Pages

Wednesday, March 6, 2013

Healing Crisis (Krisis Pemulihan)

Di dalam proses pembuangan toksik dan pembinaan semula tubuh badan seseorang mungkin akan menghadapi satu fenomena atau keadaan yang dikenali sebagai 'krisis pemulihan'. Gambarannya seolah-olah menghidap sesuatu penyakit, tetapi sebenarnya ketika itu tubuh badan kita sedang berusaha untuk menyembuhkan atau melawan penyakit kerosakan dalam badan yang ditanggung sejak bertahun lamanya.

Sewaktu 'krisis Pemulihan' berlaku, tubuh badan cuba meringankan penderitaan penyakit yang dihidapinya pada masa lalu, tetapi ia hanya untuk jengkamasa 3 ke 4 hari dan biasanya tidak seteruk seperti penyakit asal. Ia selalunya berlaku terhadap seseorang yang menahan atau cuba mengubati penyakit asal mereka dengan ubat yang mengandungi dadah. Sesetengah bahan kimia menghalang penghapusan atau meracun simptom tanpa melakukan sesuatu untuk menyembuhkan puncanya. Contohnya, seseorang yang mempunyai penyakit 10 tahun lalu, dalam proses pembersihan (pemulihan) dan pembinaan semula, dia mungkin menghidapi beberapa simptom (kesan) tersebut sehinggalah tubuh badan berupaya untuk menangani masalah tersebut.

Organ yang lemah di dalam badan menyimpan toksik dan tidak mampu untuk menyerap nutrien(makanan berkhasiat). Apabila organ semakin kuat, ia akhirnya berupaya untuk membuang segala dadah dan bahan buangan yang tidak berguna dalam badan. Demam ringan bagi proses ini biasanya bertahan antara 5 hingga 10 hari.

Selalunya ia memerlukan banyak masa dan usaha untuk menangani 'krisis pemulihan'. Bagi sesiapa yang mengalami ketidakselesaan badan sewaktu proses 'pembuangan atau pembersihan toksik' ini perlulah difahami bahawa ia adalah situasi biasa dalam tempoh pemulihan untuk menstabilkan kembali keadaan tubuh badan agar kembali normal dan sihat.

Bagi mengurangkan masalah tersebut kita disyorkan mengambil Herb-Lax sebelum memulakan sebarang program pemakanan Shaklee (Bagi ibu menyusu pengambilan Herb Lax tidak digalakkan, maka boleh diganti dengan alfalfa)



Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisisdan Kemungkinan Punca


Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)

Masalah buah pinggang

 Kredit Jadual : sihatcomelceria.blogspot.com

No comments:

Post a Comment