Sunday, May 20, 2012

Anemia



  Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat. Beberapa penyebab anemia: kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia Zat besi Asid folik Vitamin B12 Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah. Anemia amat berbahaya kepada pengidap aterosklorosis, iaitu sejenis penyakit yang mana lemak terkumpul dalam arteri. Sudahlah darahnya kurang, yang ada pun tersekat pula. Ini meninggikan risiko terkena strok.   

Apakah supplement yang boleh membantu?

1)VITA-LEA IRON FORMULA
 Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini.
Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

2)VITA-C 500MG SUSTAINED RELEASED
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

3)B COMPLEX
 Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, May 19, 2012

Mengapa Shaklee

Latar Belakang Syarikat yang Baik
  • Perintis dan pemimpin dalam pemakanan tambahan iaitu sejak 1955/56
  • Syarikat yang tertua, terbesar lagi kukuh - NYSE/FORTUNE 500
  • Menjadi rujukan dalam menetapkan piawaian dalam industri ini
Makanan Tambahan yang Semulajadi
  • Produk semulajadi, bukan sintetik @ organik
  • Wujud dalam bentuk bersedia untuk diserap atau digunakan
  • Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan
Produk Berasaskan Penyelidikan
  • Lebih daripada USD180 juta dibelanjakan untuk R&D
  • Memiliki pusat penyelidikan sendiri
    1. Hayward California
    2. Stanford Research Park
  • Penilaian semula oleh saintis, penyelidik bebas di institusi berprestij
    1. Chicago Medical School
    2. Yale University
    3. University of Texas
    4. University of Toronto
  • Lebih daripada 50 abstrak & penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal saintifik
Ujian Klinikal
  • Satu-satunya syarikat yang melakukan ke atas semua produknya
  • Terbukti melalui kaedah sains (products work)
Piawaian Kawalan Kualiti yang Tinggi
  • Sehingga 176 ujian ke atas bahan mentah
  • Sehingga 262 ujian kualiti ke atas setiap produk akhir (siap)

Friday, May 18, 2012

Cyst Tak Jadi Bedah Selepas Makan GLA complex

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman Sis Dila Roslan Shaklee mengamalkan GLA complex apabila dapat tahu dia ada cyst.



"Assalammu'alaikum semua...hari ini saya nak cerita pengalaman saya...apa yg berlaku pada saya sendiri....
________________________
Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia "
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...
Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...
so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...
Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...
scan_cyst_01_800x613
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...
Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.
Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.
Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.
scan_cyst_02_800x613
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut
Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
scan_cyst_03_800x613
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

2) Memakai Pad Herba Avail

3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:
      " Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."
- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah...."
 
Anda mengalami nasib yang sama? Jom cuba amalkan GLA Complex Shaklee
------ Saya pengedar sah Shaklee kawasan Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ. Anda boleh dapatkan produk Shaklee melalui COD dan penghantaran melalui poslaju dan Gdex juga dibuat di seluruh Malaysia Shaklee ID 867161 0133570906

Wednesday, May 16, 2012

Haid Tidak Teratur Tidak Subur?


Haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan kesuburan. Pernahkah anda terfikir supplemen yang boleh membantu memulihkan kitaran haid anda?


Ya, GLA Complex daripada Shaklee mampu menyeimbangkan hormon di dalam badan.


Berikut kelebihan-kelebihan GLA complex:-  


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema 
  • Melegakan simptom akibat reumathoid Arthritis
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf
-----------------------------------------------
Untuk tempahan hubungi Ummu Ainan 0133570906 @ emel [email protected]

Monday, May 14, 2012

Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti

Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 bulan berisiko










Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian.

Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston.

“Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau.

Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka.

Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu.

Apabila bayi tersebut telah berusia 3 tahun, pengkaji tersebut mengukur tinggi dan berat mereka untuk menentukan kanak-kanak mana yang obes, yang ditakrif sebagai berada dalam kalangan 5 peratus tertinggi dari berat badan ideal (BMI) bagi usia dan jantina mereka.

Bagi bayi yang diberi susu ibu untuk sekurang-kurangnya empat bulan, sebelum mereka mula makan makanan pejal, tidak menunjukkan mereka menjadi obes usia 3 tahun. Tanpa mengira bila mereka mula makan makanan pejal, bayi susuan ibu dalam kajian tersebut hanya berkebarangkalian 1 dari 14 sahaja untuk menjadi obes sebagai kanak-kanak pra-sekolah.

Tetapi penemuan itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, menunjukkan perbezaan bagi bayi yang diberi susu formula bermula dari permulaan lagi, atau yang berhenti menyusu susu ibu sebelum usia 4 bulan.

Bayi-bayi tersebut mempunyai kemungkinan satu dari empat menjadi obes pada usia 3 tahun jika mereka makan makanan pejal sebelum usia 4 bulan. Jika ibubapa menuggu sehingga 4 atau 5 bulan, kemungkinan itu menjadi satu dari 20 sahaja.

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal.

Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.

“Tatkala ibu bapa mungkin mempunyai kesukaran menentukan jumlah yang betul untuk memberi makan seorang bayi yang tidak diberi susu ibu, ia mungkin juga ‘cara bayi-bayi itu makan dan belajar untuk makan mempengaruhi risiko obesiti mereka,’” kata Huh.

Dr. David McCormick, seorang pakar kanak-kanak di The University of Texas Medical Branch di Galveston, berkata yang masalah paling biasa beliau lihat ialah ibu bapa menambah bijirin kepada susu formula tanpa terfikir tentang tambahan kalori yang mereka beri kepada bayi mereka.

“Saya rasa itu adalah apa ramai orang lakukan tanpa disedari, berpendapat bayi itu akan menjadi semakin sihat atau membesar lebih cepat,” jelas McCormick, yang tidak terbabit dalam kajian tersebut.

“Itulah bagaimana (orang dewasa) menjadi terlebih berat,” katanya. “Mereka makan lebih sedikit daripada yang mereka sepatutnya setiap hari.”

Kajian tersebut menunjukkan berbicara dengan ibu bapa tentang bila untuk menambah makanan pejal bagi diet seorang bayi adalah sesuatu yang pakar pediatrik harus lakukan secara tetap, McCormick berkata. Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti.”

Lagi, katanya, “Kita tahu dari kajian lain bahawa jika anda terlebih berat badan atau obes pada usia 3 tahun, anda sangat berkemungkinan untuk kekal menjadi obes.”

credit

Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.







Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.

The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.

Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.

"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.

Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.

Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.

Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.

"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.

Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.

"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.

credit

Turunkan Berat Badan

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

 BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

credit

Saturday, May 12, 2012

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan


Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.

Namun begitu, terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun. Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan.

Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit
dan ketidakupayaan apabila usia makin meningkat?

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan. 

 
Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin
bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.

Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, VitaminE dan beta karotina.

Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif


Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.

Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.

Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap kanser.

Dewasa ini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Terdapatkah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi dari peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca darinya? Anda tahu kita mempunyai harapan, rawatan alternatif. Memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Rujukan:

Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan  Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.


credit

Vitamin Shaklee Menggemukkan?

Saya menerima beberapa aduan tentang masalah ini iaitu makin berselera sejak mengambil vitamin Shaklee, dan berat badan makin naik. Keadaan ini tentunya merisaukan sesiapa saja.. terutama oara wanita yang mengambil berat hal kecantikan tubuh badan. Namun, kebanyakan yang tidak tahu perkara sebenar membuat kesimpulan mudah,

SHAKLEE MENGGEMUKKAN!!!
Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan! Ini kerana vitamin tidak mengandungi kalori, (kalori adalah penyebab kegemukan. Tetapi mungkin anda hairan bagaimana ramai yang makin gemuk selepas mengambil Shaklee.

Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-
(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari
(2) Kerana kesan langsung pengambilan vitamin

OK kita lihat perkara no (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti berkata“Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, hari ni demam. Ni sebab Shaklee la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya”. Kan? Dah nyata terang dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan Shaklee.

Mungkin juga kebetulan orang yang mengambil Shaklee ni, tiba2 dia banyak makan coklat, junk food, air manis… Tapi ini tidak disedarinya kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Jadi dia ‘terpaksa’ cari kambing hitam untuk cover masalah mentekedarah beliau.
Ataupun, selama ni tiap2 minggu bersukan, tapi sejak akhir2 ni lebih suka tidur.
Jika anda terbabit dengan kegiatan seumpama ini, sila ubah cara hidup anda.
Untuk perkara ke- (2), jangan risau.. Kerana ia bukan side effect. sebaliknya memang normal.
OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tidak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan ‘dahaga’ lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni..
Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus. Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.
Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.

Justeru, bila anda mengambil vitamin:-
(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI

Penyusuan Susu Ibu vs. Supplement – Salah Faham dan Keraguan

Pernahkah anda terfikir, kenapa bila mengandung hospital / klinik bekalkan kita (suplemen) vitamin-vitamin untuk membantu ibu dan bayi dalam kandungan sihat..

 Tapi kenapa apabila menyusukan anak, kita langsung tidak disarankan oleh pihak berwajib untuk mengambil suplemen.. Malah ada sesetengah yang menentang keras pengambilan suplemen dan mengatakan cukup dengan pengambilan makanan seimbang sahaja.

PELIK kan?? padahal nutrisi - kalori dan tenaga yang diperlukan oleh ibu menyusu lebih daripada ibu hamil dan wanita biasa. Dan pulak, bayi yang menyusu susu ibu secara EKSLUSIF bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. credit


Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan?
Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak cukup nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi tersebut kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.

Begitu juga dengan saat-saat menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko semasa kelahiran misalnya tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi nutrisi tambahan adalah penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan penduduk miskin di negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang nutrisi tambahan adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat. Malah di India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan risiko kematian bayi.
Berbeza dengan individu lain, sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia tidak lagi melibatkan risiko seperti di atas. Tidak ada doktor yang menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan pesakitnya menunjukkan ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut adalah ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko, pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.

Namun, ternyata pilihan mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:
  • Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
  • Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
  • Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan, stress dan sebagainya.
  • Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
  • Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
  • Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
  • Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.
  • Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
  • Memerlukan lebih kalsium.
  • Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.

Bagi Muslim, menjaga kesihatan termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum sakit. Orang Islam perlu berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan sebagainya. Sebelum mengalami kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan tambahan agar badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.

Bagi ibu yang menyusukan anak, benar tanpa pengambilan vitamin, susu badan tetap berkualiti. Namun sebagai individu yang istimewa, seorang ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari orang lain.

Ibu yang mengalami malnutrition (tidak cukup nutrisi) masih mampu menghasilkan susu yang banyak, bergantung kepada keperluan bayi dan kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya. Namun untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya vitamin B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak hairanlah ibu menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.

Namun itu tidak bermakna, ibu yang kurang nutrisi patut memberhentikan penyusuan, tidak sama sekali. Walau bagaimana kurang nutrisi yang dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah yang terbaik bagi bayinya.

Jadi, terpulanglah kepada diri sendiri. Pengambilan vitamin tambahan bukan perkara wajib, namun bagi menjaga kesihatan, ia adalah perlu. Ramai tokoh negarawan dan orang terkenal yang kelihatan sihat, cantik, gagah dan cerdas adalah pengamal vitamin tambahan termasuk Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri), Aunty Nani Rostam (bekas model, ibu kepada Hanis Zalikha) dan ramai lagi. credit


Friday, May 11, 2012

5 Sebab Senaman TAK Wajib Untuk Kurangkan Berat Badan


Ingin kurangkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan jadikan senaman sebagai penghalang untuk kurangkan berat badan sekarang kerana ia tidak wajib. Betul ke? Biar saya jelaskan dengan 5 contoh:
  1. Bulan puasa. Pada bulan ramadhan ramai yang kurangkan berat badan walaupun tidak bersenam langsung. Padahal, aktiviti fizikal pada bulan mulia itu kurang lagi berbanding bulan yang lain.
  2. Sakit. Sekiranya anda demam atau sakit yang memaksa diri anda berehat, berat badan pun menurun.
  3. Nelayan dan petani. Mereka tiada senaman yang khusus. Yes gaya hidup mereka aktif tapi tidaklah perlukan senaman tambahan seperti jogging, gym dan lain-lain.
  4. Berat tak turun walaupun bersenam. Ramai yang email saya mengatakan bahawa mereka giat aktif lakukan senaman jogging ataupun di gym tetapi berat badan tidak menganyak pun. Adakah itu salah senaman atau memang senaman tidak memainkan peranan?
  5. Semasa isteri saya mengandung pada 2010, saya memang kurang bersenam. Boleh dikatakan tidak bersenam langsung. Tapi adakah berat badan saya meningkat? Tidak! Yes otot tu berkurangkan tapi sebaliknya berat saya tidak berubah.

Jadi senaman tu tak perlu untuk kurang berat?

Well perlu tapi tidak wajib. Hukumnya “harus”! Senaman membantu cepatkan proses penurunan berat badan dengan tingkatkan keluaran kalori tapi selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan.
selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan

Apa yang anda WAJIB tahu untuk kurangkan berat badan tanpa senaman?

Ok bab in yang paling penting. Untuk kurangkan berat tanpa senaman anda wajib tahu dan amalkan yang berikut:
  1. Ketahui keperluan kalori seharian (DCR – daily calorie requirement) unik anda. Ia bergantung kepada umur, berat, tinggi, jantina dan gaya hidup.
  2. Pandai menghitung kalori pemakanan seharian anda. Jangan biarkan ia lebih dari DCR anda.
  3. Kalori dibakar dimana-mana, termasuk semasa berjalan, naik-turun tangga, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan gaya hidup seaktif boleh.
  4. Kadar penurunan berat badan lebih perlahan tanpa senaman. Kalau dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2 kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
"…dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu".

Walaupun senaman tidak wajib untuk kurangkan berat badan, 
INGAT: Senaman tu penting untuk kekalkan kekuatan otot, tulang dan sistem kardiovaskular. Tak bestlah jugak kalau anda dah kurus tetapi tidak bermaya.
Credit 




Dengan Shaklee anda proses penurunan akan menjadi lebih mudah iaitu penggunaan 3 asas untuk menurunkan berat badan iaitu:-

1) Detox (alfalfa/Herb Lax)
Kenapa perlu detox? 
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan dan memudahkan badan untuk menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan tubuh.

2) Pemecah lemak (Lecithin/Omega Guard)
Selepas detox dilakukan, lecithin/omega guard akan bertindak dengan lebih mudah tanpa halangan-halangan toksin dalam badan yang membuatkan proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Lecithin merupakan emulsifier semulajadi yang diekstrak daripada kacang soya bertindak untuk memecahkan lemak-lemak degil dan bergabung dengan air untuk dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

3) Protein ESP/Mealshakes/Cinch
Protein sangat diperlukan untuk pembentukan otot selepas pemecahan lemak supaya badan tidak kendur. Pemilihan protein yang tepat dapat membantu memulihkan sistem fungsi tubuh kerana setiap sel di dalam badan semuanya terdiri daripada protein. Jadi jika sel-sel badan sihat badan dapat menyerap nutrien yang diambil secara optimum dan menjadikan badan lebih bertenaga


Wednesday, May 9, 2012

PERBEZAAN UBAT DAN BAHAN BERKHASIAT



n
PERBEZAAN UBAT DAN BAHAN BERKHASIAT

UBAT

MAKANAN TAMBAHAN
(FOOD SUPPLEMENT)


1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak jua menyumbang bahan-bahan berkhasiat
1. Bahan berkhasiat kesemuanya semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ
2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dengan cara mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakanboleh kekal dalam badan. Malah, aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian
3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya secara berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem-sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia bersedia menghadapi kelebihan
4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ia boleh terganggu antara satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan
4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabubg untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
5. Ubat baik dimakan biasanya pada pertengahan antara dua waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencarian oleh kesan daripada makanan
5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan
6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.(Kematian adalah kesan sampingan yang pasti)
6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai bahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino
7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, ia boleh merasai kesan pengambilannya
7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ia hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan di adalam tubuh badan
8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.
8. Bahan berkhasiat betindak secara beransur-ansur(perlahan-lahan) dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya.
9. Ubat membawa kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanay menutup kesakitan, sebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya aspirin bukannya disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem
9. Bahan-bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca daripada kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi tidak berulang lagi
10. Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang berbahaya ke arah tidakan sampingan
10. Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanay boleh menerima bekalan bahan berkhasiat dengan terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Kelanjutan berlebihan bahan berkhasiat adalah rendah. Keselamatannya sangat terjamin.
11. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda
11. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan bahan berkhasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah
12. Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit. Terdapat pertumbuhan yang membimbangkan di Kanada terhadap penyakit yang disebut 'iatrogenic' (physician caused ertinya disebabkan oleh doktor perubatan)
12. Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan:  menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.