Monday, April 29, 2013

Passion dalam Bisnes Shaklee

Assalamu'alaikum selamat pagi..

Pagi ni nak cerita tentang Shaklee..

Ok, saya perasan bila seorang berjaya orang lainpun teringin nak berjaya.. Maka berbondong-bondonglah mencuba nasib dalam Shaklee..

Tapi sampai setakat mana?? Sampai bila??

Hmmm dalam apa-apa yang kita buat sekalipun harus ada passion.. Dalam kerjaya, dalam bisnes atau dalam apa bidang sekalipun yang kita ceburi..

Mesti ada pengorbanan, kecintaan terhadap apa yang kita nak..

Shaklee bukanlah skim cepat kaya..
Nak join perlu puluhan ribu, ke hulu hilir mencari klien.. Tetapi memadai sharing dari hati dan ikhlaskan niat membantu orang sekeliling memperoleh kesihatan yang lebih baik..

Satu nikmat yang tidak terhingga bila kita boleh membantu individu lain samada dari segi kesihatan mahupun kewangan..
Sekarang, Shaklee ialah Passion saya..
Bukan senang nak senang, tapi tiada apa yang mustahil..

Tapi hanya segelintir yang mampu harungi liku-liku bisnes.. Semua terletak di tangan masing-masing.. Tepuk dada tanya 'selera'.


Tahun lepas nampak ramai kenalan sama-sama jual Shaklee.. Tapi tahun ni hanya yang betul-betul 'KUAT' yang bertahan.

Yang tidak semuanya dah bertukar bisnes..
Sebab tu sebelum mulakan apa-apa bisnes niat sangat penting..

Apa yang kita nak dalam bisnes?? Kalau sekadar mengaut untung, Shaklee bukanlah bisnes yang menguntungkan.. Tetapi Shaklee bisnes membantu..

Usaha berkadar songsang dengan hasil.. Pada awal penglibatan, usaha memang luar biasa tapi hasilnya sikit sahaja..

Tapi apabila kita telah kukuh, waktu itu walaupun kita cakap pada duit.. 'Saya tidak mahu lagi kamu' tapi ia tetap akan datang..

-Itulah Shaklee-


Sunday, April 28, 2013

Suratan, Kebetulan atau Kecuaian

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.. Ya, setiap orang tidak menafikan.

Tapi bagaimana kita bersedia ke arah itu?
Mahu mati dalam keadaan yang macam mana?

Kita tidak boleh tentukan bagaimana pengakhiran kita tetapi kita boleh berusaha supaya menuju ke hari tua dengan hidup yang sihat sebelum ajal menjemput.

Ok saya nak share tentang 'Cucu' Shaklee saya sendiri. Sharingnya di blog sungguh menyentuh hati sanubari. Ada orang kata, alaa makan suplemenpun mati juga, sakit juga..

Kita berusaha supaya dapat mengawal kesakitan itu, kalau tak sakit jadi Raja Namrudlah.. Tapi dimatikan hanya kerana seekor nyamuk yang kecil.

Kalau seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat, senaman, makan makanan seimbang tiba-tiba jatuh sakit. Adakah ia suratan takdir?? Ya, boleh jadi kerana beliau telah berusaha sedaya upaya.

Kalau kita tidak menjaga kesihatan, makan ikut sedap mulut tiba-tiba sakit.. Adakah ia suratan, kebetulan??
Tidak.. Ia kerana kecuaian kita sendiri..

Dan ada orang pertikaikan 'kenapa makan Shaklee sakit lagi??'

Makan Shaklee bukan menghalang kita terus-terusan menjadi kebal tanpa penyakit. Sesekali Allah jentik juga dengan penyakit tetapi sekurang-kurangnya kekerapan sakit itu tidak berulang seperti sebelum mengamalkan suplemen.

----
Mencegah lebih baik daripada merawat

Saturday, April 27, 2013

Rahsia Bawang Putih (Antibiotik semulajadi)

RAHSIA BAWANG PUTIH! | Saya pernah terfikir, bagaimana bermulanya penggunaan bawang putih dalam masakan. Rupa-rupanya bawang putih Allah ada sebut dalam Al-Quran pada Surah Al-Baqarah ayat 61. Hebat kan?

Rahsia Bawang Putih


~ Mengurangkan risiko strok.
~ Mengurangkan risiko kanser.
~ Anti bakteria dan antivirus.
~ Anti inflamasi.
~ Membantu orang yang mengalami masalah penyakit tiroid.
~ Membantu sistem pencernaan.
~ Meningkatkan sistem imunisasi.
~ Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Nampak jer kecil tapi banyak manfaatnya.

Lets keep our health to enjoy our wealth!

- Saiful Nizam Rosdi

------



Shaklee menawarkan Garlic khas untuk kita yang tak mampu nak telan sebiji-sebiji bawang putih ni..

Sebelum dengan Shaklee saya memang terlalu bergantung dengan antibiotik bila demam sebab tonsillitis.. Amoxycillin menjadi teman setia..

Kalau tak ambil antibiotik confirm lepas beberapa hari demam lagi..

Dengan Shaklee saya mencari alternatif sebagai ganti antibiotik iaitu Garlic..

Hasilnya Subhanallah menakjubkan.. Sakpai sekarang tiada lagi Amoxy dalam hidup (setahun lebih dah tinggal).

Kesihatan makin baik

-----------
Hubungi Ummu Ainan
Shaklee ID867161
SMS/WeChat/Whatsapp: 0133570906





Lemak Oh Lemak

LEMAK OH LEMAK !! | Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, baik aku makan jer.. & anda pun kembalilah ke cara makan yang sama??

Kenapa jadi macam tu? Actually, Tak semua lemak tu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Structural Fat

'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Normal Fat Reserve

'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Abnormal Stored Fat

'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !!

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda.. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !!

So... Nampak kan? Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ!!

Hanya jika anda teruskan 'perjuangan' untuk membakar itu, barulah Lemak Jenis 3 itu di bakar !! Tetapi, biasanya.. Ketika itu anda sudah pun Give Up dan kembali kepada cara makan yang sama! Hasilnya? Lemak itu akan 'bergumbira' melebarkan sayap-sayap mereka...huhuhu !!

Moral of the story ~ Jom kita 'PERSISTENT' dalam apa jua yang kita lakukan, kerana ramai yang give up bila kita semakin hampir dengan kejayaan !!

- Dr. Malinda

Ok sebagai permulaan berdiet, saya menyarankan setiap daripada kita detoks dahulu segala jenis toksin di dalam badan.

Di dalam Shaklee, ada 2 produk yang boleh membantu badan kita menyah toksin secara semulajadi iaitu;



Herb Lax - Julab lembut membantu pelawasan dan menyingkirkan segala kotoran dari badan. Ia boleh diamalkan 2-3 kali seminggu.














 Alfalfa - boleh diambil setiap hari, selain menyahtoksin, pelbagai khasiat lain lagi iaitu;

18 KHASIAT ALFALFA

1. Mencuci hati, darah dan usus.
2. Mengelakkan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi kelegaan semasa haid untuk wanita.
5. Merawat arthitis.
6. Bagus untuk elergi dan ekzema.
7. Merawat athma.
8. Bertindak seperti kacip fatimah kepada isteri.
9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.
10. Melawan tumor: alkalikan badan dengan itu membaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
11. Merawat masalah keputihan pada wanita.
12. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.
13. Memulihkan urat selepas bersalin.
14. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
15. Meningkatkan stamina seorang suami.
16. Melegakan sembelit.
17. Membuang angin dalam badan.
18. MAMA Milk booster

- permulaan berdiet sangat penting untuk menentukan kejayaan pada akhirnya-

-----
Saya Shaklee Independent Distributor anda berID 867161
Sedia menerima tempahan produk Shaklee samada melalui COD di kawasan USJ atau pos ke seluruh dunia.

Bagaimana cara nak hubungi saya?
SMS, Tel, Whatsapp ke 0133570906

Atau email ke [email protected]








Wednesday, April 24, 2013

Penat

Assalamaualaikum..

Hari ni nak share pasal penat.. Ramai sangat mengadu 'ain.. Nak makan apa ye, saya selalu letih, penat'..

Haaaa ambillah suplemen.. Kalau tak nak makan banyak2 ambil Vita-Lea with iron cukup.. Bila badan lesu tu tandanya badan dah tak mampu nak buat aktiviti harian.. Atau bahasa mudah fisiologi badan semakin menurun..

Jadi macam mana nak upkan semula aktiviti badan kita supaya kekal cergas sepanjang hari dan rileks pada malam hari?



Vita-Lea with iron lengkap nutrisi harian yang diperlukan badan.. Menukarkan makanan kepada tenaga jadi takdelah lesu lagi..
Haaa tadi dah tanya customer yang penat2 hari tu.. Bila tanya, dah tak penat.. Alhamdulillah..














Dan kalau nak dapat rehat yang cukup dan legakan otot2 legakan lenguh2 di badan ambil Ostematrix sebelum tidur..

Saya biasa ambil 4 biji.. Bangun pagi, Masya-Allah bestnya.. Tak ada dah lenguh2.. Dan kawan2 yang makanpun cakap tak nak miss dah lepas ni.. Hehe

Kalau nak ambil suplemen, biarlah berbaloi dengan apa yang kita bayarkan??

------
Nak order?
Hubungi;
Saya Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail Shaklee Independent Distributor yang sah, ID no 867161,
boleh dihubungi melalui email [email protected] atau PM FB: Ummu Ainan, atau melalui telefon; 0133570906



Monday, April 22, 2013

Amalan Selepas Bangun Tidur

Apa yang saya amalkan?

Bangun tidur sebelum ambil apa2 makanan atau minuman saya minum air kosong (juga ajar budak2 ni minum air kosong dulu).

Kenapa? Supaya badan rileks untuk terima makanan lain dan bersedia untuk memulakan kerjanya..

Kemudian saya ambil madu. Apa khasiat madu?

Saya kaitkan pengambilan madu dengan buah kurma semasa berbuka puasa..

Kenapa disunatkan ambil buah kurma bila berbuka?

Ok, yang ni saya ingat sampai sekarang pernah belajar dulu.

Bila berpuasa seharian, semua organ kita berehat, sebelum mulakan aktivitinya semula digalakkan berbuka dengan kurma kerana sifat kurma gulanya ringkas.

Pankreas tidak perlu bekerja keras untuk keluarkan insulin secara mendadak.. Pengambilan kurma merangsang pengeluaran insulin perlahan-lahan dan bila kita makan makanan lain, insulin sudah mula bersedia untuk menghadam makanan..

Sama tak dengan makan kuih?

Tak sama, terkejut insulin nanti..

P/S: amalan ini boleh mengurangkan risiko diabetes type 2.. Madu ni baik untuk imun, prostaglandin, antioksidan..

Lepas minum madu, baru ambil Shaklee.. Perfect

Saturday, April 20, 2013

Pengendalian Susu Ibu

Gambar menunjukkan pengendalian susu ibu bagi ibu2 yang bekerja dan ingin menyusukan anak dengan EBM..

Kepentingan Penyusuan Susu ibu untuk ibu

• Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
• Kurang risiko kanser payudara dan ovari
• Penyusuan Eksklusif membantu menjarakkan kelahiran.
• Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
Mengembalikan bentuk badan kepada asal
• Jalinan Emosi yang erat "bonding" antara ibu dan bayi.
• Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
• Menjimatkan masa dan wang

----
 Pengendalian susu ibu

Selain itu amalkan suplemen khas untuk penyusuan, menggalakkan penghasilan dengan memberikan ibu nutrisi seimbang sepanjang menyusui dan membantu ibu2 sentiasa berkeadaan tenang tanpa penat, stress yang melampau..

Nak tahu set Menyusu?

Klik link ini SUPLEMEN PENYUSUAN

--------
Dapatkan set penyusuan lengkap anda hari ini. Saya Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail Shaklee Independent Distributor yang sah, ID no 867161,
boleh dihubungi melalui email [email protected] atau PM FB: Ummu Ainan, atau melalui telefon; 0133570906

COD area USJ, juga membuat penhantaran di seluruh Malaysia melalui pos dan seluruh Negara

Thursday, April 18, 2013

MLM = Head Hunting

Ramai salah faham.. Sebab rata2 MLM memang kena cari orang bawah.. Lepas tu cari lagi.. Lagi lagi dan terus mencari..

Dalam Shaklee kalian tak perlu buat semua tu.. Apa yang perlu buat? Mantapkan base bisnes, bukan base tak ada, terus cari tiang, buat dinding, lama2 runtuhlah bangunan yang kita nak buat..

Contoh saya bagi 'anak' Shaklee saya bagitahu siap2 dia tak suka kalau kena cari orang.. Haaaa sayapun tak suka.. Kalau orang kejar saya, sayapun lariii hehe esp orang insurans.. Sebab saya rimas..

Apa yang perlu buat?? Bina empayar bisnes sendiri.. Cari seramai yang boleh customer.. Jual barang, bukan jual orang atau cari orang.. Tapiiiiii sampai satu tahap, orang yang akan datang kepada kita tanpa kita caripun contoh 'akak, macam mana nak jadi ahli?'..

Haaa dekat sinilah peranan kita bantu mereka register.. Modal serendah RM65 sebagai pendaftaran ahli.

Dan jika new member tu minat nak bisnes, ajar sebagaimana yang kita buat.. Tak perlulah bersusah-susah kejar orang ke sana ke mari.. Letihhh..

Kalau tak minat bisnes? Takpe, tak ada masalah boleh jadi pengguna seperti biasa. Tiada halanganpun, ia hak individu..

Tiada risiko sorok stok bawah katil, tiada risiko hutang piutang dengan bank sehingga puluhan ribu..

Ramai juga yang join MLM sebab dijanjikan harapan duit beribu-ribu, kertea mewah, serba serbi mewah..tapi dengan syarat, keluarkan modal sekian2, dan kemudian cari orang lain untuk keluarkan modal sekian2.. Begitulah hingga akhirnya.

Jangan mudah terpedaya, tak ada kerja mudah atau jalan pintas untuk berjaya.
Dalam Shaklee, modal RM65 tu boleh lahirkan individu2 yang hebat pendapatan sehingga 6angka setiap bulan..

Tapi ada satu syarat, syaratnya kita mestilah punya hati yang kental, tak kenal erti putus asa.. Sentiasa berusaha.
Itu je modalnya..

Saya sendiri dah banyak lepas dalam Shaklee ni;

1) CASH BONUS
2) CAR BONUS
3) INCENTIVE PROGRAMME (melancong dengan Shaklee

Modal saya dulu hanyalah RM75(sebab pos).. Sekarang dah 4 angka yang stabil i.Allah akan ke 5 angka tak lama lagi..

Selebihnya saya hanya sharing sharing sharing dan 'anak cucu cicit' di bawah susur galur saya dah lebih 40orang..
TIADA ISTILAH CARI ORANG.

Dan 'anak' Shaklee yang sebelum ni memang bagitahu tak nak cari orang tu dah bagitahu nak 'beranak' seorang.. 'Anak sulung'.. Hmmm manisnya hasil..

Jika anda berminat dengan bisnes Shaklee boleh hubungi saya terus untuk consultation percuma dan anda akan diguide ke dalam group tertutup saya khas untuk distributor yang register di bawah saya..



P/S: jangan mudah tertipu dengan janji2 manis skim cepat kaya, tunjuk duit banyak macam gambar di bawah..

---------
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail
0133570906
Shaklee ID 867161

Wednesday, April 17, 2013

Risiko dan Bahaya Bayi yang Tidak Diberi Susu Ibu

• Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema & demam)

• Berisiko mendapat penyakit berkaitan saluran pernafasan (pneumonia)

• Berisiko mendapat penyakit jangkitan telinga (otitis media)

Tuesday, April 16, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan ; Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu

Tak ramai tahu tanda-tanda sakit di badan sebenarnya menunjukkan 'sign' tertentu kecelaruan sistem badan. Tanda-tanda di bawah saya petik dari laman FB;



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa- apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap sahaja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

i) Selsema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).



14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH ‘ i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.



25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar

Penolong Pendaftar

Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan

Universiti Malaysia Perlis.

Sahur dengan Protein Shaklee



Salam semua, hari ni saya puasa ganti..
Preggy dah 24minggu puasa belum ganti lagi 6 hari.. Habis hari ni tinggal 5 hari lagilah..

Pagi tadi sahur dengan Roti Scramble egg, minum Air+ madu, ESP+Cinch Chocolate+Oat..
Last2 tu bancuh Performance Drink sikit sebab nak kekalkan badan dalam keadaan terhidrat..

Alhamdulillah syukur.. Syukur.. Sampai sekarang jam 3.40 petang masih bertenaga. Lunch untuk anak-anak dan suami tadi siap masak Nasi Tomato, ayam masak merah, acar timun..

Fuuuhhh bertenaga sungguh..

Dan pengeluaran urin pun tak ketara..
Nak tahu apa rahsianya?

Performance Drink tulah sebab dia seimbangkan elektrolit dalam badan..

Jadi takdelah asyik nak terkucil je lepas sahur.. Biasanya kalau minum air kosong semata-mata memang asyik ulang-alik ke tandas.

Jadi bagi sesiapa yang belum ganti puasa, ganti cepat-cepat ye. Tak payah risau lapar atau dahaga, pasti ada penyelesaian.

ESP+ Cinch Shake, protein low glicemic index bila kita minum tahan berjam-jam..
Tak rugi beli.. Percayalah.. 👍👍

Tu dia set lengkap sahur saya. 
ESP+Cinch Chocolate+Oat bancuh bersama-sama
Performance drink bancuh dengan air kosong

P/S: Marvellous, nipun Ainan(Anak sulung dah request karipap breakfast pagi esok). Kalau sempat boleh je buatkan petang ni.. Tak rasa macam puasapun ada sebab masih bertenaga.



--------
Untuk tempahan produk Shaklee hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail (Ummu Ainan)
Shaklee ID 867161
Telefon, We Chat, Line: 0133570906
FB: Ummu Ainan





Monday, April 15, 2013

Nak KURUS????

Sangat teruja dengan customer saya sendiri yang berjaya turun berat badan dengan hanya amalkan Cinch Shake Mix

Tak sampai sebulanpun lagi dah turun 2KG..

Nak diet senang je.. Amalkan konsep kalori defisit..

Apa??? Ada ubat kurus yang boleh turunkan berat badan sampai 15KG satu bulan tanpa berlapar, tanpa bersenam..


MEMANG MENGARUT.. Nak MATI cepat makanlah.. Haaaa tak pasal2 rosak buah pinggang.. Rosak organ2 dalaman.. Time tu.. 'Kalaulah aku dengar nasihat si polan, si polan... Bla.. Blaaa.. Blaaa'..

Apa yang saya buat bila customer beli dengan saya?

Mula2 kita sama-sama kira BMR, basal metabolic Rate, kemudian bolehlah kira DCR; daily calorie requirement..

Tambah tolak tambah tolak maka dapatlah keperluan kalori harian..

Jadi macam mana nak kurus???

Kalori defisit memainkan peranan..

'Tak bolehlah.. Saya kuat makan.. Nanti lapar.. Karang tak boleh buat itu tak boleh buat ini'

Haaaaa kat sini fungsinya Meal Replacer.
Cinch Shake Mix @ ESP..

Kalau serius nak turunkan berat badan saya sarankan ambil dua2 sekali.. Tapi kalau nak ambil salah satupun boleh..
Contoh Cinch Shake mix ia terbaik untuk anda yang sedang berdiet sebab diperkaya dengan LEUCINE untuk pastikan otot-otot terpelihara dan tak menggelebeh..

Replace meal 2 kali sehari sahaja memadai.. Pagi, malam.. Alhamdulillah kenyang dan anda tak perlu risau tentang tenaga dan nutrisi.
Cinch Shake mengandungi multivitamin lagi dalamnya jadi masalah penat, letih tak bertenaga tak lagi berlaku..

Diet ringkas, tingkatkan metabolisme, dan jadikan badan bertenaga..

Cinch Shake Mix didatangkan dengan tiga perasa. Chocolate, Vanilla dan Caffe Latte

SUPERBLAH..

Rugi siapa yang tak cuba.. Lengkap dengan Fiber lagi.. Masalah sembelitpun tak ada.. (Moodpun happy kan?)

Oklah saya sharekan kelebihan Cinch Shake Mix;

• kekalkan jisim otot tanpa lemak
• hilangkan berat badan daripada lemak
• terbukti secara klinikal
• diperkasa dengan Leucine

Pengambilan CINCH SHAKE MIX akan membantu anda;
• mengawal lapar
• tingkatkan tenaga
•menyokong metabolisme dan memberi kepuasan kepada pengguna



Testimoni Pengguna Cinch Shake Mix Caffe Latte tak sampai sebulan turun 2KG



 Cinch Shake Chocolate+ESP (Blend guna blender..Sedaaaappppp)


---------
Untuk tempahan produk Shaklee hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail (Ummu Ainan)
Shaklee ID 867161
Telefon, We Chat, Line: 0133570906
FB: Ummu Ainan

Sunday, April 14, 2013

Zat Besi dan Daya Ingatan

Zat besi membantu membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu badan termasuk otak.

Apabila kadar zat besi dalam darah rendah, tisu akan dahagakan oksigen. Ini menyebabkan badan terasa lemah, kurang daya ingatan, konsentrasi menjadi lemah, kurang motivasi dan kurang daya kerja.

Wanita sering mengalami kekurangan zat besi kerana mereka datang haid setiap bulan, mengandung fan menyusukan bayi. Seorang wanita dewasa memerlukan 15mg zat besi setiap hari dan digunakan oleh tubuhnya sebanyak kita-kira 10mg.

Bagaimana untuk menambahkan zat besi dalam badan?
Makanlah makanan seperti hati(tidak digalakkan), kerang, daging, bijirin dan kekacang, dan sayuran hijau. Vitamin C seperti dalam jus oren membantu penyerapan zat besi dalam saluran pemakanan.



Jika sukar untuk dapatkan daripada makanan harian, Vita-Lea with iron daripada Shaklee lengkap dengan keperluan zat besi harian.

Hanya 1-2 tablet setiap hari.. Kos tidak sampai RM100. 120 biji.










------------------------------------------
Untuk tempahan produk Shaklee hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail (Ummu Ainan)
Shaklee ID 867161
Telefon, We Chat, Line: 0133570906
FB: Ummu Ainan
Email: [email protected]


Saturday, April 13, 2013

Bahaya Asid Folik Sintetik Terhadap Ibu dan Bayi

Ibu mengandung dan asid folik, yakni sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan spina bifida; adalah begitu sinonim. Malah ibu mengandung dibekalkan dengan asid folik oleh doktor.

Asid folik adalah sejenis vitamin B yang mengawalselia sinstesis DNA dan gen. Oleh kerana itu asid folik amat penting dalam perkembangan fetus. Ia amat penting pada awal kehamilan bagi mengelakkan kerosakan tiub neural, atau spina bifida.

Walau bagaimanapun, 99% asid folik di pasaran adalah dariada jenis sintetik. Asid folik yang diperbuat daripada pteroylglutamic acid yang tidak samasekali bersamaan dengan folate, yakni asid folik yang terjadi secara semulajadi dalam tumbuhan seperi bayam, sawi dan brokoli.
Kajian saintifik telah mendedahkan bahawa pengambilan asid folik sintetik memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi yang dikandung:

Para pengkaji membuat penelitian ke atas wanita yang mengambil asid folik selama 30 tahun, mereka mendapati wanita2 ini berisiko 2 kali ganda untuk menghidap kanser payudara

Satu kajian lain mendapati selepas 10 tahun, wanita yang mengambil asid folik mempunyai 20-30% lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara

Asid folik sintetik kemungkinan menyumbang kepada ‘penggalak kanser’ dalam tubuh
Asid folik sintetik juga dikaitkan dengan peningkatan kanser prostat dan kolorektal

Asid folik sintetik semasa mengandung berkait rapat dengan masalah asma di kalangan kanak-kanak, masalah jangkitan saluran pernafasan dan pelbagai masalah kesihatan kanak-kanak

Walaubagaimanapun, asid folik dalam bentuk semulajadi amat penting untuk wanita dan kanak-kanak. Ibu yang mengambil asid folik bukan daripada sumber sintetik didapati kurang risiko mengidap ADHD (hyperaktif). Banyak kajian mencadangkan asid folik dalam bentuk folate merendahkan risiko kanser di kalangan kanak-kanak.

Shaklee B Complex dengan asid folik yang mempunyai bioavailabiliti yang tinggi, adalah asid folik natural yang pertama dalam bentuk supplement. Bioavailabiliti adalah keupayaan nutrient tersebut diserap oleh tubuh, dan pastinya ia bukan sintetik.

Buatlah pilihan yang bijak

Dapatkan B-Complex Shaklee lengap 8 vitamin B termasuk Biotin..



----------
Untuk tempahan produk Shaklee hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail (Ummu Ainan)
Shaklee ID 867161
Telefon, We Chat, Line: 0133570906
FB: Ummu Ainan
Email: [email protected]


Credit to Mommy Lyna
Read more http://vitaminsemulajadi.com/bahaya-asid-folik-sintetik-terhadap-ibu-dan-bayi/


Friday, April 12, 2013

JERAWAT


Hormon Tidak Seimbang Punca Jerawat

Masalah jerawat dialami oleh 100 peratus populasi manusia yang mana 80 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke bawah.

Kulit berminyak dan berjerawat disebabkan faktor intrinsik (dalaman) seperti ketidakseimbangan hormon ketika peringkat remaja, ibu mengandung dan juga kesan sampingan penyakit endokrin seperti sindrom polycystic ovari.

Kajian menunjukkan sembelit berpanjangan juga boleh mencetuskan masalah jerawat. Faktor ekstrinsik (luaran) yang menyebabkan jerawat seperti kaedah penjagaan muka tidak bersih atau penggunaan produk tidak sesuai, keadaan cuaca dan pencemaran.

Jerawat merangkumi tiga faktor utama iaitu kelenjar minyak terlebih aktif, liang pori tersumbat dan jangkitan bakteria pada kulit.

Suplemen yang boleh membantu merencatkan pertumbuhan jerawat ialah GLA Complex dan NutriFeron daripada Shaklee.


Kebaikan utama GLA Complex ialah:-

• Membantu mengawal atur kitaran haid.
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
• Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
• Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak.
• Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.

Selain kebaikan di atas, GLA Complex membantu mengawal atur kembali hormon supaya lebih seimbang sekaligus mencegah masalah jerawat menjadi lebih serius.

Fungsi lain GLA Complex ialah:

• Mengandungi asid lemak perlu (EFAs).
Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

 

NutriFeron Shaklee.
Nutriferon ialah penemuan terhebat dalam bidang immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.
Selepas kajian melebihi 40 tahun Dr. Kojima menemui penggalak interferon semulajadi melalui ekstrak tumbuhan yang dikenali Nutriferon.

Fungsinya yang hebat ialah dapat:-
  • mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu meransang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh virus dan kuman; memperkasa T-Cells, B-Cells dan makrofaj.

  • Pengamalan NutriFeron mampu menghalang pembentukan jerawat akibat daripada bakteria dan virus. Ia selamat dan tiada kesan sampingan seperti yang kita ketahui terhadap pengambilan antibiotik.

2 suplemen ini sudah cukup untuk mengatasi masalah jerawat yang lebih serius..

-------
Untuk tempahan produk Shaklee hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail (Ummu Ainan)
Shaklee ID 867161
Telefon, We Chat, Line: 0133570906
FB: Ummu Ainan





Thursday, April 11, 2013

Bahaya Anemia Semasa Hamil

 LESU...kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Satu daripada 3 wanita hamil mangalaminya. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.


RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah berbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Antara risiko yang bakal dihadapi oleh bayi di dalam kandungan:-


1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung,otak, dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki &tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapikurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidakdapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Menurut Dr. Premitha lagi, beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Tanda-tanda penghidap anemia yang serius:
  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan


“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Suplemen yang digalakkan ibu-ibu yang ingin merancang kehamilan, sedang hamil, berpantang sehingga menyusukan bayi ialah:-






ESP 
Soy Isolate Powder membekalkan protein lengkap di dalam tubuh dan membantu pembentukan hemoglobin. Fungsi hemoglobin di dalam darah ialah mengangkut oksigen. 











Vita-Lea Iron Formula 

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 
Ia membekalkan keperluan zat besi sesuai untuk ibu yang merancang kehamilan, hamil, berpantang, menyusu dan sehingga akhir hayat. 


B-Complex 
Mengandungi asid folik dan kesemua vitamin B penting khas untuk pembentukan sel darah merah dan menghalang berlakunya anemia.













 

Chewable Vita-C Plus 100mg
Vitamin C meningkatkan penyerapan Zat Besi sekaligus mencegah anemia















Sumber:
1. http://beeandyou.blogspot.com/2013/01/anemia-semasa-hamileffect-hb-rendah.html
2. http://www.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/
3. http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/142-anemia-dan-kehamilan.html


____________________________
Untuk tempahan produk Shaklee hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail (Ummu Ainan)
Shaklee ID 867161
Telefon, We Chat, Line: 0133570906
FB: Ummu Ainan




Wednesday, April 10, 2013

Set Menyusu Lengkap Shaklee- Kebaikan Penyususan Susu Ibu

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada seranagn dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jankitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayinya bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya 

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ia tidak boleh diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein 
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari. 

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C[1].  Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu. 

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari. 

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan[2] otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung[3] apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)[4] atau autisme. 

Alfalfa 
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. 

Shaklee menawarkan satu rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien untuk penyususan ibu.

Family Wellness 
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat. 





Ostematrix
 Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat





OmegaGuard™
Menyediakan potensi Asid Lemak Omega 3 ultra tulen yang bergred farmaseutikal dengan spektrum menyeluruh. 













Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr.Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milik Penuh Shaklee (Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.











Sumber info: Shaklee Today


 ____________________________
Dapatkan set penyusuan lengkap anda hari ini. Saya Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail Shaklee Independent Distributor yang sah, ID no 867161
boleh dihubungi melalui email [email protected] atau PM FB: Ummu Ainan, atau melalui telefon; 0133570906

COD area USJ, juga membuat penhantaran di seluruh Malaysia melalui pos dan seluruh Negara


[1] http://ajcn.nutrition.org/content/40/5/1050.abstract
 
[2] http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation
[3] http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927
[4] Stevens L, Zentall S, Deck J, Abate M, Watkins B, Lipp S, Burgess J. Essential fatty acid metabolisme in boys with attention-deficit hyperactivity disorder. Am J Clin Nutr1995;62:761-8.