Pages

Tuesday, March 19, 2013

Dari Dapur UA: Nugget

Sekarang ramai sangat yang mengadu alami masalah kesuburan.. Ada akibat ketumbuhan seperti cyst, adenomyosis, endrometriosis.. Bila kaji2 penyakit2 ni semua ada kaitan dengan faktor pemakanan. Salah satu sebabnya selalu makan Fast Food kerana terdapat banyak pengawet seperti nitrit dan nitrat terhadap daging dan makanan terproses.
Bila balik kampung beberapa hari lepas adik teringin makan McD. Saya sempat meluahkan kerisauan 'makanlah.. nanti macam2 penyakit datang.. Ramai sangat yang ada ketumbuhan dan tak subur sekarang'.. Tapi kalau nak makan sekali sekala tu bolehlah..

dan tiba2 kakak bagitahu kawannya penggemar fast food dan saya sempat tanya 'kenapa? ada cystke?'

Kakak bagitahu 'tak tahu, dia tak kawen'.. Biasanya penyakit kesuburan boleh dikesan selepas berkahwin iaitu mengganggu kesuburan. 

Sampaikan di hati saya sedikit risau terhadap anak-anak.. Oooo mereka berisiko untuk semua itu.. Jadi saya ambil pendekatan, kurangkan makan di luar dan masak sendiri. Semalam berjaya buat 'Handmade Nugget'.

Bila goreng je bau nugget semerbak seluruh rumah.. Hmmm mudah je rupanya nak buat..

Bahan2pun ringkas dan senang untuk dapat.

Nugget UA
Bebas lemak, bebas pengawet, tanpa penambah perasa


Bahan2:

1) ayam kisar 200-300gram
2) tepung jagung 3 sudu besar
3) Extra virgin Olive Oil 3 sudu besar
4) lada putih 1 sudu kecil (saya guna yang biji2 tumbuk sendiri)
5) Garam
6) bread Crumbs (untuk salut)
7) Telur (untuk celup)
8) Bawang putih

---
Cara memasak:

1) Tumbuk lada putih, bawang putih.. Gaulkan garam..masukkan dalam bekas asing
2) tumbuk ayam kisar kemudian gaul dengan bahan tumbuk (1)
3) masukkan extra virgin olive oil dan masukkan tepung jagung.. Gaul hingga rata
4) pecahkan telur dan pukul
5) bentuk-bentukkan doh ayam tadi dan celup ke dalam telur..
6) Kemudian golek2 ke atas bread crumbs..
7) sedia untuk digoreng @ disimpan beku

P/S: extra virgin olive oil menjadi pilihan kerana ia minyak terbaik dunia.. Walaupun di kalangan minyak zaitun, pilihlah yang extra virgin..

-----
Sentiasa memilih yang terbaik

-----------------------------------------------
Saya Shaklee Independent Distributor yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk diri dan keluarga juga insan yang memerlukan. 
 Anda boleh dapatkan produk Shaklee terus daripada saya, kawasan COD USJ,
atau hubungi 0133570906 untuk khidmat pos ke seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia

No comments:

Post a Comment