Thursday, December 29, 2016

RESEPI AYAM MASAK KOREA


Banyak hari dah masak ni. Baru sempat update resepi. 

Ayam goreng; 

• sediakan chicken wing. Saya beli 12 ketul hari tu. Potong 2 drummet dengan kepak tu. Ekor kepak potong, buanglah 
• perap dengan sedikit garam (saya pakai garam Himalaya yang kaler oren tu. 
• serbuk lada hitam 
• sedikit gula perang 
• tepung jagung 

Cara-cara; 

• Perap semua bahan kecuali tepung jagung selama 30 minit.

• Kemudian celup ayam perap tadi dalam tepung jagung. Celupan pertama tu dah melekat tepungkan? Ok masukkan semula ayam celup tu dalam tempat perap tadi. Sebab nak basahkan semula badan dia. Kemudian celup tepung lagi sekali. 2 kalilah total

• proses menggoreng. Goreng ayam celup kita tadi dalam minyak yang banyak dan api sederhana. Lepas tu angkat sekejap. Letak tepi. 
• goreng ayam selebihnya. 
• kemudian, goreng lagi sekali ayam yang mula-mula tadi. Tujuan kita goreng 2 kali ni untuk pastikan kulit ayam kita rangup di luar, dan isinya lembut dan juicy di dalam 
• boleh angkat dan keringkan minyak

Sos Korea 

• Bawang putih (dalam 5 ulas, kalau banyak ayam boleh lebihkan) 
• Cili kisar @ chilli flakes (pilih salah 1) 
• minyak (untuk tumis) 
• kicap
• sos cili
• sos tomato
• gula perang 
• garam
• madu
• cuka epal

Cara-cara masak sos; 

• tumbuk bawang putih dan tumis dalam minyak sehingga naik bau. 
• masukkan kicap, sos cili, sos tomato (sukatan 1 sudu setiap 1, kalau nak lebih tambah 1 sudu juga setiap 1) 
• perasakan dengan gula perang, garam, cuka epal 1 sudu. 
• masukkan madu untuk tambah kelikatan 
• masukkan kacang (nak bagi kacang rangup, goreng kacang dalam minyak kita gorang ayam tadi dalam 30 saat - 1 minit). 
• hiaslah dengan daun-daun 

Siap untuk dihidang. Sedap. Rasa dia macam chicken wing di Pizza Hut. Makan dengan nasi. Nyum nyum.. sedap sehingga menjilat jari. 

Selamat mencuba. 

Dah makan tu jangan lupa basic suplemen untuk hadam makanan daripada Karbo, Protein jadi tenaga. 





CARA BUAT SLIME

Yang 

Orang lain buat, kita pun nak buat juga. Cubaan kali ketiga sebelum betul-betul menjadi.  

Cubaan pertama, masak kanji lepas tu berketul-ketul. Cubaan kedua pagi tadi. Subuh-subuh tu turun dapur bancuh. Waktu tu belum ada cukup bahan lagi. Buang. Nasib baik kanji tu memang dah expired. 

Rasa tak puas hati lagi selagi tak jadi selagi tu nak cuba juga. Sanggup pergi Mydin cari bahan. 

Tak pernah pernah lagi cuci pinggan di rumah sendiri pakai sabun Joy ni. Sanggup beli tau. Glue tu pula cari yang clear glue. Botol kecil 250ml dah RM3.90. Beli botol besar 1Liter baru RM7.90. Baik beli yang besar. 

Eye Glo tu pula bukan untuk dititis dalam mata tapi khas untuk titis dalam adunan slime kita. Bahan untuk kentalkan slime ni borax. Dalam eye glo ada borax beberapa %. Kira jadilah. 

Ok, cukup 3 bahan atas tu ya. 


• Tuang gam ke dalam bekas. Tak perlu banyak-banyak, 50ml-100ml pun cukup. 
• Kemudian masukkan 2-3 sudu sabun Joy. Kacau sikit. 
• Titiskan eye glo ke dalam adunan. Kacau adunan sampai kental. Kalau belum kental tu tandanya eye glo tak cukup. Titis lagi sikit-sikit sampai betul-betul kental. 
• uli adunan slime ala-ala uli doh. Lama-lama dia tak melekat dah.

Kacau kacau dan kacau lagi. 


Slime dah jadi. Cuma masih melekat sikit. Uli je sampai hilang lekat dia tu. Kalau melekat lagi, titis lagi eye glo ya. 


Best pula buat lubang-lubang pada permukaan slime. 


Yang ni dah berkilat. Tak melekat dah. Rada dia sejuk sahaja. Lembut. Bagus untuk release stress katanya. 


Yang ni pula boleh guna straw Vitagen tu ambil sikit slime, gentel gentel dan tiup. Seronoknya. Terasa hepi riang gembira haha. Kalah anak ni. Mak budak lebih beriya mainnya. 

Kalau nak buat kaler lain pun boleh ya. Letaklah pewarna apa pun. Letak waktu letak gam dan Joy tu. Bukan lepas kental. Nanti tak jadi. 

Selamat mencuba!! 



Wednesday, December 28, 2016

ELAK KEMALANGAN DI RUMAH

Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk kita sekeluarga. Tetapi, langkah-langkah keselamatan perlu diambil kira sebaik sahaja anak lahir. 

1. Pertama sekali, pastikan bayi dalam keadaan selamat dan selesa. Pastikan ibu sedar saat menyusukan anak kerana kita khuatiri anak-anak tersedak sewaktu menyusu manakala ibunya terlelap. Keadaan ini boleh membawa maut. 

Selepas menyusu, baringkan anak mengiring 45 darjah supaya bayi tidak tersedak dan muntah semasa tidur. 


Jika anak kelihatan tercungap-cungap atau tersedak, tepuk bayi supaya kembali bernafas seperti biasa. Pesan ilmuan, kalau menyusu anak, bangun. Jangan sesekali tidur. Yang ni saya lemah lagi. Sebab saya akan terlelap dengan anak. Sebab waktu menyusu, Oxytocin meningkat, memang mengantuk atau lebih tepat otak terawang-awang. 
Pastikan bayi tidur di dalam katil bayi atau di atas lantai. Selimut yang digunakan tidak terlalu tebal bagi mengelakkan bayi lemas sewaktu tidur.

2. Jika ada anak kecil, pastikan lantai bersih tanpa sampah mahupun mainan kecil. Kerana pada usia 6 bulan ke atas, anak mula mengutip barang dan bawa masuk ke mulut. 
Waktu ni cicak, anak cicak, lipas, tahi cicak semua kena perhati. Sebab mereka akan masukkan apa sahaja di dalam mulut. Duit syiling, bateri kecil amat bahaya. Perhati, perhati, perhati. 


3. Di dapur. Setiap kali memasak, pastikan pemegang kuali, dihalakan ke arah berlainan kerana anak-anak suka mencapai apa sahaja yang ternampak. Selepas memasak, susun elok-elok masakan yang panas. Tutup api dapur selepas guna. 

Elakkan anak-anak bersendirian di dapur. Simpan semua mancis, alatan tajam di tempat selamat. 


4. Awasi tempat menyimpan air anda. Sekarang musim catuan air, kena fikir pros and cons simpan air dalam baldi ni. Kalau ada anak kecil, sebaiknya simpan air di dalam botol bukan baldi. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Walau air hanya sedalam 5cm, bayi atau kanak-kanak boleh lemas di dalamnya. Ada kes kematian bayi setahun lebih terjatuh di dalam baldi simpanan air di bawah sinki. Bayi tersebut mati lemas. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan daripada ujian sedemikian. Jika bayi dimandikan di dalam besen, pastikan besen ditelangkupkan selepas memandikan bayi. 


5. Jika rumah anda dilengkapi kolam renang, pastikan kolam tersebut berpagar. Terlalu banyak kes kematian anak kecil terjun di kolam renang tanpa ibu bapa perasan mereka ke sana. Rumah dilengkapi kolam memang mewah, tetapi aspek keselamatan harus dititik beratkan. 


6. Terus lap lantai basah. Lantai licin boleh mengundang kecederaan seperti jatuh. Anak saya pernah kena, lepas saya mop lantai mereka main kejar-kejar, sekali jatuh terlentang. Masya-Allah, benjol besar macam bola ping pong. Waktu tu tuam dengan telur rebus sampai telur tu sejuk. Alhamdulillah surut. Kalau tak surut dan nampak anak tak aktif, memang bawa ke hospital dah. 

Pen, pensel di lantai dan di tangga juga boleh membawa padah. Ada kisah benar, bukan kanak-kanak yang jatuh, tapi nenek kanak-kanak. Tak masuk usia emas lagi, tapi berjalan laju agaknya, jatuh, terhempap tangan, patah tangannya. Kesiankan. Lepas guna alat tulis, minta anak-anak kemas kembali ke tempat asal. 

7. Saya ada bayi nak masuk 9 bulan, tanggalah tempat yang dia suka sangat. Belum ada pagar lagi, kakak-kakak yang tolong tengokkan waktu saya masak. Kalau saya penat sangatpun, kena bawa si kecil masuk bilik. Tutup pintu bilik, tutup pintu tandas. Pastikan lantai bersih tiada barang kecil di mana kemungkinan untuk masuk ke mulut tinggi. Hanya kecuaian yang sedikit boleh membawa padah. 

8. Keadaan tandas yang tidak terjaga boleh mengundang kemalangan. Susun betul-betul kelengkapan mengemas dan mencuci. Pastikan lantai tidak berlumut. Cuci sentiasa. Saya gunakan pencuci lantai Basic H untuk pastikan lantai sentiasa bersih dan elak lantai licin. 


Ini alat cuci tandas saya. Simpan di tempat tinggi. Kena sebut satu-satu pada anak dan labelkan supaya anak tidak main spray ni buat sembur muka. BAHAYA!! 

9.  Tengok gambar ni, ya!! Anak-anak suka main plug. Ada ketika dimasukkan jari dalam lubang. Pernah dengarkan ada bayi meninggal kena renjatan elektrik? Kena tutup plug ni. 

10. Pastikan pintu pagar sentiasa bertutup. Anak-anak ni tindakan mereka luar kawal. Nampak pagar terbuka, mudah mahu meluru keluar tanpa toleh kiri kanan.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Pastikan rumah kita tempat yang paling selesa dan selamat. 

Tuesday, December 27, 2016

MUDA DAN MENAWAN DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. 


Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda. 


Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan akan berkurangan. Tetapi jangan bimbang kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantukan kolagen yang hilang. 


Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. 


Oleh itu, apa kata cuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (red snapper scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen diekstrak daripada sisik ikan merah. 


Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 dalton, tujuannya ialah membolehkannya diserap dengan mudah oleh badan selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan. 


Shaklee Collagen Powder terdiri daripada tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen  RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 


Buktinya ia dapat membaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat ialah; 


  • Anti penuaan - mengurangkan liang pori, kedutan, garis-garis halus yang kelihatan. 
  • Menghidratkan - melembabkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah. 
  • Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembapan. 
  • Melicinkan - meningkatkan kelembutan dan melicinkan kulit
  • Menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar. 
  • Mencerahkan - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit. 
  • Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara 
  • Faedah tambahan - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut. 

Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat. 



Kita tengok apa kata pengguna Shaklee Collagen Powder ni. 


Testimoni untuk rambut gugur dan jeragat. 

Testimoni kulit kering salah pakai produk. Sengal lutut hilang. 

Testimoni sakit lutut kronik 

Testimoni sakit tumit.

Apa tunggu lagi? Hanya beberapa hari sahaja lagi promosi Shaklee Collagen Powder. 

Beli 6 PERCUMA 1
Beli 2 diskaun 5% 

Hubungi saya Tuan Nurul Ain - 013 357 0906 

Sunday, December 25, 2016

PERGERAKAN ALAMI

Semalam saya baca post di FB, kita sebenarnya dah tersasar jauh daripada fitrah asal. 

Contohnya dari segi senaman. Kita terlalu fokus pada senaman sehingga lupa pergerakan secara alami/semulajadi. 

Ramai sangat dah yang sakit-sakit sendiri pada awal usia. 20-an pun dah ada, 30-an, 40-an dan seterusnya apatah lagi. 

Kita terlalu fokus pada senaman sehingga lupa pergerakan manusia yang asal. Contohnya berjalan, berlari. Apabila memaksa pergerakan melalui senaman tertentu, akan berlaku kerosakan halus pada sendi. 

Pergerakan semulajadi manusia ialah boleh lihat pergerakan bayi. 


Saya surf jumpa gambar ni. Pergerakan semuladi ni akan bagi keseimbangan pada badan. Sesekali buat semula pergerakan bayi untuk stabiliti diri. Makin lama kita abaikan, pergerakan kurang, banyak anggota badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Jika anda dah alami sakit lutut dan sendi, cuba amalkan bercangkung, berjalan itik, merangkak. Selalu bengkokkan kaki. 

Suplemen terbaik untuk masalah sendi ialah Kolagen Shaklee. 


Saturday, December 24, 2016

NASI KERABU


First time buat nasi kerabu. Nipun sebab mak saudara offer bunga telang tu. 


Mak-mak saudara tanya kalau nak buat, ambil semua bahan di rumah mereka. Tolong kutipkan bunga telang, bagi sambal budu. Saya minta resepi untuk semua sekali bahan.



Alang-alang dah belajar, biarlah sampai jadi nasi kerabunya kan. 


Bahan-bahan dan cara membuatnya; 


Nasi

  • sediakan beras, tak kisah beras apapun. Hari ni guna beras siam. 5 pot. 
  • Bunga telang. Banyak kuntum juga, blend dengan air, tapis ambil airnya sahaja 
  • 3 helai daun pandan masuk dalam rice cooker bersama 
  • Sukatan air macam masak nasi biasa 


Macam ni rupa bunga telang tu

Tumis budu (kaler gelap tu) 


  • Bawang merah (banyak juga sebab nak pekatkan kuahkan. Agak2 macam buat masak sambal) 
  • Bawang putih (agak2 4-5 ulas kalau banyak nak buat) 
  • Cili kisar
  • Santan (sebiji kelapa pun cukup dah) 
  • Serai 2 batang 
  • Halia 1 - 2 inci 
  • Air asam jawa 
  • Budu
  • Belacan
  • Garam
  • Gula 

Letak semua sekali dalam periuk, gaul rata dan masak sehingga pecah minyak (kalau santan kotak tak pecah minyak).


Sambal kelapa


  • Kelapa tua parut 1 biji ambil isi kelapa
  • Ikan selayang 10 ekor saiz sedang-sedang
  • Serai hiris halus 4 batang 
  • Gula 
  • Garam

Masak atas dapur api sederhana sampai sambal kering 


Air asam belacan 


  • Cili api
  • Cuka
  • Belacan 1 ibu jari
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam 

Semua bahan diblend 



Budu 


  • sediakan budu cap ketereh (yang ni jelah yang saya pernah try pun. Lain-lainpun tak apa) 


Ulam


  • Daun serai kayu
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan
  • Kangkung 
  • Apa sahaja ulam boleh dipotong sekali. Kobis boleh. Timun. Atau apa2 yang ada di tempat masing-masinglah. 


Bahan-bahan lain


  • telur masin 
  • Keropok
  • Ikan goreng celup tepung 
  • Ikan percik
  • Ayam percik
  • Solok lada 
  • Daging masin

Atau apa-apa sahaja yang sedap dan mudah untuk kita buat 


Cara makan.

Letak semua bahan atas nasi serba sikit. Ulam lebihpun tak apa. Kemudian gaul semua sekali. Perggghh terangkat. 


*tips daripada rakan. Emaknya pesan, sambal budu kena masin, sambal kelapa kena manis, dalam ulam letak daun kunyit. Terangkat beb makan nasi kerabu ni. 


Alhamdulillah puas hati makan. 

Thursday, December 22, 2016

KUIH BATANG BURUK BETIK BESUT



Alahaai tak ada seni langsungkan ambil gambar. Inilah rupa kuih batang buruk tu. 
Luarnya tepung macam laksam (tapi versi bakar atas frying pan bukan kukus). Intinya betik muda dengan ikan. Kuahnya kepala santan. 

Inti betik;

Betik muda, parut 
Ikan segar kukus dengan garam 
Bawang merah
Santan sikit 
Garam
(Goreng sampai kering) 

Kulit 

• Tepung beras (1 paket) 
• Tepung gandum (3 senduk) 
• Air (jangan terlalu pekat, sedang2 boleh agak2)

• Masak atas frying pan, sebelum tuang bancuhan, sapu frying pan dengan minyak terlebih dahulu. 

• Tebar, masukkan inti, gulung 

Kuah kepala santan

• Santan
• Tepung beras (beberapa sudu sahaja untuk likatkan kuah)
• Halia
• Bawang merah
• Halba 
• Gula
• Garam

Sebelum makan, tuang kepala santan terlebih dahulu. Sedia untuk dihidang. 

Rasa inti dia macam sayur lemak tapi kering. Betik masih rangup, kulit dia macam laksam kering, kuah dia masin, manis rasa bawang merah, halia, halba. 

Ala-ala kolek lemak tapi yang ni versi ada inti. 


Tuesday, December 20, 2016

LEGAKAN ECZEMA DENGAN OMEGA GUARD DAN HERBAL BLEND SHAKLEE


Bekal balik kampung ni dah menyusut. Tinggal separuh dah. Suplemen dan Herbal Blend ni kena bawa. Lagipun kali ni cuti panjangkan. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. 

Nak cerita pasal Eczema, anak sulung saya siang tadi Eczemanya flare up. Gatal-gatal leher, nampak moody nya tu. Macam cacing kepanasanpun ada serba tak kena. Padahal hujan di kampung ni. Sejuk. Dah macam pasang aircond. 

Memandangkan si anak ni bukan suka sangat makan suplemen, bila Eczema mengganas baru nak telan Omega Guard. Itupun kena marah marah dulu. Tahanke tergaru-garu macam tu. 

Saya suruh anak makan 2 biji Omega Guard, sapu tempat-tempat gatal dengan Herbal Blend. Kuku panjang, potong. Lepas tu dengan sendirinya nampak dah tak menggaru lagi. 

Malam ni saya tanya, 'gatal lagi tak?'. Si anak jawab, 'takde dah..sikit-sikit je'. 

Untuk baby, siang tadi kami kena redah hujan, macam biasa saya akan ambil basic suplemen Vita-Lea, Vita C dan B-Complex di samping tu air kena minum banyak untuk tingkatkan imun. Lepas mandi sapu baby balm di kawasan dada, tapak kaki, ubun-ubun, betis, belakang. Kajian menunjukkan hujan tak buat kita demam. Tapi imun rendah senang demam. 

AKTIVITI MEWARNA DI PERPUSTAKAAN KAMPUNG RAJA

Semalam tertinggal entri. Aktiviti anak-anak ialah ke perpustakaan. Hari Isnin ada aktiviti. Semalam mewarna. 


Sampai-sampai dah lambat. Tanya instructor boleh lagi ke nak mewarna. Katanya sempat lagi. Terus buat. 


Mewarna ikut nombor. 


Macam ni rupa kertasmya. Menarik jugakan. Balik USJ nanti boleh cari dalam internet sumber.


Dah siap.. Widad hantar hasil dia. Takpelah tak cantikpun kan. Hehe.


Dengan emaknya sekali bersemangat. 

Nak layan anak-anak, beraktiviti lagi, kemudian nak masak, nak pergi buat kuih lagi di rumah mak saudara. Tenaga kena tip top. 

Vita-Lea, Vitamin C dan B-Complex kena ambil sebagai suplemen harian. Menyusu lagikan. 


Sunday, December 18, 2016

NASI AIR DI PANTAI AIR TAWAR


Outing petang tadi. Keluar 6.20 petang. Target balik sebelum Maghrib. Yeaaay berjaya. 



Saya order nasi air dengan air batu kosong. Jimat kalori. Dah makan nasi airkan. 

Sebenarnya tak laparpun tapi sebab nak ambil angin tepi pantai, pergi juga. 


Lokasi kedai makan tepi Pantai Air Tawar


Nyamannya suasana tepi pantai ni kan. Hari-hari lalupun tak bosan. Menenangkan. Saya suka pantai yang belum ada pencerobohan. Masih kekal keadaan asalnya tanpa pembangunan.

Kalau nak rasa suasana kampung, boleh singgah di Pantai Air Tawar, Besut. 

Dah makan banyak tu, jangan lupa ambil Lecithin. 6 biji ye. Esok saya update lagi i.Allah. 

Saturday, December 17, 2016

PINJAM BUKU DI PERPUSTAKAAN AWAM KAMPUNG RAJA

Hari ni ada aktiviti kanak-kanak di library awam Kampung Raja, Besut. 


Aktiviti hari ni buat ikan kertas. Sampai sampai dah mula. Jam 10.10 pagi lebih kurang kami sampai. 


Ok.. instructor dah mula ajar anak-anak. Ralit tu. Seronok semua. 

Si kecil pun nak baca buku juga. 

Ikan kertas dah siap.

Kakak-kakakpun nak posing juga. 


Yeaaa ikan abang dah siap. Tekun ni ikut cikgu ajar. 
Terjumpa manual origami ni dalam majalah. Cuma lain sikit je. 



Jadual aktiviti kanak-kanak sepanjang cuti sekolah. 


Cerita pasal nak pinjam buku, ingatkan kena ada gambar macam dolu-dolu. Rupanya sekarang online sahaja. 

Klik klik klik. Selesai. PERCUMA pula tu. Kad pustaka tu pakai IC sahaja. Kalau nak kad juga baru bayar RM2. 


Terus pinjam buku. 1 penama dapat pinjam 4 buah. Seronok sangat. 


Hari ni kan. Terasa macam nak demam, tak demam. Full moon ni katanya parasit aktif dalam badan. Saya dah telan 5 biji pagi tadi. Alhamdulillah bertahan. Cumanya tak boleh terlalu aktiflah. Kena rest juga. 

Musim tak menentu ni, Garlic perlu dibawa ke mana mana. Sebagai antibakteria, antivirus, antibiotik semulajadi. 

Nantikan entri seterusnya ya. Hari-hari percutian di kampung halaman.