Protein soya membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat di samping menyokong proses metabolisme tulang. Soya mengandungi Kalsium semulajadi yang diperlukan oleh tulang untuk tumbesaran yang sihat.


Image may contain: text 

Nota: Pengambilan bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun perlu dihadkan kepada perkongsian minuman dengan orang dewasa dan disarankan agar minuman protein tidak dijadikan sebagai satu-satunya sumber pemakanan.

Wednesday, August 9, 2017

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ambil Omega Guard

Memandangkan bulan ni bulan promosi Omega, jadi kita tengok apa kelebihan Omega Guard yang menyebabkan kena pilih Omega Guard Shaklee sebagai bekalan Omega-3 harian kita.



6 sebab mengapa perlu pilih Shaklee Omega Guard. 

1) Penyulingan molekul 3 peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini memekatkan Omega-3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxin dan lain-lain pencemaran. 


2) Kualiti terjamin. Minyak ikan bergred farmaseutikal. 


3) Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi. Satu sajian memberikan 990mg asid lemak Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA).



4) Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3, yang terhasil secara semulajadi seperi EPA, DHA dan banyak lagi. 



5) Bau dan kesan rasa hanyir yang minimum. 



6) Diiktiraf oleh Friend of The Sea. Ia untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar. 



Jika anda berminat untuk beli dan jadi ahli Shaklee, hubungi saya, Tuan Nurul Ain di nombor 013 357 0906

Monday, July 31, 2017

8 Sebab untuk Mempercayai Kualiti dan Keselamatan Produk Shaklee

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan. 

Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat. Apabila anda fikirkan "Shaklee", fikirkan "Tulen". 


1) Kami menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga, dan bendasing untuk setiap bahan botani baru.
Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.


2) Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP)


3) Kami melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun. 
Untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

4) Tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan.


5) Bebas Gluten
Berita baik untuk mereka yang mengalami alahan dan sensitif - Gluten. Produk kami bebas Gluten. Kami mahu anda memiliki usus dan penghadaman yang lebih sihat. 

6) Bukan GMO
Produk Shaklee bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan. 


7) Terbiodegradasi
Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mrmpunyai fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa. 

8) Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. 

Thursday, July 27, 2017

Saranan Shaklee

Kami berpendapat kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Tanpanya, semua perkara lain menjadi tidak bermakna. Kerana itulah setiap bahan yang dimasukkan ke dalam botol Shaklee telah dicipta untuk menjadikan anda lebih sihat. Dan kerana ia terbukti, anda pasti tidak sabar untuk bercerita kepada keluarga dan rakan mengenainya.

Di Shaklee, kami adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak, dan senaman yang kerap - selama lebih 100 tahun!

Dan kami sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study], satu kajian unggul pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di kalangan populasi pengguna unik.

Saranan Shaklee


Shaklee amat menekankan kesihatan. Antara saranan Shaklee ialah makan secara sihat, bersenam dan capai berat yang sihat, suplemen secara bijak. 


Makan secara sihat. 

Pelan pemakanan sihat termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu.


Bersenam dan capai berat yang sihat. 

Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan untuk menggalakkan kesihatan dan kekesejahteraan menyeluruh dan megurangkan risiko penyakit kronik.


Suplemen secara bijak

1) Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang sekurang-kurangnya 450mg Kalsium dan Vitamin D adalah memadai dan munasabah

2) pastikan mengambil Protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina paling asas untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat. 

3) Tingkatkan pengambilan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaik tindak balas metabolik dan keradangan. 

4) Nutrien antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mengambil antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta Karotena.

5) Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B-6 dan B-12 untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan sihat. 

6) Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.

Thursday, July 20, 2017

Cara Tingkatkan Skil Rumahtangga

Pernah dengar tak petua orang dulu-dulu saat pilih menantu perempuan, lihat dan rasai jari jemari bakal menantu? Jika tiada kesan kunyit atau jari-jemari halus sahaja, itu bermakna bakal menantu tadi tak pandai masak. 

Adakah ia tepat? 

Sebenarnya saya serba serbi tak pandai waktu mula-mula kahwin dulu. Memasak, apatah lagi mengemas. Dalam masa sama saya tekad mahu jadi pandai, tetapi tidak mahu menjadi 'hodoh'. Erti kata lain, pandai serba serbi, penampilan tetap jaga. Pandai memasak tanpa 'mengotor' dan 'merosakkan' jari-jemari. 

Lama saya 'tercari-cari', akhirnya dapat jawapan. Pertama, jaga dalaman. Saya jumpa SHAKLEE. Saya amat yakin dengan pengamalan suplemen, penuaan dapat dilambatkan dan kita akan sentiasa cantik. Suplemen yang saya amalkan ialah SET ASAS KESIHATAN dan beberapa suplemen tambahan seperti Alfalfa, Lecithin, Carotomax dan lain-lain. Berikut ialah set kesihatan asas Shaklee iaitu ESP, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C dan Omega Guard. 


Menurut Landmark Study yang dijalankan ke atas pengguna Shaklee, pengambilan multiple suplemen dalam hangka masa panjang iaitu lebih 20 tahun mempunyai risiko kesihatan yang rendah. 


Risiko kesihatan yang lebih rendah bermakna penuaan kita dapat dilambatkan. Awet muda. 

Multiple suplemen yang mempengaruhi taraf kesihatan ialah seperti berikut. 


Bagaimana tingkatkan skil memasak? Mula-mula anda perlu senaraikan masakan dalam kategori mudah tapi sedap untuk anda. Ok, saya senaraikan masakan mudah bagi saya untuk sediakannya. 

• masak lemak cili api
• ikan singgang
• pulut
• nasi lemak
• asam pedas 
• kerutuk daging
• sup 

Kategori mudah ini khas untuk disimpan dalam minda, apabila kesuntukan masa, kita boleh sediakan untuk seisi keluarga.
Jadi, tak adalah kes ibu-ibu yang hanya sediakan ayam goreng, ikan goreng dan telur goreng sahaja. 

Kemudian, kategorikan makanan yang sederhana sukar. Makanan ni perlukan banyak bahan, proses berperingkat. Contoh;

• nasi ayam
• soto 
• nasi minyak 

Akhir sekali, kategorikan kepada makanan yang susah pula. Maksudnya, dalam kepala anda, kalau dapat buat makanan ni, memang champion lah. Sebab, makanan ni penentu kepada segala masakan. Maksudnya dah taraf Master Chef. Kitalah yang kena nilai diri sendiri. Apabila dapat capai target makanan susah ni, bermaksud kita dah dapat skil masakan dalam rumahtangga. Tiada lagi memasak berjam-jam. Sehingga perlukan masa yang panjang.

Kalau anda ibu yang bekerja dari rumah, rugi masa dengan aktiviti memasak ni. Comot sana sini dan nanti bau bawang pulakan. 

Kemudian, skil mengemas rumah. Tidak perlulah mengemas dari A-Z setiap hari. Ia satu lagi kerja yang membuang masa. Mungkin anda kata tak ada istilah membuang masa dalam buat kerja tumahtangga. Banyak pahala. Ya betul, jangan kerana mahu banyak pahala, kita layan diri sendiri seperti hamba. 

Menurut pemerhatian saya dan bacaan-bacaan, kebanyakan isteri yang dikhianati ialah isteri yang anak ramai, buat semua kerja rumah dari A-Z setiap hari. Tiada penambahan dalam diri. Dalam erti kata lain, tiada skil dalam rumahtangga dan kehidupan. 

Jika anda surirumah, selain daripada lakukan kerja-kerja rumah, boleh bisnes online. Saya memilih Shaklee sebagai bisnes. Hanya perlu fokus dari rumah sahaja. 

Andai kata saya menghabiskan masa dengan kerja rumahtangga semata-mata, bilakah waktu untuk saya bisnes, membaca buku, menambah nilai
 diri? Baru sahaja dengar audio puan Diyana Tahir. Insan yang bersyukur ialah individu yang akan berusaha 10 kali ganda. Bersyukur apa adanya adalah individu yang malas. 

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Shaklee, boleh hubungi saya terus Tuan Nurul Ain : 013 357 0906

Saturday, May 27, 2017

SET DETOX SHAKLEE

Mulakan langkah baru dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semulajadi.

Matlamat Detox ialah:


  •  Lebih bertenaga
Polifenol adalah salah satu penggalak tenaga yang paling hebat

  • Kulit lebih berseri
Milk Thistle membantu meningkatkan seri kulit

  • Tubuh sihat dan cergas
Daun Alfalfa sangat berkhasiat untuk menghalang keasidan yang terhasil daripada toksin dan membantu dalam menurunkan berat badan.

  •  Sistem penghadaman yang lebih baik
Daun senna adalah herba yang mesra kolon, membantu melegakan sembelit dan menggalakkan pergerakan usus.

  •  Melegakan kembung perut dan angin
Pudina dan halia digunakan secara tradisional untuk melegakan dan meredakan kembung perut dan angin


Mengapa perlu Detox?
Setiap hari badan kita terdedah kepada toksin daripada persekitaran , pemakanan yang tidak sihat dan tekanan hidup,pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 manfaat detox
  1. Menurunkan berat badan
  2. Kolon lebih sihat
  3. Meningkatkan tenaga
  4. Mengawal nafsu makan
  5. Kulit lebih cantik
  6. Menguatkan sistem imun
  7. Tidur lebih lebih lena
DTX Complex
Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat

Herb Lax 
Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.

Alfalfa Complex 
Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.

Peppermint Ginger Plus
Membekalkan herba semulajadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.

Vivix
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.





Hubungi Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail 013 35700906 untuk dapatkan set Detox anda

Wednesday, January 25, 2017

JADUAL KEMAS RUMAH


Adakah anda begini? Zaman sekarang ramai ibu yang jadi stay at home mom. Bukan bermakna jadi surirumah semata-mata tapi buat kerja lagikan. Ada bisnes sendiri. 

Mana nak mengemas, mana nak masak. Mana nak urus anak. Mana nak macam-macamlah. Last last kepenatan seorang diri. Nak menangis, nak jadi MAK KAU HIJAU. Betul tak? 

Ada tak terfikir jalan penyelesaian? Ada buat jadual harian? Sebenarnya nak uruskan rumahpun kena ada jadual yang tersusun. Bukan filing kerja-kerja bisnes sahaja. 




Nak jadi ibu yang cun melecun, sambil buat kerja, anak main di sebelah. Sesekali ajar anak Iqra', kena UBAH. Buat jadual untuk kemas rumah. Bukan hari-hari menghadap perkara sama. 

Apabila kita penat, pencapaian bisnes akan merudum. Bukan namanya supermom kalau kita serah tugas pada suami. 

Boleh nak ada bibik, tapi part time jelah. Jangan hari-hari. Tak best kalau kerja-kerja yang sepatutnya seorang ibu buat, serah pada orang lain. 

Sebenarnya kita mommies ni boleh urus semua benda. Tapi kena ada perancangan dan cara kerja yang tersusun lagi teratur. Barulah berjaya. 

Berikut ialah contoh jadual mengemas harian yang saya buat. Dah buat, tick (✔️). Jadi kita tahu kawasan mana seterusnya nak kemas. 1 hari fokus 15-20 minit sahaja. 

Apabila ada pusingan macam ni, rumah kita akan sentiasa kemas. 

Kita ada masa untuk;

• ajar dan didik anak
• bisnes dari rumah
• membaca buku ilmiah
• belajar 
me time biasanya tidurlah



Nak hadap semua kerja kita, kenalah ada suplemen harian yang membantu supaya badan sentiasa cergas, otak cerdas, dan minda sihat. 

Saya pilih, Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, ESP dan vitamin-vitamin lain. 


Dah beli? Saya jual Shaklee.

Wednesday, January 18, 2017

CARILAH HATI

Pesan Imam Ghazali:

'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Thursday, January 12, 2017

MANFAAT BERJALAN KAKI AYAM


Hari ni hari kedua saya berjalan di taman pakai selipar. Sesekali buka selipar dan pijak rumput. Banyak khasiat pijak bumi ni. 

Mari kita tengok satu-satu manfaatnya;

• berkaki ayam mampu mengelakkan kecederaan kaki, meningkatkan stabiliti, juga postur badan

• meningkatkan kualiti tidur 

• bermanfaat untuk penghidap sakit otot dan sendi yang kronik

• bermanfaat untuk penghidap asma dan masalah pernafasan

• bermanfaat untuk penghidap Rheumatoid Arthritis 

• PMS (senggugut) 

• Darah tinggi

• tenaga lemah 

• stress 

• meningkatkan aktiviti dan respon sistem imun 

• degupan jantung 

• Pencegahan awal Osteoporosis 

• mengawal gula dalam darah bagi penghidap Diabetes. 

Banyak lagi manfaat termasuklah mencegah kepekatan darah. 

Setiap kali sesi berjalan kaki, saya ambil masa 30 minit. 

Berkaki ayam tidak ubah seperti refleksologi semulajadi. Ia membaiki semula sistem badan yang bercelaru. Tambah-tambah lagi kita banyak guna barang elektronik. Ia boleh mengganggu sistem otak kita.

Cara untuk neutralkan semula caj badan dengan berkaki ayam pada tanah, rumput atau lebih tepat lagi ialah bumi. 

Kalau stress, penat, rasa nak marah sahaja, boleh jadi sistem badan dah bercelaru. Jadi, keluarlah melihat alam. 








Tuesday, January 10, 2017

MANFAAT KOLAGEN


Kolagen merupakan protein yang paling banyak dalam badan kita.
Ia terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon.

Kolagen penting untuk kita, ia bertindak sebagai 'gam' yang memegang badan kita satu dengan yang lain. 

Kolagen boleh lakukan lebih daripada mengekalkan kesihatan kulit, antaranya; 

• menyokong usus yang sihat
• menyokong pergerakan yang fleksibel
• menyokong kesihatan otot
• menyokong kesihatan tulang dan sendi
• menyokong berat badan yang sihat
• menyokong penuaan normal 
• menyokong tidur yang lebih baik
• menyokong kesihatan otak 

Mana nak dapatkan kolagen terbaik ni? 

Shaklee Collagen Powder ada. Dengan berat 1000 dalton, ia sangat ringan dan mudah diserap badan. 





Monday, January 9, 2017

BIOTIN MEMBANTU PERTUMBUHAN RAMBUT


Biotin ni kumpulan Vitamin B. Tak semua company bekalkan Biotin dalam B-Complex mereka, kerana ia mahal. 

Fungsi utama Biotin ialah membantu penyerapan vitamin B-Complex. Selain itu, Biotin diperlukan untuk pertumbuhan rambut. 


Bukan itu sahaja, Biotin membantu mengekalkan kesihatan rambut, kuku dan kulit. 

Dapatkan Biotin di dalam Vitamin B-Complex Shaklee anda. 

Saturday, January 7, 2017

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN SHAH ALAM PPAS


Dah banyak minggu perancangan ke PPAS ni. Asalnya sebelum balik kampung lagi. Dah balik kampung, terjah perpustakaan Kampung Raja, Besut. 

Hari ni berkesempatan lawat PPAS ni. Teruja dengan penuh debaran. Tempat canggihkan. Memang berdebar-debar waktu mula masuk tu. Niat asal nak pinjam buku. Sebaik sahaja melangkah masuk, register dulu di kaunter. Kemudian isi registration form online. 
Ada komputer khas untuk tujuan tu.


Apa yang menariknya di sini, 1 IC boleh pinjam 10 buku. Kalau nak pinjam banyak, register lah banyak IC. Suami saya kata pinjam 10 dulu. Minggu depan datang lagi. Seronok tu dapat jaminan. 

PPAS ni setiap hari buka. Hari biasa tak biasa nak pergi sendiri, sebab jalan dia tu terceruk sikit. 


Kali ni saya masuk kids zone sahaja. Ada 2 ruang. 1 ruang bising, 1 ruang membaca. Dalam ni tak boleh bising. Ruang kanak-kanak, biasalah meriah. 


Tengah-tengah kids zone ni ada pokok buatan besar. Reading tree kalau tak silap namanya. Anak saya siap golek-golek lagi di situ. 


Pentas kids zone. Jam 2 lebih petang ada pengumuman panggil kanak-kanak yang nak join mewarna. Kami tak join, dah kumpul 10 buah buku nak pinjam, pinjam, kemudian ke tempat sebelah. Ada 3D dan 6D theater. Macam tak percayakan di perpustakaan ada ni.


Ruang menunggu khas untuk tayangan 3D dan 6D.


Kadar bayaran tanyangan tadi. Kami masuk 3 orang. RM10.60 seorang. Yang 3 tahun tu dia bagi masuk juga tapi kerusi tak gerak. Tengok tayangan sahaja. 


Tak sabarlah pula. Saya pertama kali tengok ni. Suami pernah tengok waktu trip Shaklee ke USA beberapa tahun lepas. Sana lagi real. Sini kerusi gegar-gegar sahaja. Itupun saya dah menjerit sikit-sikit. Kalau takut sangat pejam mata. Haha. Kalau dah pejam mata apa fungsi 3D tu kan. 

Gambar ehsan google. Tadi tak dibenarkan ambil gambar.

Kita pakai cermin mata 3D, kemudian cerita dipasang. Kerusi akan bergoyang ikut tayangan tu. Kalau eksiden memang bergegar-gegarlah. 

Saya pegang kuat-kuat pemegang kerusi. Hahaha.. macam ni pun dah 
kecut perut, kalau Universal Studio USA macam manalah kan. Tak sanggup mokcik. 

Oh ye, kalau anda nak merasa ke USA, ditaja sepenuhnya, bolehlah join Shaklee. Buat betul-betul bisnes, dapat tiket Free ke US. Trip ke US 2 tahun sekali.

Ok, sampai ketemu lagi. Daaaa...